PM umum kedudukan Shahrizat pada waktu sesuai

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
























PASIR GUDANG 10 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sebelum itu tidak menafikan desas-desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu akan meletakkan jawatan.
"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita UMNO serta sayap parti dari seluruh negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban