PRU-13 pulih kekuatan UMNO, BN

pulih kekuatan UMNO, BN

JOHOR BAHRU 10 Mac - Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan peluang Barisan Nasional (BN) mengembalikan kekuatan politik selepas kehilangan lima negeri dan majoriti dua pertiga ekoran 'tsunami' politik pada 2008.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan yang berlaku pada pilihan raya umum lalu bukan disebabkan krisis dalaman, tetapi ia salah satu daripada lima ujian besar yang dihadapi BN dan UMNO.
"Situasi yang dihadapi kini hampir sama dengan keadaan (selepas pilihan raya umum) pada 1969 di mana kita terpaksa memulihkan keadaan UMNO dan BN.
"Jadi dalam situasi sedemikian kita perlu lakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasa kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban