Mariam hubungi anak sebelum kebakaran











SEREMBAN 3 Ogos - "Emak ada menghubungi saya tetapi tidak sempat dijawab. Saya cuba beberapa kali untuk menghubunginya pula tetapi langsung tidak berjawab".
Perbualan itu terhenti apabila Ruzilawati Sahari, 38, anak kelima kepada mangsa rentung, Zahari Hasan, 79, dan Mariam Abd. Latif, 69, sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.
Katanya, dia menerima panggilan itu pada pukul 4.10 pagi ini dan pada pukul 4.45 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan daripada jiran yang mengatakan emak sakit dan menyuruhnya segera pulang.
"Selepas subuh tadi saya bergerak dari Taman Melawati, Kuala Lumpur dan dalam perjalanan, kakak saya, Rokiah memberitahu rumah terbakar dan emak serta ayah sudah tiada," katanya.
Dia yang tidak percaya dengan berita itu, terus ke Felda Pasoh 1 di Jelebu dan terkejut apabila melihat rumah mereka hangus dengan kedua-duanya rentung.






Related Posts :Info Tragedi

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban