Posts

Showing posts with the label Info Artis

Profile Ana Dahlia

Image
Profile Artis Nama sebenar : Diyana Mastura Jaafar Nama komersial: Ana Dahlia Tempat Lahir: Taiping, Perak Tarikh Lahir: 21 Jun 1983 Adik-Beradik: Anak kedua daripada enam orang Profesion: Pelakon Idola: Aishwarya Rai Hobi: Memasak, berkumpul bersama keluarga, melancong, melakukan aktiviti lasak PENCAPAIAN: Peserta Pilih Kasih musim pertama (2009) KERJAYA AWAL: Pramugari AirAsia (2005 hingga 2009) DRAMA: Bonda, Delima, Loga Maya, Hatilia, Salam Terakhir, Hadi, Orang Luar, Arjuna, 3 Serumah, Pulangnya Karina, Rembak, Sejambak Bukan Serumpun dan Lipgloss FILEM: Mantra. Artis yang membintangi filem MANTRA.  berkahwin dengan Chef Rizz anak Chef Wan (Mohd Nadzri Bin Redzuawan Ismail)   tarikh bertunang 5 Oktober 2011   tarikh ijabkabul  11 Dec     2011     Gambar Ana Dahlia            

A.Rahman Hassan mahu tubuhkan Muzium Pop Yeh Yeh

Image
ORKES Nirwana di bawah pimpinan A. Rahman Hassan telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu. IRAMA pop yeh yeh yang pernah meledak pada persada muzik tanah air pada tahun 1960-an boleh dikatakan suatu genre muzik yang tidak luput ditelan zaman sehinggalah ke saat ini. Selepas 50 tahun irama itu bertapak, ia bukan sahaja meninggalkan nostalgia buat para karyawan, malah terus dikenang serta diminati ramai termasuklah kalangan generasi muda.

Wilma mahu tunai haji

Image
BERTUDUNG bukan ikut trend tetapi kerana kerelaan dan keikhlasan hati Wilma sendiri. BAGI mereka yang pernah mengikuti perkembangan aktres yang seorang ini, pastinya ramai yang sedar akan penampilannya sewaktu zaman kegemilangannya sekitar lewat tahun 90-an. Berbekalkan wajah yang cukup manis dipandang selain bakat lakonan tersendiri, Wilma Muhammad sememangnya dikenali sebagai salah seorang artis wanita yang terkenal dengan imej seksi. Namun itu semua cerita lama yang kini sudah menjadi lipatan sejarah buat Wilma. Sebaik sahaja mendirikan rumah tangga pada 18 November 2000, Wilma mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni tatkala namanya di puncak populariti.

Angelina stres mengarah filem

Image
ANGELINA JOLIE LOS ANGELES - Aktres jelita, Angelina Jolie mengakui berdepan dengan tekanan perasaan semasa penggambaran filem pertama arahannya, In the Land of Blood and Honey. “Saya sering mengalami masalah emosi semasa membuat penggambaran filem itu kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Saya berasa kecil hati dan tidak yakin boleh mengarah filem tersebut,” katanya kepada laman contactmusic.com. Jolie juga memaklumkan tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pengarah. “Saya tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang pengarah filem, saya hanya mahu menceritakan kisah ini dan akhirnya secara tidak langsung saya menjadi pengarah,” kata Jolie. Filem arahan dan ditulis oleh Jolie mengisahkan mengenai percintaan seorang lelaki warga Serbia dengan seorang wanita Bosnia beragama Islam meniti era perang Balkan dari tahun 1992 hingga 1995. Filem itu turut menampilkan beberapa barisan pelakon antaranya, Zana Marjanovic, Gor
Image
Persamaan Eun Hye, Ryeo Won dan Jung Eum (DARI kiri) Jung Ryeo Won, Yoon Eun Hye dan Hwang Jung Eum.     KALAU anda peminat tegar k-pop mesti dapat meneka persamaan antara Yoon Eun Hye, Jung Ryeo Won dan Hwang Jung Eum. Dahulu mereka ini tidak popular bersama kumpulan masing-masing tetapi setelah bergerak solo, nama mereka terus melonjak sebagai pelakon utama. Jung Ryeo Won yang merupakan bekas anggota kumpulan Chakra langsung tidak menonjol sewaktu bersama kumpulannya kerana dibayangi rakan-rakan lain. Setelah mengambil keputusan untuk bergerak solo, Eun Hye terpaksa bekerja keras untuk mencipta nama. Biarpun sudah berlakon dalam banyak drama antaranya Hello, Franceska, Ja Myoung Go, Two Faced Girlfriend dan Castaway on the Moon, namanya masih juga tidak dikenali. Namun nasibnya berubah setelah membintangi drama Salaryman Cho Han Ji dan Never Ending Story. Sementara Yoon Eun Hye yang merupakan bekas kumpulan Baby V.O.X tidak meraih populariti gara-gara badannya yang sedikit b

Umie lasak di Dreamworld

Image
BERSEDIA untuk menikmati keindahan pantai Tangalooma. “JOMLAH kita naik roller coaster tu, best tau. Kat atas tu..., kita boleh jerit sekuat hati,” pujuk Datin Paduka Umie Aida pada penulis yang turut serta dalam rombongan Travelog AirAsia ke Gold Coast, Queensland, baru-baru ini. Melihat pada kerangka roller coaster Buzz Saw yang baru dibuka di kawasan taman tema Dreamworld, hati penulis terus jadi kecut. “Mak oi... tingginya. Lepas tu kepala ke bawah dan berhenti secara tiba-tiba. Boleh kena serangan jantung macam ni. Tak apa, Umie sajalah yang naik,” demikian jawapan diberi, menyedapkan hati sendiri. Umie yang diundang sebagai tetamu jemputan untuk program kelolaan Edd Razhe itu tanpa rasa takut mengatur langkah untuk menaiki Buzz Saw dengan meninggalkan hos utama program tersebut. Sebaik sahaja Umie dan beberapa rakan lain turun, saya pun bertanya apa perasaannya ketika berada di atas sana dengan kelajuannya 105 kilometer sejam. “Tak r

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal dunia

Image
Singer Izwan Pilus dies of blood infection KUALA LUMPUR: Singer and television host Izwan Pilus died of blood infection at the Ampang Hospital here Friday. He was 33. Izwan or Khairil Izwan Pilus passed away at 6.15pm, said his younger brother, Khairil Azam or Aril, an Akademi Fantasia 7 participant, on his Twitter account. The manager of the late Izwan, Shaiful Shazwan, said the singer was admitted to the hospital at 12.30am after experiencing shortness of breath. "The situation became critical in the afternoon before he passed away," said Shaiful when contacted. Izwan remains will be taken to his family home in Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka for burial at the Kampung Pelembang Muslim Cemetery in Gubah, Jasin. A 2004 Bintang RTM finalist, Izwan cut an album entitled Erti Kasih in 2006 and became popular with the rendition of Kembali Senyum , the Malay version of a song in a South Korean drama, Full House . In December last year, Izwan, who was the second in the

Gelora di hati Neelofa

Image
GELORA hatinya tidak mampu dibendung lagi. Tidak tertahan jiwanya saat ini. Apa yang bersarang tidak mampu diterjemah dengan kata-kata apatah lagi lima belas hari di tahun baru sudah dilewati. Ramai yang menaruh harapan yang cukup besar kepada Neelofa Mohd. Noor. Satu nama yang masih baru tetapi cukup panas dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi.

Ezlynn pilih Sepanyol

Image
EZLYNN berharap dapat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. SELAIN memilih konsep musim luruh di Sepanyol untuk majlis resepsi yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy turut memilih negara itu sebagai destinasi berbulan madu. Menurut Ezlynn, Sepanyol menjadi pilihan kerana dia suka dengan suasana dan pemandangan yang cantik dan unik, selain adanya aktiviti berbasikal yang merupakan hobinya dan suami. Katanya, mereka akan berbulan madu pada April ini dan dijangka berada di sana selama sebulan. "Kami memang suka bercuti lama. Sebab waktu itu sahaja kami dapat melakukan aktiviti berbasikal. Kalau di Malaysia, aktiviti itu boleh dibuat sesekali sahaja kerana sibuk bekerja," katanya. Ezlynn yang diijabkabul pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, merupakan pasangan selebriti ketiga yang ditaja oleh Rafflesia untuk majlis resepsi. Sebelum ini pasangan Norman Hak

Hattan sah cerai

Image
HATTAN mencium dahi Farah Asyikin selepas mereka sah sebagai suami isteri pada 11 November 2011, di Seri Menanti, Negeri Sembilan. gambar yang menjadi kontreversi "mungkin penyebab perceraian" BARU dua bulan berkahwin akhirnya penyanyi Hattan sah bercerai talak satu dengan pasangannya ,Farah Asyikin yang juga merupakan janda anak dua pada hari Khamis lalu. Syed yang mendapat perkhabaran sehari selepas itu memang cukup terkejut dengan perpisahan tersebut. Bukan apa, rasanya masih baru lagi Syed melihat pasangan ini diijabkabulkan. Alih-alih impian nak sehidup-semati bersama berkecai di tengah jalan tanpa menunggu lama. Kalau ada yang lupa, Hattan bernikah dengan Farah pada 11.11.11 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Dalam majlis yang cukup meriah itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat kepada Hattan dan Farah sahaja. Selepas tujuh hari bernikah, ada akhbar hujung minggu yang melaporkan pasangan ini bercerai talak tiga. Lantas me

Bila Stacy terkilan

Image
BELUM pun reda isu mengenai dirinya yang suka tiba lewat pada sesi temujanji, penyanyi Stacy kini didakwa menimbulkan masalah baru apabila dikatakan suka membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir. Sikapnya itu bukan sahaja dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin malah ada mendakwa bekas juara program Akademi Fantasia 6 (AF6) itu semakin menunjukkan belangnya kerana berlagak diva. Ternyata anak kelahiran Penampang, Sabah yang bernama penuh Stracie Angie Anam, 22, itu amat terkilan dengan setiap dakwaan tersebut. Bagaimanapun, Stacy berkata, dia tidak akan cepat melatah walau dihentam dengan pelbagai laporan dan tuduhan negatif. Cuma dia sedikit kesal dengan laporan yang dianggapnya berat sebelah kerana langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. "Benar saya membatalkan sesi fotografi selama tiga hari berturut-turut secara mendadak dan di saat akhir baru-baru ini.

Fasha tidak sembunyi pernikahan

Image
"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini. Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini. Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya. "Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana," katanya. Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10 hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu. "Tetapi dak

Dia mulakan dulu-Rita Rudaini

Image
Perang Twitter antara pelakon Rita Rudaini dan adik iparnya Zaquan Adha Abdul Radzak menjadi bualan hangat bagi pengikut mereka di laman sosial itu. Ada juga blog gosip yang mengetengahkan isu itu. Macam mana isu itu boleh timbul? Siapa yang memulakan angkara? Ada juga yang membuat andaian ada peminat yang menjadi batu api sehingga berlaku salah faham di antara mereka.

Menu autentik Melayu di Pegaga

Image
ROSSA sempat singgah di Pegaga untuk mencuba sajian Melayu yang ditawarkan. ENAK. Itulah perkataan yang terpacul daripada mulut penyanyi terkenal dari seberang, Rossa mengenai makanan yang dihidangkan di Restoran Pegaga, Hulu Kelang, Selangor. Singgah di situ untuk sesi penyerahan trofi yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik edisi ke-18 lalu, Rossa mencuba kesemua hidangan yang disediakan seperti nasi lemak, ayam berempah, udang masak lemak dan pencuci mulut. “Makanan yang paling saya suka adalah sago (gula Melaka). Sangat enak sekali malah, saya ambil dua biji,” ulasnya ringkas dengan loghat Indonesia. Pegaga merupakan sebuah restoran baharu yang menggunakan konsep menyediakan makanan tulen Melayu dan hidangan pastri dengan ruang dan dapur berbeza. Di bahagian pastri, ruang tersebut dikenali sebagai d’postre. Dekorasi direka menggunakan sepenuhnya rona putih di kedua-dua bahagian tetapi, dengan kemasan warna hijau untuk pegaga, manakala untuk d’postre pula berwarna bi

Percutian Safi bersama Shila

Image
SHILA (tengah) bersama juara pertandingan Safi Kliq, kumpulan Kliq 2intim8. USAI pemilihan peserta-peserta Safi Kliq yang berlangsung pada Oktober dan November lalu, empat kumpulan terbaik telah dibawa ke peringkat akhir. Setiap kumpulan yang disertai seramai empat orang gadis itu dibawa Safi bercuti ke Gold Coast, Sepang, Selangor selama dua hari tiga malam. Pemilihan kesemua peserta akhir itu adalah berdasarkan kreativiti memuat naik gambar mereka sekumpulan di laman sosial Facebook milik Safi Balqis dan turut dinilai mengikut nama kumpulan paling kreatif. Sepanjang percutian yang turut diserta duta jenama kosmetik tersebut, Shila Amzah, kesemua 16 gadis itu melalui pelbagai cabaran serta aktiviti menarik. Pada hari pertama, para peserta menyertai bengkel kecantikan Cerah Sempurna yang mendidik mereka berkenaan teknik-teknik pembersihan wajah. Mereka diajar cara membersihkan kulit wajah dengan betul selain mengetahui manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan produk

Siti, Nicholas digandingkan dalam Kekuatan Cinta

Image
JAKARTA 11 Jan. - Seandainya persefahaman dan persetujuan dicapai, filem Kekuatan Cinta terbitan syarikat produksi Indonesia, PT Kentfilms Production akan menampilkan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Filem yang kini sedang dalam perancangan penerbitannya bercadang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia itu untuk digandingkan dengan aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra. Penerbitan filem yang bakal diarahkan oleh Iwan Sardi itu juga berhasrat mengundang pelakon muda dan sensasi Malaysia, Fasha Sandha. Selain Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha, dua artis Malaysia lain yang juga bakal membintangi filem ini ialah Melissa Saila dan Raja Ema. Tidak ketinggalan dua aktres ternama Indonesia, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo juga antara bintang yang disenaraikan berlakon dalam filem itu. Menurut Iwan, besar harapannya lamaran yang akan dibuat kepada penyanyi ternama Malaysia itu mendapat m