Posts

Showing posts with the label artis malaysia

Profile Ana Dahlia

Image
Profile Artis Nama sebenar : Diyana Mastura Jaafar Nama komersial: Ana Dahlia Tempat Lahir: Taiping, Perak Tarikh Lahir: 21 Jun 1983 Adik-Beradik: Anak kedua daripada enam orang Profesion: Pelakon Idola: Aishwarya Rai Hobi: Memasak, berkumpul bersama keluarga, melancong, melakukan aktiviti lasak PENCAPAIAN: Peserta Pilih Kasih musim pertama (2009) KERJAYA AWAL: Pramugari AirAsia (2005 hingga 2009) DRAMA: Bonda, Delima, Loga Maya, Hatilia, Salam Terakhir, Hadi, Orang Luar, Arjuna, 3 Serumah, Pulangnya Karina, Rembak, Sejambak Bukan Serumpun dan Lipgloss FILEM: Mantra. Artis yang membintangi filem MANTRA.  berkahwin dengan Chef Rizz anak Chef Wan (Mohd Nadzri Bin Redzuawan Ismail)   tarikh bertunang 5 Oktober 2011   tarikh ijabkabul  11 Dec     2011     Gambar Ana Dahlia            

A.Rahman Hassan mahu tubuhkan Muzium Pop Yeh Yeh

Image
ORKES Nirwana di bawah pimpinan A. Rahman Hassan telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu. IRAMA pop yeh yeh yang pernah meledak pada persada muzik tanah air pada tahun 1960-an boleh dikatakan suatu genre muzik yang tidak luput ditelan zaman sehinggalah ke saat ini. Selepas 50 tahun irama itu bertapak, ia bukan sahaja meninggalkan nostalgia buat para karyawan, malah terus dikenang serta diminati ramai termasuklah kalangan generasi muda.

Wilma mahu tunai haji

Image
BERTUDUNG bukan ikut trend tetapi kerana kerelaan dan keikhlasan hati Wilma sendiri. BAGI mereka yang pernah mengikuti perkembangan aktres yang seorang ini, pastinya ramai yang sedar akan penampilannya sewaktu zaman kegemilangannya sekitar lewat tahun 90-an. Berbekalkan wajah yang cukup manis dipandang selain bakat lakonan tersendiri, Wilma Muhammad sememangnya dikenali sebagai salah seorang artis wanita yang terkenal dengan imej seksi. Namun itu semua cerita lama yang kini sudah menjadi lipatan sejarah buat Wilma. Sebaik sahaja mendirikan rumah tangga pada 18 November 2000, Wilma mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni tatkala namanya di puncak populariti.

Umie lasak di Dreamworld

Image
BERSEDIA untuk menikmati keindahan pantai Tangalooma. “JOMLAH kita naik roller coaster tu, best tau. Kat atas tu..., kita boleh jerit sekuat hati,” pujuk Datin Paduka Umie Aida pada penulis yang turut serta dalam rombongan Travelog AirAsia ke Gold Coast, Queensland, baru-baru ini. Melihat pada kerangka roller coaster Buzz Saw yang baru dibuka di kawasan taman tema Dreamworld, hati penulis terus jadi kecut. “Mak oi... tingginya. Lepas tu kepala ke bawah dan berhenti secara tiba-tiba. Boleh kena serangan jantung macam ni. Tak apa, Umie sajalah yang naik,” demikian jawapan diberi, menyedapkan hati sendiri. Umie yang diundang sebagai tetamu jemputan untuk program kelolaan Edd Razhe itu tanpa rasa takut mengatur langkah untuk menaiki Buzz Saw dengan meninggalkan hos utama program tersebut. Sebaik sahaja Umie dan beberapa rakan lain turun, saya pun bertanya apa perasaannya ketika berada di atas sana dengan kelajuannya 105 kilometer sejam. “Tak r

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal dunia

Image
Singer Izwan Pilus dies of blood infection KUALA LUMPUR: Singer and television host Izwan Pilus died of blood infection at the Ampang Hospital here Friday. He was 33. Izwan or Khairil Izwan Pilus passed away at 6.15pm, said his younger brother, Khairil Azam or Aril, an Akademi Fantasia 7 participant, on his Twitter account. The manager of the late Izwan, Shaiful Shazwan, said the singer was admitted to the hospital at 12.30am after experiencing shortness of breath. "The situation became critical in the afternoon before he passed away," said Shaiful when contacted. Izwan remains will be taken to his family home in Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka for burial at the Kampung Pelembang Muslim Cemetery in Gubah, Jasin. A 2004 Bintang RTM finalist, Izwan cut an album entitled Erti Kasih in 2006 and became popular with the rendition of Kembali Senyum , the Malay version of a song in a South Korean drama, Full House . In December last year, Izwan, who was the second in the

Gelora di hati Neelofa

Image
GELORA hatinya tidak mampu dibendung lagi. Tidak tertahan jiwanya saat ini. Apa yang bersarang tidak mampu diterjemah dengan kata-kata apatah lagi lima belas hari di tahun baru sudah dilewati. Ramai yang menaruh harapan yang cukup besar kepada Neelofa Mohd. Noor. Satu nama yang masih baru tetapi cukup panas dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi.

Ezlynn pilih Sepanyol

Image
EZLYNN berharap dapat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. SELAIN memilih konsep musim luruh di Sepanyol untuk majlis resepsi yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy turut memilih negara itu sebagai destinasi berbulan madu. Menurut Ezlynn, Sepanyol menjadi pilihan kerana dia suka dengan suasana dan pemandangan yang cantik dan unik, selain adanya aktiviti berbasikal yang merupakan hobinya dan suami. Katanya, mereka akan berbulan madu pada April ini dan dijangka berada di sana selama sebulan. "Kami memang suka bercuti lama. Sebab waktu itu sahaja kami dapat melakukan aktiviti berbasikal. Kalau di Malaysia, aktiviti itu boleh dibuat sesekali sahaja kerana sibuk bekerja," katanya. Ezlynn yang diijabkabul pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, merupakan pasangan selebriti ketiga yang ditaja oleh Rafflesia untuk majlis resepsi. Sebelum ini pasangan Norman Hak

Hattan sah cerai

Image
HATTAN mencium dahi Farah Asyikin selepas mereka sah sebagai suami isteri pada 11 November 2011, di Seri Menanti, Negeri Sembilan. gambar yang menjadi kontreversi "mungkin penyebab perceraian" BARU dua bulan berkahwin akhirnya penyanyi Hattan sah bercerai talak satu dengan pasangannya ,Farah Asyikin yang juga merupakan janda anak dua pada hari Khamis lalu. Syed yang mendapat perkhabaran sehari selepas itu memang cukup terkejut dengan perpisahan tersebut. Bukan apa, rasanya masih baru lagi Syed melihat pasangan ini diijabkabulkan. Alih-alih impian nak sehidup-semati bersama berkecai di tengah jalan tanpa menunggu lama. Kalau ada yang lupa, Hattan bernikah dengan Farah pada 11.11.11 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Dalam majlis yang cukup meriah itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat kepada Hattan dan Farah sahaja. Selepas tujuh hari bernikah, ada akhbar hujung minggu yang melaporkan pasangan ini bercerai talak tiga. Lantas me

Bila Stacy terkilan

Image
BELUM pun reda isu mengenai dirinya yang suka tiba lewat pada sesi temujanji, penyanyi Stacy kini didakwa menimbulkan masalah baru apabila dikatakan suka membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir. Sikapnya itu bukan sahaja dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin malah ada mendakwa bekas juara program Akademi Fantasia 6 (AF6) itu semakin menunjukkan belangnya kerana berlagak diva. Ternyata anak kelahiran Penampang, Sabah yang bernama penuh Stracie Angie Anam, 22, itu amat terkilan dengan setiap dakwaan tersebut. Bagaimanapun, Stacy berkata, dia tidak akan cepat melatah walau dihentam dengan pelbagai laporan dan tuduhan negatif. Cuma dia sedikit kesal dengan laporan yang dianggapnya berat sebelah kerana langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. "Benar saya membatalkan sesi fotografi selama tiga hari berturut-turut secara mendadak dan di saat akhir baru-baru ini.

Fasha tidak sembunyi pernikahan

Image
"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini. Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini. Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya. "Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana," katanya. Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10 hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu. "Tetapi dak

Rozita Che Wan elak bermadu

Image
MAHU tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan. KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita. Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki. Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal. Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya. "Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini. "Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya yang ditemui ketika hadir memenuhi undangan untuk Jom Chat Bersa

Aaron cedera angkara Syamsul?

Image
AKTOR kacak kelahiran Singapura ini kini berada di Tokyo, Jepun. AKTOR paling dikehendaki dalam industri perfileman Malaysia saat ini, Aaron Aziz, 36, yang menjalani penggambaran filem terbaharunya, KL Gangster 2 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan telah mengalami kecederaan sehingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Gosip segera bertiupan membawa perkhabaran kurang enak kononnya berlaku kesilapan teknikal ketika penggambaran babak lagak ngeri yang membabitkan Aaron. Pengarah filem itu, Syamsul Yusuf pula dipersalahkan dan anak teruna Datuk Yusuf Haslam itu ditohmah sebagai terlalu ghairah mahu menyiapkan filem itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan menyebabkan Aaron tercedera. Syamsul dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam telah menafikan bahawa dia adalah dalang di sebalik kecederaan yang dialami Syamsul itu, namun apa pula cerita di pihak Aaron? Kosmo! berpeluang bersua dengan Aaron di set penggambaran KL Gangster 2 d

Rozita Che Wan buka rahsia

Image
ROZITA Che Wan di Jom Chat Bersama... di pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, kelmarin. KUALA LUMPUR 11 Jan. - Walaupun sibuk menerima pelbagai tawaran berlakon aktres wanita terkenal Rozita Che Wan tetap menerima undangan segmen Jom Chat Bersama... di ibu pejabat Utusan Melayu (M) semalam. Selain menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan peminat secara interaktif, Rozita sebelum itu turut dibawa melawat pejabat Jabatan Pengarang. Menurut Rozita, peluang berbual secara santai itu digunakan untuk menyatakan penghargaan kepada peminat setianya. "Saya amat berbesar hati menerima pelawaan ini dan ucapan terima kasih juga untuk peminat saya yang tidak jemu memberikan sokongan mereka," katanya di sini malam ini. Diminta berkongsi rahsia kejelitaannya, Rozita berkata, rutin kecantikannya agak mudah tetapi paling penting adalah disiplin diri. "Saya amat mementingkan sarapan pagi kerana ia dapat membantu saya mendapatka

Seksinya Kak Ita - Rozita Che Wan

Image
GAMBAR ANGGUN ROZITA CHE WAN  Inilah foto anggun Rozita Che Wan