Posts

Showing posts with the label info semasa

Majlis Pengebumian Mendiang ASP Micheal Ak Padel

Image
MAJLIS ISTIADAT PENGEBUMIAN MENDIANG ASP MICHAEL PADEL: Kuching, 6 Februari - Majlis istiadat pengebumian Mendiang ASP Michael Padel berlangsung hari ini pada jam 10.30 pagi tadi dalam acara penuh istiadat di Makam Pahlawan, Jalan Budaya, Kuching, Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah pengurusan PDRM, Dato' Mortadza bin Nazarene, Ketua Polis Sarawak, Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Bersemadilah perwira negara namun semangat dan jasamu akan tetap kekal di sanubari setiap rakyat Malaysia. Majlis Pengebumian Mendiang ASP Micheal Ak Padel (320 photos) Jenazah mula dibawa masuk ke kawasan Makam Pahlawan

TIMBALAN KETUA POLIS NAFI KHABAR ANGIN DI PESISIRAN PANTAI SABAH

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 7 hours ago TIMBALAN KETUA POLIS NAFI KHABAR ANGIN DI PESISIRAN PANTAI SABAH Kuching, 6 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina. Beliau berkata sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyar akat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna. "Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat. Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian negeri mendiang DSP Michael Padel di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini. Beliau berkata polis bersama Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan kehadiran di seluruh negeri Sabah, khusus

SEMPORNA : EMPAT SUSPEK DITAHAN

Semporna, 6 Mac - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis K ontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. "Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan. Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya men

LAHAD DATU :OPS DAULAT

DEFENDING AND PRESERVING THE NATION’S SOVEREIGNTY ‘OP DAULAT’ UPDATES CHRONOLOGY OF EVENTS 12th February 2013 - Armed Intrusion at Lahad Datu About 150 armed persons in army fatigues intruded into Felda Sahabat, Lahad Datu district of Sabah. The police cordoned off the area and directed the group to lay down arms and surrender. 14th - 28th February 2013 - Negotiations The intruders were identified to be from the southern Philippines who claimed to be linked to the so-called ‘Sulu Sultanate’. Rounds of negotiations were held between the intruders and the Royal Malaysia Police to find the best solution without bloodshed. The intruders were asked to leave peacefully. The deadline for the intruders to leave peacefully passed but negotiations were still in progress to allow the terrorists to retreat. 1st. March 2013 - Shooting Incident at Kampung Tanduo, Lahad Datu The police dropped leaflets from a helicopter that ordered the armed intruders holed up in Kampung

LAHAD DATU:Anggota PDRM yang terkorban

Image
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) LAHAD DATU: Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera: Terkorban: 1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT 2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD Cedera: 1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG 2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM 3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI

Jurugambar cedera ketika cuba rakam aksi penahanan

Image
SEORANG anggota pasukan keselamatan menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan di pantai Lahad Datu berhampiran Felda Residence Sahabat, di Lahad Datu, Sabah hari ini. Gara-gara mahu merakam aksi ini, seorang jurugambar media cedera. - UTUSAN LAHAD DATU 5 Mac - Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut. Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo. Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai. Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu. Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Saha

MILF tidak mahu terlibat konfrontasi di Sabah - Murad

JOHOR BAHRU 6 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah. Pengerusi MILF, Murad Ebrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan oleh Kuala Lumpur dan Manila. "Masalah di sana ialah antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Kami serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. "Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif melalui telefon dari kubunya di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, Maguindanao, selatan Filipina hari ini. Setelah rundingan yang diadakan selama tiga minggu menemui kegagalan, apabila pasukan keselamatan negara diserang hendap kumpulan pengganas itu dalam dua ins

Operasi menumpaskan musuh masih diteruskan - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD KUALA LUMPUR 6 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menumpaskan musuh di Sabah masih lagi berlangsung hari ini. Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat terus mendoakan kejayaan pasukan keselamatan dalam usaha mereka membanteras setiap musuh yang ada. "Di saat saya berucap ini perwira negara sedang bersabung nyawa dalam satu operasi yang sedang berlangsung. "Marilah kita berdoa mereka ini terselamat dan musuh negara dapat kita tumpas dan hapuskan sama sekali," ujarnya kita berucap di ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130306/dn_46/Operasi-menumpaskan-musuh-masih-diteruskan---PM#ixzz2Mm6IHdPY © Utusan Melayu (M) Bhd

OP DAULAT: SIDANG MEDIA (6 MAC 2013 @ 4.30PM)

Image
OP DAULAT: SIDANG MEDIA (6 MAC 2013 @ 4.30PM) Sidang media oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan... http://fb.me/1ztKHLu5j by Polis Diraja M'sia via twitter 9:34 PM

Yuran agensi pembantu rumah mesti munasabah: Subramaniam

Image
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Yuran agensi pembantu rumah perlu ditetapkan pada kadar yang lebih munasabah dan relevan dengan keperluan masyarakat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini. Beliau berkata, beberapa agensi malah menetapkan yuran tinggi sehingga RM12,000 setiap amah, yang terlalu mahal bagi kebanyakan penduduk Malaysia. "Dalam jangka panjang, saya agak bersetuju bahawa kuasa pasaran yang sebenarnya penentu kepada yuran ini, namun pada masa sama mereka perlu bersikap munasabah dan relevan kepada keperluan masyarakat," katanya. - BERNAMA Related Posts :info semasa,

Proses naik taraf Mahkamah Syariah di peringkat akhir

Image
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Proses menaik taraf sistem perundangan syariah di negara ini dengan menambah peringkat mahkamah itu daripada tiga kepada lima, kini di tahap akhir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, draf berhubung pindaan perundangan itu mendapat persetujuan Raja-Raja dan Majlis Agama Islam di 13 negeri. Beliau berkata, usaha menaik taraf sistem kehakiman syariah itu dijangka dapat dilaksanakan pada tahun depan jika dipersetujui secara kolektif oleh semua Majlis Agama Islam negeri. "Ia sedang dipersembahkan kepada raja-raja dan Majlis Agama Islam negeri, terutama ahli lembaga majlis dan sekarang ini, kita telah melepasi 13 negeri manakala negeri terakhir iaitu Kedah, akan kita bentangkan pada 30 Dis depan. "Sekiranya kesemua negeri mempersetujui cadangan ini, kita akan bentangkan pada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan, dan seterusnya untuk proses pelaksanaan peningkatan mahkamah tersebut,&q

Ismail Tokoh Maal Hijrah

Image
MOHD. Ridzuan Ang Abdullah menerima anugerah Tokoh Aktivis Saudara Kita sempena sambutan Maal Hijrah Terengganu 2012 di Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 15 Nov. - Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2012 peringkat negeri Terengganu. Ismail, 70, tokoh kelahiran Kampung Tanjung Sabtu, Manir itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 selain piala pusingan dan sijil penghargaan. Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah menerima hadiah itu daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh.

Kabus tebal: Penerbangan di Heathrow dibatal

Image
LONDON 16 Nov. - Berpuluh-puluh pesawat di Lapangan Terbang Heathrow di sini terpaksa dibatalkan selepas kabus tebal menyelubungi bandar raya itu semalam. Jurucakap lapangan Terbang itu berkata, sebanyak 78 penerbangan masuk dan keluar terpaksa dipindahkan ke hab lapangan terbang barat. Katanya, pihaknya menjangka kabus tebal itu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari, kejadian ini merupakan hari kedua berlaku di lapangan terbang paling sibuk di dunia itu. - AFP Related Posts :info semasa, INFO ALERT

Tentera Malaysia, Singapura mula eksesais bersama

Image
JOHOR BAHARU 16 Nov. - Pasukan tentera darat Malaysia dan Singapura memulakan Eksesais Semangat Bersatu siri 18/2012 hari ini, bertempat di Padang Kawad 10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee di sini. Eksesais sehingga 22 November itu disertai 923 pegawai dan anggota tentera darat Malaysia serta 144 dari Singapura, dan dirasmi secara bersama oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Staf Am Tentera Darat Singapura, Brig. Jen. Tung Yui Fai. Eksesais itu merupakan latihan bilateral tahunan yang dilaksana untuk menjalin hubungan baik antara kedua-dua negara selain membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Eksesais juga menguji kemampuan dan kesiapsiagaan pasukan kedua-dua negara dalam menghadapi ancaman dan menilai kemahiran pegawai serta anggota yang terlibat dalam melaksanakan operasi ketenteraan mengikut teknik, taktik dan prosedur yang ditetapkan. - BERNAMA

Kerajaan negeri Kelantan dapat kebenaran merayu

Kerajaan negeri Kelantan dapat kebenaran merayu PUTRAJAYA 3 Okt. - Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak diputuskan melalui isu-isu perundangan atau melalui perbicaraan penuh. Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang membenarkan permohonan kerajaan pimpinan Pas mendapatkan kebenaran merayu. Sehubungan itu, mahkamah tertinggi negara membenarkan supaya prosiding kes saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir dilupuskan. - UTUSAN Related Posts :info semasa,

Datuk Seri Najib - Rasuah: Kerjasama komuniti antarabangsa ada lah perlu

Image
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan Malaysia mengiktiraf kepentingan untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha memerangi rasuah dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri menegaskan usaha memerangi rasuah merupakan satu bahagian penting dalam pelan besar kerajaan untuk mentransformasikan kerajaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi di Malaysia. "Kerajaan Malaysia telah menetapkan pembanterasan rasuah sebagai satu daripada keutamaannya, dengan memasukkan “Membanteras Rasuah “sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan," katanya. Najib berkata demikian dalam kata-kata aluan sempena Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa AntiRasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 yang akan diadakan di sini mulai 4 hingga 7 Oktober. Dengan bertemakan "UNCAC Bab VI: Bantuan Teknikal dan Pertukaran Maklumat", forum yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpu

Utamakan program kesedaran

Image
NAJIB TUN RAZAK KUALA LUMPUR 1 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah mengadakan undang-undang untuk menjadikan pemberian nafkah kepada ibu bapa satu keperluan mungkin akan mengeruhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh itu, kata Perdana Menteri, kerajaan mengutamakan program kesedaran untuk memupuk serta menyubur rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda terhadap keluarga ke arah memantapkan institusi keluarga. Katanya, sebanyak 8,282 program seperti itu dilaksanakan sejak 2006 hingga Ogos lepas bagi melahirkan rasa tanggungjawab anak-anak supaya menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa. “Maka terlahirlah rasa keinsafan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat sama ada kerajaan bersedia mengadakan undang-undang seumpama itu sebagai satu keperluan seperti di Singapura. Najib yang ju

Penyertaan swasta bantu transformasi luar bandar

Image
PENDANG 3 Ogos - Kerajaan akan menarik lebih banyak penyertaan swasta dalam usaha mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif dan maju. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, negara pada masa ini berada pada tahap baru pembangunan kawasan luar bandar dengan tumpuan terhadap kemajuan pembangunan prasarana dan keupayaan kegiatan ekonomi serta perdagangan. Tambah beliau, proses transformasi itu juga akan dimatangkan dalam masa terdekat dengan penglibatan tidak hanya agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bahkan melibatkan penyertaan swasta seperti KFC Holdings (M) Bhd. (KFC Holdings) dan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin). Related Posts :info semasa,

Terap disiplin tinggi elak perbalahan - Zahid Hamidi

Image
Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan penduduk ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid AL-Ghazali Batu 8, Hutan Melintang, malam tadi. BAGAN DATOH 3 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh pegawai dan anggota tentera menerapkan amalan disiplin yang tinggi bagi mengelakkan perbalahan antara satu sama lain. Mengulas insiden seorang anggota tentera cedera selepas didakwa dibelasah sekumpulan pegawai kerana tidak memberi tabik hormat Sabtu lalu, Ahmad Zahid berkata, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika kedua-dua pihak faham tanggungjawab masing-masing. "Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi masing-masing perlu mengamalkan tahap disiplin yang tinggi. Setiap anggota tentera sudah dilatih menghormati pegawai atasan tidak kira siapa mereka, sama ada memakai uniform atau tidak. Related Posts :Info Semasa

Teruskan tanggungjawab sosial kepada golongan memerlukan - Rosmah

Image
ROSMAH Mansor menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kepada pelajar-pelajar sekolah di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Di sebelah Rosmah ialah Syed Ali Alhabshee. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN KUALA LUMPUR 3 Ogos - Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, pihak swasta dan juga badan-badan amal kebajikan disaran meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana tanggungjawab sosial mereka itu akan menjadi sebagai satu penyuntik semangat kepada golongan yang memerlukan dalam meraikan hari lebaran kelak.