Posts

Vapor flavour + perasa untuk vapor

Image
Harga promosi. Price 1pc flavor  Rm35 Price for bundle pack flavor Rm195 Diperlukan agent pemasaran Hubungi 0126043413 en.mie Whatsapp atau msg. Atau  Hubungi 0123537770 en.iz

Penjaga hati ,cinta dan cintamati

Image
Ayat ni pelik tapi baca gambar tu.semua orang pasti pernah rasa macam tu.betapa susah nya untuk menjaga hati seseorang. Terkadang dalam menjaga hati seseorang.seseorang itu terpaksa merendahkan diri dan maruahnya demi menjaga hati.Hanya untuk menjadi yang lebih baik.walaupun dia tahu dirinya hanya orang biasa sahaja. Menjaga hati pasangan nya umpama seorang raja atau permaisuri. Terkadang usaha tu mendapat balasan sebaliknya.sebab kerana pasangan anda tidak memahami niat anda dan usaha anda.erti kata lainnya pasangan anda menilai anda dari segi luaran tidak menilai hati.maka usaha itu akan sia-sia sahaja. Anda boleh cuba atau berusaha bermacam-macam..buat dirinya. Tapi ia tetap tidak dapat memuaskan hati pasangan anda. Mungkin waktu tu anda akan rasa terkilan hati atau terguris perasaan.itu lah lumrah manusia.manusia itu tak sempurna.ada manusia yang suka marah-marah sahaja dan suka komplen sana sini sebab orang itu hanya nak sembunyikan keburukkan nya yang mana dirinya tak sempur...

Info pergaduhan di wangsawalk.10 suspek ditahan.

Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam. Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan. “Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini. Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki. Semalam, polis men...

Operasi KPDNKK banteras cetak rompak dan barangan tiruan

1,300 premis 
jual produk tiruan 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 1,300 premis perniagaan di seluruh negara yang disyaki menjual produk tiruan dan cetak rompak termasuk peralatan telekomunikasi klon. Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, pihak­nya mengesan premis-premis tersebut sejak Januari lalu sehingga hari ini. Katanya, daripada jumlah tersebut, 460 premis perniagaan dikenal pasti di lokasi panas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru manakala 840 di negeri lain. “Kami juga telah mengambil tindakan terhadap 316 peniaga yang terlibat dalam penjualan barangan cetak rompak dan tiruan masing-masing di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Barangan Perihal Dagangan Palsu) seramai 244 peniaga dan Akta Hak Cipta 1987 (70 peniaga) dengan nilai rampasan seba­nyak RM5.4 juta. “Dalam...

Tele-info tragedi-seorang murid tahun enam maut di Tasek Gelugor

Murid tahun enam maut dirempuh kereta 22 Julai 2015 1:11 AM TASEK GELUGOR 21 Julai – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Tiga dekat Sungai Dua petang ini. Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhamad Sya­mim Daud, 12, dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas ke Sungai Lokan. Jurucakap polis berkata, mang­sa dipercayai telah keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu kereta berusia 46 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasa...

Teleinfo - rakyat malaysia

Image
Anak alami jangkitan paru-paru perlu RM19,000 22 Julai 2015 1:21 AM PARIT BUNTAR 21 Julai – Aidilfitri kali ini tidak ceria buat sepasang suami isteri di Taman Berlian dekat sini apabila bayi mereka yang berusia lima bulan mengalami masalah paru-paru akibat jangkitan Respiratory Synctial Virus (RSV). Lebih menyedihkan pasangan Mohd. Aizam Hamzah, 32, dan No­ridawati Md. Nor, 38, apabila anak mereka, Muhammad Muaz Mukhriz turut mengalami masalah jantung berlubang dan komplikasi otak akibat dilahirkan pramatang iaitu ketika usia kandungan cuma 26 minggu. Mereka juga resah kerana kos untuk rawatan Muhammad Muaz Mukhriz mencecah hampir RM19,000 bagi membolehkan anak mereka dibekalkan dengan ubat khas merawat jangkitan RSV. Dengan pekerjaan sebagai juruteknik kilang, Mohd. Aizam mengakui dia tidak mampu untuk menyediakan kewangan sebesar itu. "Aidilfitri tahun ini seperti tiada makna. Bukan sahaja bimbang memikirkan kesihatan anak tetapi kos perubatan yang ditetapkan Hospital Ta...

Selamat hari raya aidilfitri

Image
Mula lah kehidupan baru jauh dari kenangan.