Posts

Tiga anggota polis cedera ditembak pengganas Boko Haram

28/11/2011 2:32am KANO 28 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk tiga anggota polis mengalami kecederaan selepas ditembak oleh beberapa ahli kumpulan pengganas Boko Haram ketika menyerang sebuah balai polis, bank dan bar, semalam. Seorang pegawai kanan Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria di Geidam berkata, lelaki-lelaki bersenjata itu melakukan serangan bom dan senjata api ke atas sebuah balai polis dan bar di bandar Geidam, 160 kilometer dari Damaturu. “Tiga anggota polis mengalami luka tembakan dan seorang penduduk tercedera semasa lari menyelamatkan diri,” katanya. Tambahnya, keempat-empat orang itu kini sedang dirawat di hospital. - AFP

Anwar akui ada wakil rakyat PKR lupa tugas, abai tanggungjawab

28/11/2011 2:32am JOHOR BAHRU 28 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada wakil rakyat dari parti itu yang hidup senang lenang selepas memegang jawatan berkenaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan parti. Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Kelapan di sini semalam, Anwar dengan kesal berkata, perkara itu bertentangan dengan prinsip parti dan akhirnya menimbulkan masalah dalaman.

periksa saman Polis trafik anda jika ada

Image
Bagaimana untuk periksa saman Polis trafik anda jika ada 2. Semakan saman POLIS melalui SMS Taip POLIS SAMAN [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728 Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728 3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS Taip jpj your IC Number and send to 37773 Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773   4. Melalui SMS 15888 Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu: Taip POLIS SAMAN No Plat kenderaan dan hantar ke 15888 Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 check secara onlineSERVICES

Bagaimana untuk periksa jikalau anda punya saman JPJ

Image
SMS Services :: JPJ SMS :: Check your driving license expiry date, kejara points, class, JPJ summons status through SMS. Key in jpj your IC Number and send to 37773 Example: jpj 660104084938 and send to 37773

Mangsa banjir Kelantan bertambah

Image
PENIAGA tetap meneruskan perniagaan di tepi jalan raya sekitar pekan Rantau Panjang, Kelantan meskipun kawasan itu sudah ditenggelami banjir semalam. KOTA BHARU – Bilangan mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan semalam meningkat kepada 1,817 orang membabitkan 502 keluarga berbanding 1,184 daripada 288 keluarga kelmarin dengan mangsa terbaharu melibatkan jajahan Tumpat. Bagaimanapun, mangsa banjir di Kuala Krai dan Machang yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sudah dibenarkan pulang pada tengah hari semalam berikutan keadaan banjir di kawasan itu beransur pulih menjadikan enam daerah sahaja yang terlibat pada masa ini iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Pelbagaikan disiplin ilmu - Sultan Selangor

Image
SULTAN Sharafuddin (kiri) mengetuk tukul sebagai simbolik perasmian serta pengisytiharan bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru semua pegawai Mahkamah Syariah terutama Hakim Syarie supaya melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran besar. Titah baginda, kes-kes di Mahkamah Syariah kini bukan lagi hanya tertumpu kepada kes penceraian malah melibatkan kes tuntutan harta bernilai jutaan ringgit. Selain itu, baginda bertitah, cabaran turut membabitkan kes yang mencabar sensitiviti masyarakat seperti permohonan pengisytiharan bukan orang Islam. "Kecekapan dan ketegasan dalam pengendalian kes akan dapat menegakkan keadilan," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) di Persiaran Masjid semalam. Jakess berpindah ke bangunan baharu setinggi tujuh

Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

Image
INI memang senario paling lucu dalam industri hiburan tempatan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Bertambah lucu apabila ia datang daripada sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan! Jika ingin dilihat secara kasar, memang tidak masuk akal langsung apabila AIM yang tahun ini sudah masuk usia 18 tahun boleh melakukan kesilapan paling bodoh untuk jenama besar mereka. AIM 18 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut . Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.