Posts

Anemia halang oksigen masuk ke sel badan

Image
Anemia halang oksigen untuk masuk ke sel badan Keadaan ginjal yang mengalami kerosakan kronik. MENURUT pakar-pakar nefrologi, apabila tahap kegagalan pada buah pinggang menjadi semakin teruk, organ itu akan kehilangan fungsi normal. Situasi itu dikenali sebagai Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRF) atau ringkasnya, kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak komplikasi ESRF (dikenali juga sebagai ESRD). Antaranya anemia, hipertensi dan osteoporosis.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia

Image
Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia www.dutchlady.com.my/ KUALA LUMPUR 13 Mac - Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady Malaysia) telah melantik Rahul Colaco sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat itu berkuatkuasa 1 April depan, menggantikan Bas Van Den Berg yang akan kembali ke Eropah selepas dua tahun menerajui syarikat tenusu itu di Malaysia. Menurut kenyataan Dutch Lady Malaysia, Colaco yang menyertai syarikat itu pada akhir 2009 ketika ini memegang jawatan Pengarah Pemasaran. Pengerusi Dutch Lady Malaysia, Datuk Zainal Abidin Puteh berkata, pihaknya gembira kerana mendapat pengganti yang sudah mempunyai pengalaman luas di Eropah dan Asia. Related Posts :INFO BUSINESS

HSBC kekal operasi di Asia

Image
HSBC kekal operasi di Asia HONG KONG 13 Mac - HSBC Holdings PLC (HSBC) hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan akan menjual atau menutup operasinya di Asia, seperti yang dilaporkan Financial Times. HSBC menjelaskan, syarikat berkenaan akan terus fokus kepada operasinya di enam buah negara di luar Hong Kong yang ketika ini mencatat pertumbuhan keuntungan selain mengintai dua pasaran baharu, menurut Ketua Eksekutif HSBC Asia, Peter Wong. Pasaran utama HSBC di Asia adalah Australia, China, India, Indonesia, Malaysia dan Singapura manakala negara berpotensi adalah Vietnam dan Taiwan. - Dowjones Related Posts :INFO BUSINESS

Wasiat Rano kepada Raka

Image
Wasiat Rano kepada Raka                   JAKARTA 13 Mac - Rano Karno (gambar), aktor yang pernah menempa kemasyhuran pada era 1980-an tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan berita penangkapan anaknya, Raka Widayarma kerana memiliki dadah. Biar sekalipun Raka hanyalah anak angkatnya, Rano terlalu bersedih dengan apa yang menimpa Raka. Selama ini Rano yang tidak memiliki anak kandung bergantung harapan masa depannya kepada Raka. Justeru, sebelum beliau 'menutup mata', Naib Gabenor Banten itu meninggalkan wasiat untuk disempurnakan Raka. "Biarlah ketika jenazah saya diusung ke tanah kubur satu hari nanti, Raka akan menyempurnakan tanggungjawab mengazankan jenazah saya," kata Rano. Sebanyak tiga kali wasiat itu terhambur dari mulut Rano semasa pertemuan beliau dengan wartawan di kediamannya di Kompleks Perumahan Karang Tengah Indah, Cinere, Jakarta Selatan pada hujung minggu lalu. "Jangan sampai kamu mati dulu sebelum saya, kerana saya ingin sekal

Khairy buat Anwar tersentak

Image
Khairy buat Anwar tersentak KUALA LUMPUR 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat. Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ( gambar ) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

13 artis wanita ‘mangsa’ pocong

Image
13 artis wanita ‘mangsa’ pocong BARISAN pelakon drama Amukan Pocong yang hadir pada sidang akhbar di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. SELEPAS mencipta kejayaan menerusi drama rantaian Mantera Anjasmoro tahun lalu, pengarah drama terkenal, Aidilfitri Mohamed Yunus kini kembali dengan buah tangan terbarunya. Masih lagi mengekalkan genre seram, kali ini Amukan Pocong menjadi pilihan Aidilfitri untuk slot Seram yang akan ditayangkan bermula Khamis ini mulai 15 Mac ini. Aidilfitri mempunyai sebab tersendiri untuk terus menghasilkan genre tersebut memandangkan dia sendiri merupakan peminat filem-filem seram.

Menang tanpa pesta gol

Image
Menang tanpa pesta gol PEMAIN skuad kebangsaan meraikan jaringan ketika menentang Ukraine pada Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin, Ireland semalam. – www.malaysianhockey.blogspot.com DUBLIN, Ireland – Skuad negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Ukraine 5-1 dalam Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) di sini, semalam. Tiga jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit 26), Hafifihafiz Hanafi (minit 32), Muhammad Razie Abd Rahim (minit 48), Muhamad Amin Rahim (minit 60) dan Mohamad Sukri Abd. Mutalib (minit 69) melegakan skuad kebangsaan manakala gol sagu hati Ukraine dihasilkan Viacheslav Paziuk (minit 57). Permulaan babak pertama menyaksikan Ukraine yang cuba mencari penawar selepas dibelasah 12-0 oleh Ireland kelmarin, cuba mengekang setiap pergerakan skuad negara. Bagaimanapun, jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin membe