Posts

Lagi mati ditembak di Segamat

Image
MAYAT Asnan Yunus ditutup plastik hitam di sebelah keretanya selepas ditembak tiga das di Bandar Utama, Segamat, Johor, semalam. SEGAMAT 20 Julai - Dalam tempoh dua bulan, sudah tiga kes bunuh berlaku di daerah ini. Bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai namun, kes tembak yang berlaku di daerah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana ia berlaku di sebuah bandar kecil. Pihak polis kini giat mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana usaha memburu suspek sedang giat dilakukan. Jika pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak di sebuah stesen minyak, disusuli seorang pemandu trak tunda ditembak di persimpangan lampu isyarat pada 23 Jun, satu lagi pembunuhan kejam berlaku di bandar ini awal pagi ini. Kali ini, seorang jurujual produk jualan langsung maut akibat ditembak tiga das semasa menunggu isterinya selesai bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Utama di sini. Dalam

kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA

Tujuh warga asing ditahan terlibat kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA SHAH ALAM 21 Julai - Polis menahan tujuh warga asing semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri barang kemas berlian dianggarkan bernilai hampir RM2 juta dari seorang wanita Hong Kong di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mereka yang terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk seorang wanita, dua anak beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada pukul 2.25 petang. Polis turut merampas 309 pelbagai jenis barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta daripada mereka, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. Tun Hishan berkata, dua daripada mereka iaitu lelaki Colombia berumur 29 tahun dan wanita Uganda, adalah pelajar di d

Terkilan tak sempat beri ibu hadiah

ALOR SETAR 21 Julai - Anak tunggal kepada bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, Halimah Yunus yang mati dipercayai dibunuh malam tadi, terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan ibunya jubah dan gelang tangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Norliza Mansor, 46, yang tinggal di Sungai Petani dekat sini berkata, ketika pulang menjenguk Halimah Rabu lalu, ibunya itu menyatakan hajat untuk memakai jubah dan teringin memakai gelang tangan pada hari raya ini. “Saya sudah pun membeli jubah berwarna kelabu dan bercadang membeli gelang tangan emas Korea esok sebagai kejutan untuk ibu. Saya bercadang menemuinya petang esok untuk menyerahkan barangan ini, tetapi tidak kesampaian," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Halimah, 66, ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar di leher kiri di atas katil bilik tidurnya di Kampung Bukit Hangus oleh suaminya, Mee Hashim, 63, yang pulang selepas menunaikan solat

Curi: Tujuh warga asing ditahan

Image
TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan barang kemas yang berjaya ditemui semula sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, semalam. SHAH ALAM 21 Julai - Polis menemui semula barangan kemas berlian bernilai RM2 juta yang dilaporkan dicuri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lalu dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 2.22 petang itu, polis turut menahan tujuh warga asing termasuk tiga wanita yang dipercayai anggota sindiket jenayah antarabangsa bagi membantu siasatan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kecurian itu dilaporkan oleh seorang wanita berusia 53 tahun yang merupakan pengurus syarikat barangan kemas dan baru tiba di KLIA dari Hong Kong pada pukul 6.35 petang Rabu lalu. Beliau berkata, warga Hong Kong itu datang ke negara ini untuk menyertai pameran barangan kemas yang diadakan di KLCC pada Khamis lalu. Menurut beliau, sel

Suspek kes bunuh bekas Ketua Wanita UMNO ditahan

ALOR SETAR 22 Julai - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam. Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan. Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66. Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA Related Posts :Info Jenayah  

Bekas ketua Wanita UMNO mati dibunuh

Image
RUMAH tempat kejadian Halimah Yunus (gambar kecil) mati dipercayai dibunuh selepas ditemui berlumuran darah di bilik tidur rumahnya di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, Alor Setar, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR ALOR SETAR 21 Julai - Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, dekat sini mati dipercayai dibunuh selepas rumahnya dipecah masuk malam tadi. Mangsa, Halimah Yunus, 66, yang mengetuai wanita UMNO cawangan itu sekitar 1990-an ditemui suaminya, Mee Hashim, 63, dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian leher kiri di bilik tidur mereka kira-kira pukul 9.30 malam. Kejadian berlaku ketika mangsa yang menghidap penyakit lelah sejak beberapa tahun lalu berseorangan di rumah itu manakala suaminya ke surau kampung tersebut sejak pukul 7.30 malam untuk menunaikan solat sunat tarawih. Mee berkata, sejurus tiba di rumah, dia terkejut melihat Halimah terbaring di atas katil dalam keadaan cedera parah dan isterinya itu sempa

Pemandu bot pelancong lemas di Pulau Perhentian Besar

BESUT 22 Julai - Seorang pemandu bot pelancong mati lemas di kawasan perairan Pulau Perhentian Besar dekat Tuna Bay Island Resort di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Azhar Idris, 37, dari Kampung Lemal, Pasir Mas, Kelantan. Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria ketika mengesahkan kejadian kira-kira 7.45 pagi itu berkata mangsa dilihat berenang menuju ke botnya di tengah laut, kira-kira 100 meter dari pantai. - BERNAMA Related Posts :Info Tragedi