Posts

Showing posts from June, 2011

Taman Sabah pergiat penyelidikan rusa

Image
Kemudahan khas yang dibina untuk ternakan rusa ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah menjadikannya sebagai daya tarikan pelancong. TAMAN-TAMAN Sabah (TTS) mengorak langkah dalam aktiviti penyelidikan pengurusan hidupan liar di dalam kawasan Taman Kinabalu melalui pembukaan Kebun Rusa di Substesen Serinsim di Kota Marudu, Sabah. Kebun seluas dua hektar itu dipagar, dilengkapi dengan kemudahan Rumah Gelap, alat penimbang, ruang pengasingan dan kelong. Rumah Gelap itu digunakan bagi menenangkan rusa ketika para penyelidik melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ternakan berkenaan. Ia membolehkan kebun rusa ini berpotensi dijadikan model sebagai pusat kajian bagi rusa merangkumi kajian pembiakan, pemakanan, penyakit, kelakuan, pemilihan habitat, kadar tumbesar dan jangka hayat haiwan. Kebun itu dibangunkan sejak 2005 tetapi hanya beroperasi dengan siapnya rumah gelap itu yang dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS, Dr. Joach...

Kontraktor ternak udang harimau

Image
Udang yang dituai terus dimasukkan ke dalam bekas berisi ais bagi mematikannya sekali gus memastikan ia tetap segar biarpun disimpan lama. BERMULA hanya sebagai kontraktor binaan, Lim Ah Cham, 50-an, kini bangga bergelar usahawan ternakan udang harimau yang berjaya di Sabah. Anak kelahiran Perak itu tidak segan silu berkongsi maklumat dan pengalamannya mengusahakan ternakan udang harimau yang semakin memberangsangkan. Jika di Semenanjung, jumlah penternak udang harimau kini dilihat semakin berkurangan ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkaitan kawasan yang sesuai. Malah, boleh dikatakan hampir tiada pengusaha yang menternak udang harimau kini berikutan mereka telah beralih kepada ternakan lain yang rata-rata lebih mudah untuk diternak. Menurut Ah Cham, minat yang mendalam menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad terjun ke bidang akuakultur biar pun tidak memiliki pengalaman yang mendalam sebagai seorang penternak udang. ''Pekerjaan asal saya a...

Potensi ternakan tilapia

Image
TILAPIA matang yang cukup umur akan dituai sebelum dimasukkan ke dalam kolam jualan. SEBELUM terlibat secara serius dalam ternakan ikan air tawar, Abdul Karim Mohd. Yusof, 50, telah mempersiapkan dirinya dengan pelbagai ilmu dan maklumat bersesuaian. Antara yang dilakukan seperti membuat kajian dan penyelidikan terhadap potensi perniagaan tersebut selain mengenalpasti permintaan pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan dia benar-benar bersedia memulakan aktiviti ternakan itu sekali gus berhadapan dengan segala cabaran mendatang. Selepas semuanya berjalan lancar, pada awal tahun lepas, Abdul Karim memulakan perusahaan ternakan ikan air tawar di tanah milik bersama adiknya seluas 2.4 hektar ( enam ekar) di Kampung Padang Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka. ''Sebagai permulaan, saya dan adik membuka lima buah kolam untuk menternak ikan keli dengan modal RM100 ribu. ''Peringkat awal penglibatan, saya banyak dibantu oleh Jabatan Perikanan Daerah Alo...

Tips ternak tilapia sangkar

Tips ternak tilapia sangkar TILAPIA merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp dari famili Cichlidae adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50-an, mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik. Ternakan ikan sangkar merupakan suatu proses pemeliharaan ikan dari peringkat juvenil hingga ke peringkat kutipan hasil. Kaedah ternakan dalam sangkar biasanya dijalankan di kawasan di mana kolam tidak dapat dibina seperti di kuala sungai, selat, bekas lombong lama dan tasik. Pemilihan tapak Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang perlu diberi perhatian semasa pemil...

Genkimo info

pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang genkimo bolehlah menghubungi MARDI sendiri tantang genkimo atau produk lain yang tersedia di MARDI Hubungi MARDI Peta Lokasi - Peta Jalan Ke Ibu Pejabat MARDI - Peta Stesen - Peta Ibu Pejabat MARDI Pertanyaan, Aduan Pelanggan & Komen Alamat Perhubungan Alamat Ibu Pejabat: Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI-UPM 43400 Serdang Selangor Untuk Pertanyaan: Telefon : 603-8943 7111 Faks : 603-8948 3664 Alamat Surat Menyurat: Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 Pejabat Besar Pos 50774 Kuala Lumpur Laman Web: http://www.mardi.gov.my PANDUAN PENGGUNAAN SMS MARDI 019-980 7111 Sebelum pertanyaan/aduan dihantar untuk pertama kali , pengguna dikehendaki mendaftar dahulu seperti di bawah : REG: dan SMS KE NO: 0199807111 * SMS kepada pelanggan untuk pendaftaran yang diterima : From: MARDI SMS Subj: Daftar Berjaya Terima Kasih atas pendaftaran anda. Sekarang, anda bole...