Posts

Showing posts with the label Info LuarNegara

Filipina pintas 2 bot pelarian

Image
                                  Sebahagian daripada penduduk Lahad Datu yang ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Fajar Harapan, kira-kira 10 kilometer dari Felda Sahabat 17, semalam ekoran pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 11 Februari lalu. - BERNAMA MANILA 8 Mac - Tentera Laut Filipina hari ini memintas dua buah bot yang membawa lebih 100 pelarian dari Sabah dan memasuki negara ini. Agensi berita, ABS-CBSnews.com melaporkan jurucakap tentera, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, sebanyak 121 orang rakyat Filipina didapati menaiki bot itu. ''Kedua-dua bot tersebut dikesan dekat Pulau Taganak di Tawi-Tawi,'' katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan. Fabic berkata, bot-bot itu turut membawa 3,000 guni beras dan bekalan makanan lain. ''Bot-bot tersebut telah diiring ke Bongao, Tawi-Ta...

PBB didesak halang Israel

Image
Pasukan menyelamat Palestin membantu seorang lelaki Palestin yang tertimbus di halaman rumahnya di Beit Lahia, utara Gaza akibat bedilan tentera Israel ke atas wilayah itu, semalam. - AFP NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Related Posts : Info LuarNegara, Info Tragedi, ,

Feri berlanggar, 38 terkorban

Image
The bow of the Lamma IV boat (C) is seen partially submerged during rescue operations (AFP, Antony Dickson) Bot Lamma IV mula tenggelam semasa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, semalam selepas ia berlanggar dengan sebuah feri di luar pantai Hong Kong, mengakibatkan 38 orang terbunuh. - AFP HONG KONG 2 Okt. - Sekurang-kurangnya 38 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah feri yang membawa sekumpulan pekerja yang sedang bercuti berlanggar dengan sebuah lagi feri sebelum karam di perairan Hong Kong, malam tadi. Pihak berkuasa berkata, bot milik Syarikat Elektrik Hong Kong itu membawa seramai 120 orang penumpang terdiri daripada kakitangan dan keluarga mereka bagi menyaksikan persembahan bunga api sempena Hari Kebangsaan China di Pelabuhan Victoria, petang semalam, sebelum nahas itu berlaku berdekatan pulau Lamma. Beberapa penumpang tercampak ke dalam laut dan feri itu tenggelam dala...

Dakwaan kes rogol terhadap Strauss-Kahn digugurkan

Image
LILLE, Perancis 3 Okt. - Pihak pendakwa raya Perancis semalam, menggugurkan dakwaan rogol ke atas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Kahn. Keputusan itu dibuat selepas seorang wanita Belgium yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa rogol Strauss-Kahn menarik balik dakwaannya dan menyatakan perbuatan itu mendapat persetujuannya. Terdahulu, Strauss-Kahn, 63, menafikan semua dakwaan keatasnya, termasuk tuduhan melanggan pelacur di Washington pada 2010. - AFP Bioinfo Penuh: http://en.wikipedia.org/wiki/Dominique_Strauss-Kahn Related Posts :Info LuarNegara,

Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang

Image
KUALA LUMPUR 18 Mac - Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang ke tanah air memandangkan keadaan keselamatan di negara itu berkemungkinan menjadi lebih buruk dan membahayakan keselamatan. Dalam mengeluarkan nasihat itu, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Damsyik menyarankan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan mengelak perjalanan tidak perlu. "Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan buat sementara waktu lawatan ke Syria sehingga keadaan bertambah baik," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini. Kenyataan itu berkata, pihak kedutaan mengesahkan semua 168 warga Malaysia yang berdaftar dengannya selamat dan tidak terlibat dalam kejadian letupan bom di tengah kota Damsyik yang menyebabkan 27 kematian dan mencederakan 140 yang lain. "Kementerian Luar memohon kerjasama rakyat Malaysia di Syria untuk mendaftarkan diri dengan kedutaan jika masih belum berbuat demikian," kata kenyataan itu. - BERN...

Indonesia peruntuk RM52.7b bajet tentera

Image
Indonesia peruntuk RM52.7b bajet tentera       JAKARTA 13 Mac – Indonesia melancarkan pelan besar-besaran untuk memodenkan angkatan bersenjatanya yang serba kekurangan dan membangunkan sebuah industri pertahanan dalam langkah yang dilihat oleh penganalisis boleh mengubah keseimbangan strategik di rantau ini. Selepas bertahun-tahun tidak mendapat peruntukan mencukupi, Kementerian Pertahanan kini memulakan ‘gerakan membeli-belah’ besar-besaran untuk peralatan tentera dan mengadakan usaha sama dengan syarikat pertahanan asing bagi mengeluarkan senjata, kata jurucakap Kementerian, Brigadier Jeneral Hartind Asrin, semalam. “Kami sekarang memiliki wang untuk membeli lebih banyak peralatan tentera, kerana selama ini keupayaan pertahanan kami begitu rendah dan jauh ketinggalan di belakang negara-negara lain,” kata Hartind. Tentera Nasional Indonesia (TNI) mempunyai kuasa meluas dan dituduh mencabul hak asasi manusia semasa pemerintahan Presiden Suhart...

Gencatan senjata di Gaza

Image
Gencatan senjata di Gaza Pasukan polis Israel memeriksa lokasi roket yang dilancarkan pejuang Palestin dari Genting Gaza mengenai dua buah kenderaan di bandar Ashdod di selatan Israel, kelmarin. - AGENSI GAZA CITY 13 Mac - Israel dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Genting Gaza bersetuju mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan keganasan selama empat hari yang telah meragut 25 nyawa rakyat Palestin. Gencatan senjata yang dicapai menerusi perantaraan Mesir itu diumumkan oleh seorang pegawai keselamatan kanan Mesir di Kaherah, hari ini. Menurut pegawai itu, kedua-dua pihak 'bersetuju menamatkan operasi semasa' dan mencapai perjanjian menyeluruh 'dengan masing-masing memulakan gencatan senjata komprehensif', manakala Israel memberi jaminan luar biasa untuk menghentikan 'pembunuhan politik'. Gencatan senjata itu dijadual mula berkuat kuasa pada pukul 1 pagi ini (7 pagi waktu Malaysia) dan berdasarkan pengalaman lalu, perjanjian genca...

145 dikhuatiri maut dalam kejadian salji runtuh

Image
145 dikhuatiri maut - Badakhshan, Afghanistan KABUL 11 Mac – Sekurang-kurangnya 145 orang hilang dan dipercayai maut akibat insiden runtuhan salji yang melanda wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan minggu lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam. Pegawai Afghanistan awal semalam meletakkan angka korban akibat siri runtuhan salji sejak 4 Mac lalu itu seramai 56 orang di daerah Shekay, Badakhshan. PBB dalam pada itu turut memberi amaran banjir mungkin akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran pencairan salji. Afghanistan dilanda musim salji paling buruk dalam tempoh 15 tahun yang telah meragut banyak nyawa. – AFP  info AFP POSTING: UN says 145 'presumed dead' in Afghan avalanche (AFP) – 6 hours ago   KABUL — At least 145 people are missing and "presumed dead" after an avalanche hit a remote village in Afghanistan's northeastern Badakhshan province last week, the United Nations said Saturday...

Mayat 11 September dilupus

Image
WASHINGTON 29 Feb. - Pentagon, semalam mendedahkan laporan oleh satu panel bebas berhubung dakwaan sebahagian mayat mangsa serangan pengganas pada 11 September 2001 telah dilupuskan di satu lokasi rahsia. Ketua panel terbabit, Jeneral Tentera (B) John Abizaid berkata, mayat-mayat terbabit merupakan mangsa serangan di Pentagon dan penumpang yang terkorban selepas pesawat yang dinaiki dirampas pengganas dan terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Katanya, pendedahan itu dibuat selepas berlaku masalah di rumah mayat Pangkalan Tentera Udara Dover yang tidak menguruskan dengan baik mayat askar Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Iraq dan Afghanistan. Pihak tentera mengetahui hal itu pada tahun lalu selepas beberapa mayat askar di rumah mayat Dover di Dalaware telah dibakar dan dihantar ke satu kawasan rahsia di Virginia.

Syria benarkan PBB pantau krisis

Image
GENEVA 1 Mac - Syria semalam enggan membenarkan ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memasuki negara itu bagi memantau keadaan krisis di sana. Diplomat berkata, Penolong Setiausaha Agung PBB itu berada di Beirut, Lebanon bagi menunggu kelulusan visa untuk memasuki Syria. Bagaimanapun, kata diplomat, kerajaan Presiden, Bashar al-Assad masih belum memberi maklum balas di atas permohonan lawatan PBB itu. ``Saya sangat kecewa kerana tidak dapat melawat Syria walaupun berulang kali memohon untuk bertemu pegawai tinggi bagi membincangkan situasi kemanusiaan dan keperluan untuk membantu mereka yang dibelenggu krisis itu,’’ katanya dalam satu kenyataan. Syria menolak lawatan tersebut walaupun mendapat sokongan Rusia yang merupakan sekutu rapat Assad. - AFP

Undang-undang terhadap propaganda gay dilulus

Image
GAY ST. PETERSBURG, RUSIA 1 Mac - Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda’ gay di kalangan golongan bawah umur. Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu. Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda’ yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur. Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual. - REUTERS

Dua maut ditembak polis dalam rusuhan di Xinjiang

BEIJING 29 Feb. - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam rusuhan di wilayah Xinjiang semalam, pergolakan terbaru yang menggemparkan negara ini. Menurut agensi berita Xinhua, pasukan polis menembak mati dua orang yang disyaki terbabit dalam rusuhan itu yang berlaku di daerah Yecheng di Kashgar. Katanya, kumpulan perusuh melakukan keganasan dengan melancarkan beberapa serangan pada kira-kira pukul 6 petang (sama waktu dengan Malaysia). Polis kini sedang memburu mereka terlibat dalam rusuhan itu. - AFP

Warga Britain rogol gadis bawah umur dipenjara di Thailand

Warga Britain rogol gadis BANGKOK 29 Feb. - Sebuah mahkamah di Thailand, semalam menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun ke atas seorang warga Britain atas kesalahan merogol tiga gadis di bawah umur. Ketiga-tiga mangsa dipaksa mengadakan hubungan seks oleh salah seorang daripada ibu mangsa tersebut. Menurut pegawai mahkamah, Stuart Hargreaves Lloyd, 45, didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga gadis terbabit antara 2004 dan Ogos 2010 di beberapa hotel di Bangkok dan di Pattaya. Katanya, seorang wanita berumur 50 tahun turut dihukum penjara selama 42 tahun kerana memaksa tiga gadis itu termasuk anak perempuannya melacur. - AFP

Rundingan bentuk kerajaan perpaduan Fatah-Hamas ditangguh

Image
KAHERAH 24 Feb. - Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semalam menangguhkan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan sementara, kata pegawai Fatah. Katanya, rundingan itu ditangguhkan selepas Hamas berkeras mahu menghalang suruhanjaya pilihan raya daripada mendaftar nama pengundi di Gaza. Jelasnya, Hamas masih belum memberi persetujuan rasmi untuk membentuk kerajaan yang mampu mengakhiri perbalahan dengan Fatah. - AFP

Dua helikopter bertembung, tujuh askar Marin AS terbunuh

Image
WASHINGTON 24 Feb. - Tujuh askar Marin Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas dua helikopter tentera bertembung semasa mengadakan latihan ketenteraan di Arizona, semalam. Kemalangan maut itu berlaku di bandar Yuma, malam kelmarin kira-kira pukul 8 malam (11 pagi waktu Malaysia semalam) dan punca kejadian masih lagi disiasat. Dua helikopter tentera yang terbabit dalam kemalangan itu merupakan jenis AH-1W 'Cobra' dan UH-1Y 'Huey'. - AFP

AS senarai Jemmah Anshorut Tauhid sebagai kumpulan pengganas

Image
WASHINGTON 41 Feb. - Amerika Syarikat (AS) semalam secara rasmi menyenaraikn kumpulan radikal Islam Indonesia, Jemmah Anshorut Tauhid sebagai kumpulan pengganas ekoran beberapa serangan yang dilancarkan di negara itu. Tiga pemimpin kumpulan terbabit iaitu Emir Mochammad Achwan, Son Hadi Muhadjir dan Abdul Rosyid Ridho Ba'asyir turut dikenakan sekatan selepas Jabatan Negeri AS menamakan kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas. - AFP

Ahmadinejad ketuai majlis memasukkan rod tenaga nuklear

Image
Ahmadinejad TEHERAN 16 Feb. - Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam mengetuai majlis memasukkan pengeluaran rod tenaga nuklear pertama buatan Iran ke dalam reaktor penyelidikan Teheran. Pengeluaran rod tenaga nuklear itu disifatkan sebagai kejayaan teknikal Iran, yang menunjukkan Republik Islam itu telah pakar dalam semua aspek rangkaian bahan bakar nuklear walaupun menerima sekatan kuat daripada Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Majlis yang disiarkan secara langsung di televisyen kerajaan itu menunjukkan Ahmadinejad, Ketua Pertubuhan Tenaga Atom, Fereydoon Abassi Davani dan beberapa pegawai lain yang kesemuanya memakai kot putih berada di dalam reaktor sambil menyaksikan rod bersalut logam itu dimasukkan ke dalam kemudahan-kemudahan kolam. Siaran televisyen itu kemudiannya menyiarkan gambar-gambar empat saintis Iran, tiga daripadanya penyelidik nuklear, yang dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali di Teheran sepanjang dua tahun lalu. Sementara it...

Gempa bumi 5.8 skala Richter gegar Papua New Guinea

Image
SYDNEY 16 Feb. – Satu gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Papua New Guinea awal semalam, tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan. Gempa yang melanda wilayah timur negara ini berada pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak 87 kilometer ke selatan bandar Lae, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). – AFP more info status on seismic activity reports http://earthquakesummary.info

Kapten kapal terbang meninggal dunia dalam penerbangan

Image
PRAGUE, Republik Czech 16 Feb. – Seorang kapten kapal terbang yang membawa 46 penumpang meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari ibu negara Poland, Warsaw ke ke bandar raya ini semalam. Jurucakap penerbangan Republik Czech, Hana Hejskova berkata, pembantu juruterbang terpaksa mengambil tugasnya untuk mendarat pesawat itu. Menurutnya, pesawat jenis ATR 42 itu berjaya mendarat dengan selamat dan semua penumpang tidak terancam kerana pembantu juruterbang tersebut telah dilatih untuk berdepan dengan situasi berkenaan. – AGENSI

Tunggu ujian DNA untuk sahkan Zulkifl maut - Hishammuddin

Image
PUTRAJAYA 9 Feb. — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hanya keputusan ujian DNA dapat mengesahkan kematian rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh akibat serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu Rabu lepas. "Ia agak rumit. Mereka yang terselamat dalam serangan itu mungkin mengebumikan mereka yang terkorban. Kami perlu memadankan DNA dan ia merupakan satu proses yang panjang dan teliti,” katanya. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Pesuruhjaya Mengenai Perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Erika Feller di pejabatnya di sini hari ini. Hishammuddin berkata, orang ramai kadang-kala tidak memahami proses pemadanan DNA yang perlu dilalui oleh pihak berkuasa seperti polis dan kementerian apabila insiden seumpamanya berlaku. Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia...