Masyarakat Felda perlu berani dan kuat
Masyarakat Felda perlu berani dan kuat KULAIJAYA 12 April - Masyarakat Felda harus memiliki sifat keberanian dan kekuatan dalam diri mereka bagi menentang hasutan-hasutan dan penyebaran berita berunsur negatif. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sifat tersebut adalah penting bagi memastikan golongan terbabit tidak termakan hasutan dan pujuk rayu golongan yang sentiasa menentang pelbagai program dianjurkan pihak kerajaan. "Sewaktu kerajaan mencadangkan penubuhan Felda dan mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyertai program tersebut, ada suara-suara sumbang yang mengatakan program itu tidak lain bertujuan menipu rakyat. "Kemudian apabila kerajaan mahu menyenaraikan Felda ke bursa saham, ada pihak menuduh kerajaan mahu menggadai tanah Felda, kesemuanya ternyata tidak benar sama sekali," katanya ketika menutup program Semarak Johor 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembaga Kemajuan Tanah P...