Posts

Showing posts with the label technology baru

Mesin bantu mengisi serbuk

Image
UNTUK memasukkan serbuk ke dalam bekas beserta berat yang dikehendaki mengambil masa yang lama dan memerlukan pekerja yang ramai. Mendengar keluhan dan masalah pengusaha-pengusaha akan kesukaran mereka yang agak rumit untuk menghasilkan sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak, ZDA menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cuba membantu mereka dalam menghasilkan produk tersebut. Hasilnya ZDA telah menghasilkan sebuah mesin untuk membantu pengusaha dengan bajet yang mampu dimiliki. Mesin tersebut mempunyai konsep yang hampir sama seperti manual tetapi kelebihannya ialah , penggunaannya lebih cepat dan ringkas. Mesin berkenaan direka mengikut spesifikasi yang diinginkan pelanggan dan ia boleh diubah mengikut kemahuan dan keperluan setiap penggunanya. Oleh itu bagi siri Inovasi kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin pengisian serbuk yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha industri kecil dan sed...

mobile ACER Liquid C1

Image
Dikuasakan oleh pemprosesan Intel memberi kelainan kepada Acer Liquid C1. JIKA sebelum ini jenama Acer terkenal dengan rangkaian produk seperti komputer riba serta pembangunan produk ultrabook, kini jenama tersebut mengorak langkah dengan memperkenalkan telefon bimbit pintar yang menggunakan kuasa Intel Inside sebagai pemproses dalaman. Diperkenalkan sebagai Acer Liquid C1, ia merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan pemproses Intel sekali gus memperlihatkan kelainan dengan mana-mana telefon yang menggunakan sistem operasi Android 4.1 Ice Cream Sandwich. Menurut Presiden Kumpulan Bisnes Telefon Pintar Acer Inc., Liew Sze Thai, kerjasama yang terjalin bersama Intel Inside menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan pengguna masa kini mampu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Acer dalam aktiviti seharian mereka. "Dibangunkan bersama pemproses Intel Atom 1.2 giga herz bagi kelancaran operasi, peranti tersebut membolehkan pengguna merasai ciri-...

USM cipta pesawat tanpa pemandu

Image
USM cipta pesawat tanpa pemandu ENDRI Rachman (dua dari kanan) dan Dr. Othman Sidek (kanan) menunjukkan pesawat ringan tanpa pemandu untuk tujuan pemantauan ciptaan saintis USM di Pulau Pinang, semalam. PULAU PINANG 29 Dis. - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini telah mencipta pesawat ringan tanpa pemandu (UAV) untuk kegunaan industri pertanian dan penyelidikan, demikian diumumkan oleh Pengarah Pusat Rekabentuk Mikroelektrik Negara (CEDEC), Dr. Othman Sidek. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr Othman berkata; "Pesawat itu memiliki rekabentuk khas untuk membantu dalam tugas pemantauan di tempat berbahaya seperti kawasan gempa bumi, kawasan banjir dan tsunami selain untuk kegunaan dalam industri pertanian". Beliau berkata, UAV yang digunakan oleh pusat-pusat penyelidikan di negara ini sekarang adalah diimport. Katanya, pesawat ciptaan tempatan itu dikenali sebagai UAV Greeentech 2010 boleh terbang setinggi 300 meter pada k...

2016 Lamborghini Ankonian Concept

Image