Posts

Showing posts with the label Skandal

Ramai tahu perangai buruk Azmin

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketiadaan pemimpin pembangkang terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi kenyataan bela terhadap dakwaan isu skandal seks Azmin Ali menunjukkan mereka telah dapat menghidu perilaku sebenar Timbalan Presiden PKR tersebut. Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, sikap berkecuali itu sekali gus menunjukkan para pemimpin PKR tidak mahu terlibat dan campur tangan dalam isu tersebut. "Azmin sekarang sudah menjadi satu liabiliti dalam PKR. Malah, dalam PKR sendiri, adalah menjadi satu 'dosa besar' sekiranya ada yang berniat untuk menjatuhkan Anwar dan menentang Azmin. "Ekoran 'dosa besar' itu, tiada pemimpin pembangkang yang berani tampil untuk memberi kenyataan bela atau campur tangan dalam isu skandal Azmin kerana mereka tahu perilaku buruk Azmin yang sebenarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan wartaw...

Keburukan Anwar terdedah lagi

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula. Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini. "Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib. "Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya...

Dakwaan skandal seks: Khalid Ibrahim perlu tampil beri kenyataan

Image
KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil menyatakan pendiriannya berhubung dakwaan skandal seks Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, tindakan Abdul Khalid yang terus membisu menjadi persoalan sama ada beliau mengamalkan pilih kasih terhadap kes yang melibatkan pemimpin PKR . "Adakah 'status pemimpin' dalam PKR akan diberi imuniti apabila terlibat dalam sebarang skandal seks dan salah laku? Adakah Azmin juga akan diberi imuniti yang sama seperti Anwar dan Elizabeth Wong yang sebelum ini turut terlibat dengan isu skandal seks?. "Sebagai seorang pemimpin, Abdul Khalid sepatutnya membuat kenyataan mengenai tindakan disiplin terhadap ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang terlibat dalam skandal yang boleh mempertikaikan kewibawaannya,...

Permohonan Ambiga soal balas menteri - ditolak

Image
KUALA LUMPUR 15 Mei - Permohonan Anggota Jawatankuasa Bersih 2.0 bersama pengerusinya, Datuk S.Ambiga untuk menyoal balas Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan Bersih 2.0 ditolak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad berkata, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan itu kerana ia dikemukakan melebihi tempoh lima bulan manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan tersebut dalam akhbar berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dikuatkuasakan pada 23 April 2012. - UTUSAN Related Posts :Info politik

Badrulamin Rela Undur diri

Image
Selepas Selamatkan Bini Orang, Badrulamin Rela Undur Untuk Selamatkan Perjuangan PKR Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi Badrulamin tak perlu meraih simpati dari orang ramai dengan menuduh ini semua perangkap dari Umno... tunggu saja gambar atau video yang dirakam pihak JAIP ketika membuat serbuan. Takkanlah tergamak suami kepada wanita yang dipercayai berkhalwat tersebut menerima wang rasuah dari Umno untuk memerangkap Badrulamin! Hebat betul drama Perjuangan PKR! Dibawah petikan dari Bernama... “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron. Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas. Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena den...

Tiga Hari Watiwani Bermalam Di Bilik Ostaz Badrulamin - Saksi

Image
Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah. Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani. Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beerapa rundingan dengan Badrulamin gagal. Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu. -Sungai Rapat ...

Badrul Amin: Khalwat Atau Cubaan Berzina Atau Sudah Berzina?

Image
Di antara 3 parti dalam Pakatan harami, PKR adalah parti yang paling kerap terpalit dengan skandal seks, mengetuai paling di atas, sudah tentulah pemimpin ‘paling suci’ dalam parti tersebut juga – Anwar Ibrahim. Seakan bala yang sudah ditakdirkan, ‘penyakit’ itu tidak kekal di atas saja, yang dibawah-bawah ini pun menjangkit juga, mungkin tidak tahap ‘sejenis’ seperti Ketua Umum, tapi masih lagi seks. Dari Anwar kepada Eli dan kini kepada Badrul Amin, semuanya pun berkisar tentang perlakuan seks bebas.  Dengan jantan, dengan pelacur, dengan suami orang (Eli) dan dengan bini orang kini (Badrul). Kes Badrul sudah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz , sebab itu penulis berani menulis mengenainya walaupun sudah heboh di media sosial sejak petang tadi. Apa pun penjelasan Badrul ni, ana ka ente ka, tetap persoalan paling penting, buat apa berdua pukul 3 pagi dengan bini orang?...

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng

Image
KUANTAN 28 Feb. - Tiada pekerja hotel yang melihat kelibat sekumpulan samseng berada di sekitar hotel di sini yang menjadi lokasi serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes khalwat membabitkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron bersama seorang wanita, awal pagi Sabtu lalu. Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu. "Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu. "Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa...