Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L
Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini. Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan