Posts

Showing posts with the label Suara Rakyat

Masyarakat Felda perlu berani dan kuat

Image
Masyarakat Felda perlu berani dan kuat       KULAIJAYA 12 April - Masyarakat Felda harus memiliki sifat keberanian dan kekuatan dalam diri mereka bagi menentang hasutan-hasutan dan penyebaran berita berunsur negatif. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sifat tersebut adalah penting bagi memastikan golongan terbabit tidak termakan hasutan dan pujuk rayu golongan yang sentiasa menentang pelbagai program dianjurkan pihak kerajaan. "Sewaktu kerajaan mencadangkan penubuhan Felda dan mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyertai program tersebut, ada suara-suara sumbang yang mengatakan program itu tidak lain bertujuan menipu rakyat. "Kemudian apabila kerajaan mahu menyenaraikan Felda ke bursa saham, ada pihak menuduh kerajaan mahu menggadai tanah Felda, kesemuanya ternyata tidak benar sama sekali," katanya ketika menutup program Semarak Johor 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembaga Kemajuan Tanah P...

BR1M bukan penyelesaian jangka panjang

Image
BR1M bukan penyelesaian jangka panjang hapus kemiskinan MELAKA 12 April - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah suatu penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini terutama kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang. Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi. "Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka. "Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai tabung da...

Caj letak kereta di Kampung Baru jadi rungutan

Image
ORANG ramai tidak ada pilihan selain terpaksa membayar caj RM5 bagi meletakkan kenderaan di kawasan persendirian di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR 15 Nov. - Caj parkir RM5 yang dikenakan kepada pengunjung di kawasan letak kereta persendirian di Kampung Baru dianggap sebahagian pengunjung sebagai membebankan. Caj tersebut bagaimanapun dilihat masih relevan bagi sesetengah pihak jika dibandingkan caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan letak kereta di dalam bangunan atau kawasan lain. Tinjauan  Utusan Malaysia  ke Kampung Baru baru-baru ini mendapati, hampir empat buah kawasan letak kereta persendirian mengenakan caj sebanyak RM5 untuk sekali masuk kepada pengguna. Terdapat di antara mereka yang menyewa kawasan kosong daripada pemilik tanah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat letak kereta. Related Posts :Suara Rakyat,

Pekerja kilang terganggu

Image
Kegagalan DBKL dan Alam Flora Sdn. Bhd. melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyebabkan masalah longgokan sampah di belakang kilang di Jalan 6/91, Taman Shamelin terus berlarutan sejak setahun lalu. - Utusan KUALA LUMPUR 15 Nov.-Lorong belakang kawasan perindustrian di Jalan 6/91 , Taman Shamelin Perkasa di sini dikesan menjadi tapak pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak setahun lalu. Selain mangkuk tandas, terdapat juga perabot lama serta sisa konkrit bahan binaan dibuang di kawasan itu. Tinjauan  Utusan Malaysia  ke kawasan berkenaan baru-baru ini mendapati lorong belakang kilang di situ bukan sahaja kotor tetapi dipenuhi semak samun sehingga ada pokok-pokok yang telah menjalar di kawasan itu. Related Posts :Suara Rakyat,

6,550 dapat manfaat Sekolah Dalam Hospital

Image
NOORAINEE Abdul Rahman (tengah) memberi duit raya kepada Raja Hafiq Hafizi Ahmad Faizal, 7, semasa melawat Sekolah Dalam Hospital di Hospital Ampang, Selangor, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seramai 6,550 pesakit kanak-kanak telah mendapat manfaat pembelajaran daripada Sekolah Dalam Hospital (SDH) sejak ia diwujudkan setahun lalu. Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 5,371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Ampang dan Serdang. Kata beliau, SDH yang merupakan inovasi baru dalam sejarah pendidikan negara berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan tersusun melalui persekitaran kondusif supaya para pesakit turut tidak ketinggalan mendapat manfaat itu. "Pada awal penubuhan ...

Pesakit kronik berhasrat jumpa PM

Image
        Muhammad Amir, 11 (kiri), Nurfatihah, 8 dan Nurul Huda, 12 membelek komputer riba sambil diperhatikan Zamary Adam (kanan) dan Adiana Othman (dua kanan) di Kampung Selayang Indah, semalam. KUALA LUMPUR 3 Ogos - ''Jika diberi peluang, saya teringin hendak berjumpa dengan Datuk Seri Najib.'' Demikian hasrat yang diluahkan pengidap penyakit kronik, Muhammad Amir Zamary, 11, kepada Datuk Sohaimi Shahadan pada kunjungan Ketua Pemuda UMNO Selayang itu di rumahnya di Kampung Selayang Indah dekat sini hari ini. Muhammad Amir yang menghadapi masalah salur pundi kencing tidak berfungsi sejak berusia enam tahun berkata, dia cukup mengagumi Najib dan menjadikan Perdana Menteri itu sebagai idolanya. Dalam kunjungan kali ketiga itu, Sohaimi menyampaikan sebuah komputer riba kepada Muhammad Amir selain barang-barang berupa keperluan harian sebagai persiapan kanak-kanak malang itu dan keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak ...

Peringati ulang tahun Dasar Pandang Ke Timur

Image
Peringati ulang tahun Dasar Pandang Ke Timur PUTRAJAYA 13 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan, dasar tersebut adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun. "Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia, tetapi juga untuk rantau ASEAN," katanya. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982. Dasar itu mempunyai matlamat utama bagi menimba pen...

Transformasi basmi kemiskinan RAKYAT

Image
Transformasi basmi kemiskinan SHAH ALAM 13 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program transformasi membasmi kemiskinan di negeri ini menghadapi kekangan besar apabila banyak perkara yang dirancang belum dapat dilaksanakan ekoran halangan daripada Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Perdana Menteri berkata, ia termasuk perancangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membangunkan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sebelum ini menghadapi masalah setelah kerajaan negeri merampas tanah milik yayasan tersebut. Justeru, beliau mengulangi penegasannya bahawa, sebarang masalah yang dihadapi termasuk dalam konteks masa depan YBK adalah bergantung kepada Barisan Nasional (BN) yang perlu kembali berkuasa di Selangor.

PKR, Pas MASIH gagal tingkatkan ekonomi Melayu Pulau Pinang

Image
PKR, Pas gagal tingkatkan ekonomi Melayu Pulau Pinang? GEORGE TOWN 13 Mac - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas gagal membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang sejak pakatan pembangkang memerintah negeri ini. Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu dari dua parti itu hanya pentingkan pangkat tanpa berusaha untuk membantu bangsa mereka. "Pemimpin PKR dan Pas terutama yang Melayu gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin, sebaliknya lebih mementingkan pangkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Rahmad berkata, berdasarkan situasi itu KMPP yakin Barisan Nasional terutama UMNO mampu memperoleh sokongan orang Melayu di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan negeri (pada pilihan raya umum akan datang) bagi menggantikan pakatan pembangkang. Bagaimanapun, katanya, Barisan Nasional (BN) terutama pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih bekerja keras untuk menambat h...

Pelajar PPG, KPLI dipertimbang pemberian baucer buku RM200

Pelajar PPG - KPLI PUTRAJAYA 13 Mac — Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200 kata, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya. "Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara itu dan kita harap ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak. Justeru itu, Wee berharap KPT akan menyediakan satu standard prosedur berhubung mereka yang layak untuk mendapat baucer ter...
Image
64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000 GAMBAR ARKIB SHAH ALAM 10 Mac – Seramai 64 orang termasuk bekas polis zaman darurat dan balu mereka yang menetap di negeri ini hari ini menerima sumbangan sagu hati khas kerajaan dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini. Sumbangan berbentuk cek bernilai RM3,000 setiap seorang itu disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Ismail berkata, kesemua penerima hari ini merupakan sebahagian daripada 70,000 bekas polis zaman darurat yang layak menerima sumbangan sagu hati hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti bekas-bekas polis yang pernah berkhidmat pada ketika itu, tetapi masih belum menerima sagu hati tersebut. “Kita sedang mengesan mereka dan berusaha untuk menyerahkan sumbangan itu sebelum sambutan Hari Polis Ke-205 pada 25 Mac ini,” katanya kep...

RM150j naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang

Image
naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang JOHOR BAHRU 10 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi fasa pertama projek menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat kepada enam lorong. Perdana Menteri berkata, projek sejauh lapan kilometer itu bermula dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong. "Projek fasa pertama ini akan dijalankan secepat mungkin. Projek fasa kedua pula kita akan laksanakan kemudian, mungkin selepas Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya pada majlis ramah mesra bersama rakyat di Setia Indah yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan ADUN Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.

isu post THE STAR PUBLICATIONS

Image
Tiada Maaf Bagi The Star @najibrazak @hishamuddinh20 Kenyataan Rasmi Pemuda Seputeh. Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi. Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah. Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu? Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam. Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu. Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say". Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak d...

LYNAS: Bukti Kadar MSV

Image
Pembaca lihat gambar di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Ini adalah sebahagian dokumen mengenai kadar kandungan mSv yang dikeluarkan oleh MOSTI. InsyAllah GR akan keluarkan secara berperingkat untuk pengetahuan pembaca sekalian. Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, ini adalah jawapan bagi tomahan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak terutama dari MP Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh (Fuziah Torron). Jelas terbukti Lynas adalah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya tapi memproses nadir bumi. Walaupun ramai kaum Cina yang menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth' kedua di dunia. Ini juga boleh mendatangkan pendapatan yang baik untuk negara. posted...

Lapan beranak berteduh di pondok berdinding zink, kanvas

Image
Norhawa Arip bersama dua anaknya di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat, Muar, Johor. MUAR 23 Feb. - Sebuah pondok berdindingkan zink dan kanvas tanpa pintu, menjadi tempat berteduh lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz dekat sini sejak lapan bulan lalu setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran. Pondok berukuran 20 x 15 kaki itu didiami oleh keluarga Ariffin Md. Amin, 39, bersama isteri, Norhawa Arip, 37, dan enam anak mereka berusia tiga hingga 15 tahun. Menurut Norhawa, pondok yang didirikan atas tanah milik ibu mertuanya itu hanya menanti masa untuk roboh, selain tidak memiliki kemudahan asas. "Pondok ini tidak mempunyai bilik dan di ruang yang sempit inilah kami tidur, berehat, makan dan tempat anak-anak membuat kerja sekolah. "Selain itu, 'rumah' ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan saya terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dengan cara membuat penyambungan dari rumah jiran," katanya semasa ditemui di sini baru-baru...

Rumah terbakar kali kedua

Image
Rumah Jumahat di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang yang hangus dalam satu kejadian kebakaran di Pontian, semalam. PONTIAN 23 Feb. - Tujuh belas tahun lalu , keluarga Jumahat Samsuri, 60, pernah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran. Walaupun berdoa semoga kejadian itu hanya berlaku sekali dalam hidup, namun takdir tetap menguji ketabahan hati mereka apabila kejadian serupa menimpa lagi pagi ini. Rumah yang didiami Jumahat bersama isteri, Siti Khadijah Sadirin, 53, dan anak bongsu mereka di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi. Bagaimanapun, mujurlah tiada siapa berada di rumah ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar bekerja, manakala anak bongsunya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi. Menurut Jumahat, rumah berkenaan dibina di bawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) selepas kejadian pertama. "Ibu saya, Salamah Mat Kisan, 75, yang ti...

TTPM khas untuk pelancong diwujudkan

Image
Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan pasangan pelancong dari England, Peter Merch dan isterinya semasa mempromosikan pemfailan tuntutan pelancong di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mewujudkan satu mekanisme tuntutan ganti rugi baru khusus untuk pelancong asing dengan menyediakan kemudahan tebus rugi dalam tempoh yang singkat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebiasaannya proses perbicaraan tuntutan dan menuntut ganti rugi hanya dapat dilaksanakan selepas 14 hari aduan dibuat dan tempoh itu tentunya tidak sempat untuk pelancong asing kerana tempoh kunjungan mereka ke negara ini terhad. Kata beliau, menerusi mekanisme khas itu, kes melibatkan pelancong asing akan dibicarakan dalam tempoh mereka berada di negara ini. "Kita mahu dunia tahu bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk berbelanja selain kepentingan mereka dilind...

PM buat keputusan adil dalam masa tedekat

Image
PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). ''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik. ''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Selain Perdana Menteri, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS. Sem...

Sekolah Dalam Hospital dapat sambutan menggalakkan

Image
NOORAINEE Abdul Rahman (lima, kanan) bergambar bersama ketua-ketua syarikat korporat yang menyampaikan sumbangan pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat SDH, di Putrajaya, semalam. - BERNAMA PUTRAJAYA 23 Feb. - Selepas hampir setahun ditubuhkan, Sekolah Dalam Hospital (SDH) kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan walaupun berada di katil hospital. Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga Penaung Projek Hati Nurani: SDH, berkata, sehubungan itu SDH akan diperluaskan ke beberapa hospital milik kerajaan dalam masa terdekat bagi memastikan setiap permintaan dipenuhi. Katanya, sehingga kini, SDH telah dilaksanakan di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang. "Kerjasama dan sokongan erat Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan membolehkan ramai pelajar m...

Selesai segera kes NFC

Image
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mahu siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu. Pengerusinya, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu. "SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara perlu disiasat lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PPO penggal pertama 2012 di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, hari ini. Dr. Hadenan berkata, pihaknya telah diberikan penerangan mengenai proses siasatan kes itu pada satu mesyuarat khas. "Kes ini disiasat oleh dua pihak iaitu SPRM dan polis," katanya. NFC berdepan dengan kontroversi selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Okto...