Kapal karam langgar feri penumpang ke Pulau Bukom
SINGAPURA 9 Mac - Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom. hari ini, mengakibatkan seorang kru kapal hilang dan enam penumpang feri cedera. Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura, yang menerima laporan kemalangan itu pada 6.25 pagi ini. MPA berkata lima kru kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang. Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian. Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra. MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam. MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan ...