Erra belum sedia dedah lelaki di hati
Pelakon Erra Fazira sudah berpunya tapi dia belum sedia mendedahkan nama lelaki yang sedang rapat dengannya. Erra mengaku sekarang sedang mengenali seorang lelaki bujang sekali gus menafikan gosip yang mengaitkan namanya dengan VIP. “Saya terpaksa membuat pengakuan yang saya kini sedang rapat dengan seorang teman sebab mahu menutup gosip. ” Saya memang tak mencari VIP, saya tak keluar rumah macam mana nak jumpa VIP. Saya pun tak cari VIP sebaliknya bergantung kepada kesesuaian hati saya,” kata Erra. Erra mendedahkan demikian semasa ditemui pada majlis santai bersama pelakon teater Takhta Tiga Ratu di Kuala Lumpur hari ini. Erra kelihatan ceria walaupun diaju soalan peribadi khusus untuk mengorek rahsia siapakah lelaki yang dimaksudkan. “Bila ada gosip yang mengaitkan nama saya dengan nama nama lain, pasti pihak sana tertanya tanya sebab itu saya kena bercakap menafikannya. ” Saya tak kisah berkawan dengan orang biasa atau kalangan artis...