Posts

Showing posts with the label Info Jenayah

Info jenayah kekejaman

Image
Datin (isteri seorang pembesar) Terlepas dari hukuman penjara.. Datin Rozita Mohamad Ali menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju memukul pembantu rumah Suyanti Sutrinso. Tahniah kerana diarah berkelakuan jadi orang baik selama 5 tahun..rasa nak carut tapi takut kena penjara 5 tahun..curi lighter singgit pun penjara bertahun ikat jamin sampai 15 ribu.. Sekian kisah benar di Zimbinawe.

Info pergaduhan di wangsawalk.10 suspek ditahan.

Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam. Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan. “Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini. Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki. Semalam, polis men...

Operasi KPDNKK banteras cetak rompak dan barangan tiruan

1,300 premis 
jual produk tiruan 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 1,300 premis perniagaan di seluruh negara yang disyaki menjual produk tiruan dan cetak rompak termasuk peralatan telekomunikasi klon. Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, pihak­nya mengesan premis-premis tersebut sejak Januari lalu sehingga hari ini. Katanya, daripada jumlah tersebut, 460 premis perniagaan dikenal pasti di lokasi panas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru manakala 840 di negeri lain. “Kami juga telah mengambil tindakan terhadap 316 peniaga yang terlibat dalam penjualan barangan cetak rompak dan tiruan masing-masing di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Barangan Perihal Dagangan Palsu) seramai 244 peniaga dan Akta Hak Cipta 1987 (70 peniaga) dengan nilai rampasan seba­nyak RM5.4 juta. “Dalam...

AADK perhebat 
usaha perangi dadah

Image
ALOR GAJAH 16 Nov. - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) komited dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah dan mahu setiap pihak memberikan kerjasama bagi membendung gejala tersebut dari pada terus merebak dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pengarah Pencegahan AADK, Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, adalah menjadi sasaran utama AADK untuk menghalang gejala dadah dari terus merebak dari semasa ke semasa. “Kita harus memandang perkara ini secara serius, dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memudahkan AADK untuk memerangi secara habis-habisan terhadap gejala dadah. “Amat penting untuk kami (AADK) terus menggerakkan kerja bersama pihak berkuasa yang lain bagi membanteras gejala dadah secara habis-habisan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Komuniti Gempur Dadah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japeru...

Semua anggota Rela rakyat tempatan - Ketua Pengarah

Image
HULU TERENGGANU 17 Nov. - Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan pada Ahad semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan. Ini kerana kata beliau pihaknya sentiasa memastikan pemohon yang ingin menyertai pasukan itu mempunyai MyKad yang sah, selain melakukan saringan yang ketat. "Anggota Rela ini bukan saja memiliki kad pengenalan yang tulen tetapi bersih daripada sebarang rekod jenayah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari," katanya kepada pemberita selepas Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Rela Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, di sini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada warga asing menjadi anggota Rela menggunakan kad pengenalan yang diubah suai. "Dakwaan itu tidak dibuktikan secara jelas dan kita juga tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara berkenaan," katanya lagi. Menurut Mustafa, setiap hari kira-kira 5,000 anggota Rela ditugas m...

Pihak sebar berita palsu insiden di Pulau Pom Pom ditegur

Image
ROMPIN 17 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah. Katanya, perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan. "Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini. Beliau juga menegaskan, kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan. "Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapa...

Kes bocor dokumen rasmi Kerajaan Johor diserah kepada polis

Image
PASIR GUDANG 17 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini. "Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini Ahad. Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang. "Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu," kata Mohamed Khaled. Tanpa men...

info about Jamalul Kiram III

Image
Jamalul Kiram III Jamalul D. Kiram III is a claimant to the Sultanate of Sulu. He was a unsuccessful candidate for senator in the 2007 Philippine Elections. Wikipedia Born : July 16, 1938 (age 74), Maimbung

Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan

LAHAD DATU 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain... di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu. "Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila m...

Polis akan panggil bapa Saiful Bukhari beri keterangan - Timbalan KPN

Image
KUALA LUMPUR 9 Mac - Polis akan memanggil Azlan Mohd. Lazim, iaitu bapa Mohd. Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. "Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. "Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Bersatu Memerangi Jenayah" di Kuchai Lama hari ini. Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan...

Lebuh raya milik ah long?

Image
SELAIN iklan pinjaman wang, iklan kelas tuisyen dan iklan membeli kenderaan terpakai turut menjadikan tiang jejambat MRR2 berdekatan Zoo Negara di Hulu Klang, Selangor sebagai tempat mempromosi perkhidmatan mereka. KUALA LUMPUR 14 Nov. - 'Jejambat ah long'. Mungkin itu gelaran yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dilakukan oleh ah long-ah long terhadap jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR) 2. Ini kerana boleh dikatakan setiap tiang jejambat lebuh raya itu, terutama yang merentasi kawasan Hulu Klang, dipenuhi dengan iklan berbentuk sticker bersaiz besar. Malah, bukan iklan ah long saja yang menempati tiang-tiang itu, iklan kelas tuisyen, perkhidmatan sewa lori, mengubah suai dan mengecat rumah, dan membaiki penyaman udara juga dilekatkan. Fenomena ini semakin membimbangkan kerana sekarang saiz iklan yang ditampal lebih besar untuk menarik perhatian ramai dan boleh dilihat dari jauh. Tinjauan  Utusan Malaysia  mendapati jumlah iklan-iklan haram itu...

Kegiatan 2 lelaki curi kucing Parsi dirakam CCTV

Image
Kelibat seorang pencuri memecah masuk ke dalam kediaman sebelum melarikan tiga ekor kucing berbaka Parsi berjaya dirakamkan oleh CCTV di sebuah rumah di Jalan Astana 2, Kuching, malam semalam. KUCHING 15 Nov. - Kegiatan dua lelaki mencuri tiga ekor kucing baka Parsi terbongkar apabila perbuatan mereka itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kediaman di Jalan Astana 2 di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.36 tengah malam, dua lelaki menaiki motosikal Honda EX5 dikesan memanjat pagar sebuah rumah dan melarikan tiga ekor kucing tersebut. Rakaman CCTV di rumah tersebut merakamkan imej pencuri berkenaan yang memakai baju berwarna biru manakala seorang lagi memakai baju kelabu walaupun wajah kedua-dua mereka tidak dapat dilihat kerana memakai topi keledar. Related Posts :Info Jenayah,

Bomoh Indonesia didakwa rogol gadis 14 tahun

Image
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, minggu lepas. Parjono, 33, didakwa merogol remaja berusia 14 tahun itu di sebuah bilik bernombor 48, Jalan 16/10, Taman Koperasi Polis, Fasa 1, Sentul di sini di antara 9 malam, 7 November hingga 5.30 pagi, 8 November. Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin memohon kepada mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan Parjono merupakan warga asing. Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA Related Posts :Info Jenayah,

TNC UTHM mengaku tidak salah terima suapan

Image
JOHOR BAHRU 3 Okt. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor pada Disember 2010. Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010. Suapan itu sebagai dorongan melakukan transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM. Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011. - BERNAMA Related Posts :Info Jenayah,

Kes dua anggota polis - Suspek terakhir kes tembak polis serah diri

Suspek terakhir kes tembak polis serah diri KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kes dua anggota polis yang ditembak tiga penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini Rabu lepas, dianggap selesai selepas suspek terakhir menyerah diri di Balai Polis Sri Petaling malam semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berumur 30 tahun itu merupakan adik kepada seorang lagi suspek yang ditembak mati polis di Taman Desa Water Park pada awal pagi Ahad. Suspek yang berasal dari Lanchang, Mentakab, Pahang itu menyerah diri pukul 9 malam tadi dan kes boleh dianggap selesai, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Katanya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Kelmarin, seorang daripada suspek menyerah diri di Balai Polis Kepong kira-kira pukul 11 pagi. Mengenai keadaan dua anggota peronda polis yang cedera ditembak, Ku berkata seorang telah dibenar pulang manakala seorang lagi masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. ...

Pengedar dadah ditahan, polis rampas ganja bernilai RM84,000

GEORGE TOWN 3 Okt. - Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 23 ketulan mampat ganja seberat 28 kilogram bernilai RM84,000 di kawasan Bayan Baru, dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt S. Batumalai berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika sedang memandi dari Bayan Lepas ke George Town pada pukul 3.30 pagi. Hasil pemeriksaan dalam but kereta berkenaan, polis menemui 23 ketulan mampat daun ganja yang dibungkus seperti buah cempedak dengan saiz dan berat berbeza, katanya pada sidang media, di sini hari ini. "Ini adalah kali pertama kita jumpa bentuk bungkusan cara macam ini. Selama ini kita tengok semua bungkusan dalam bentuk empat segi dan dibungkus sekilo, sekilo," katanya. Batumalai berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu mahu menghantar ketulan ganja terbabit kepada pengedar dadah lain. Ini merupakan kali ketiga suspek ditangkap atas kesalahan sama. Sebelum...

Syarikat jongkong emas diserbu di jalan kuchai lama

Image
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang dipercayai menjalankan urus niaga bernilai kira-kira RM4 bilion termasuk melibatkan pelaburan kerajaan negeri dan orang kenamaan (VIP) diserbu pihak berkuasa hari ini. Serbuan itu dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Difahamkan, siasatan dan serbuan terhadap syarikat itu yang terletak di Jalan Kuchai Lama di sini dilakukan setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis baru-baru ini. Sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Menurutnya, syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar. "Bagaimanapun, pemilik syarikat sama dipercayai...

Syarikat Jongkong Emas Genneva Malaysia Sdn Bhd Diserbu pihak berkuasa

Image
KUALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada Isnin oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan. Suasana di hadapan pejabat Genneva ketika serbuan dilakukan. -Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS/The Star Dalam satu kenyataan, Isnin, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. "Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM. Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sek...

Suspek tembak 2 polis, mati ditembak

Image
KU Chin Wah (kanan) bersama dua anggotanya menunjukkan pistol yang dirampas dari seorang penjenayah yang ditembak mati pada sidang akhbar di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini menembak mati seorang daripada beberapa suspek yang dipercayai terlibat menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun cuba meloloskan diri apabila kereta Proton Waja dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Pusat Beli-belah Mid Valley. Suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti sebaliknya memecut sebelum dikejar anggota pasukan itu sehingga terbabas di kawasan letak kenderaan Desa Water Park. Lelaki tersebut kemudian melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan anggota polis membalas sehingga suspek terbunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin W...

Remaja tampil serah diri

Kuala Lumpur: Tidak sampai 24 jam selepas seorang rakan jenayahnya ditembak mati, seorang remaja berusia 17 tahun menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua anggota polis ditembak penjenayah di Jalan Kuchai Lama, Rabu lalu. Remaja beralamat di Taman Wahyu, Jinjang, di sini datang berseorangan dan menyerah diri di Balai Polis Kepong, kira-kira jam 11 pagi semalam selepas gambarnya bersama seorang lagi suspek, Wan Fadrulzaman Wan Mohd Fadhil, 30, dari Mentakab, Pahang disiarkan media. Suspek kini direman Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan suspek kini direman dan polis percaya dia mempunyai maklumat bagi membantu siasatan kes dua anggota polis ditembak, termasuk mengenalpasti lokasi persembunyian seorang lagi suspek. Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin di tempat letak kereta Taman Desa Water Park, polis menembak mati seorang daripada tiga suspek utama kes tembakan yang mencederakan dua anggota po...