Posts

Showing posts from November, 2014

Erra belum sedia dedah lelaki di hati

Image
Pelakon Erra Fazira sudah berpunya tapi dia belum sedia mendedahkan nama lelaki yang sedang rapat dengannya. Erra mengaku sekarang sedang mengenali seorang lelaki bujang sekali gus menafikan gosip yang mengaitkan namanya dengan VIP. “Saya terpaksa membuat pengakuan yang saya kini sedang rapat dengan seorang teman sebab mahu menutup gosip. ” Saya memang tak mencari VIP, saya tak keluar rumah macam mana nak jumpa VIP. Saya pun tak cari VIP sebaliknya bergantung kepada kesesuaian hati saya,” kata Erra. Erra mendedahkan demikian semasa ditemui pada majlis santai bersama pelakon teater Takhta Tiga Ratu di Kuala Lumpur hari ini. Erra kelihatan ceria walaupun diaju soalan peribadi khusus untuk mengorek rahsia siapakah lelaki yang dimaksudkan. “Bila ada gosip yang mengaitkan nama saya dengan nama nama lain, pasti pihak sana tertanya tanya sebab itu saya kena bercakap menafikannya. ” Saya tak kisah berkawan dengan orang biasa atau kalangan artis

kerja kosong

Diane von Furstenberg Shop Manager / Supervisor Minimum 3 years of experience in similar capacity with a luxury / high fashion brand. Strong leadership skills and experience in handling all aspects of store operations, staff management and customer service. Good verbal and written communication skills. We offer attractive remuneration, which includes: Basic salary plus commission and monthly target incentives 5-days work week (including weekends and public holidays) Please email resume and contact number to recruit@globalluxe.com.sg Genting Lounge Customer Service Officers Daily operations of Genting Lounge. Must possess at least SPM. Minimum of 1 - 2 years experience will be an added advantage. Pleasant personality and friendly. Able to converse in 3 languages (Malay, English and Chinese). Able to work on shift, weekends and public holidays. Please email resume and contact number to terrence.phang@genting.com Johor Premium Outlets Customer Service

Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang

Image
Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang Berhubung kontroversi pelakon Hanez Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak terkejut dengan berita tersebut.  Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen negatif. Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.  “Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.  “Hari keesokan untuk penggambaran telefilem tersebut, saya terk

Harga Kayu Gaharu RM130,000/kg

Image
Norchahaya Hashim (kiri) bersama kakitangannya meninjau ruang pameran kayu gaharu d Kuala Terengganu, semalam.  KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Nilai gaharu gred A di pasaran yang kini mencecah RM130,000 sekilogram berbanding sekitar RM20,000 hingga RM25,000 sekilogram sebelum ini memberikan rangsangan baharu kepada perkembangan perladangan pokok karas. Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Norchahaya Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tersebut kerana bekalan yang semakin sukar diperoleh selain pokok yang bermutu tinggi semakin terbatas di negara ini terutama di Pantai Timur dan Indonesia. Dalam masa sama, beliau memberitahu, Malaysia menyasarkan pengeksportan kayu gaharu ke Asia Barat dalam tempoh lima tahun lagi bagi menembusi pasaran yang lebih luas. “Pokok yang turut dikenali sebagai pokok debu di sini akan diproses dan dikomersialkan oleh negara-negara pengimport untuk dijadikan minyak wangi manakala daun dan batangnya boleh

RM100,000 bina pasar peladang di Kg. Teluk Kerang

Image
SHAMMODIN ABDUL HALIM (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Nafas sambil diperhatikan Abd. Rahim Abu Bakar (dua dari kiri) di Pontian, baru-baru ini.   PONTIAN 14 Nov. – Sebuah pasar peladang akan dibina di Kampung Teluk Kerang, dekat sini bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual terus hasil keluaran mereka kepada pengguna. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Abd. Rahim Abu Bakar berkata, kos pembinaan pasar berkenaan sebanyak RM100,000 telah diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri. “Sejajar dengan usaha meme­rangi orang tengah, mereka yang berminat serta berkemampuan untuk menjalankan perniagaan akan ditawarkan di pasar tersebut kelak,” katanya selepas penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), di sini kelmarin. Majlis penyampaian zakat kepada 84 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di PPK Pontian Selatan disempurnakan oleh P

Sarawak terima RM4.03 bilion

Image
SYLVESTER ENTRI MURAN  KUCHING 14 Nov. - Kira-kira RM4.03 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat khusus untuk membiayai program per­­tanian di negeri ini sejak 2006 hingga tahun ini. Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) negeri, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, setiap tahun, kerajaan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM447.5 juta bagi melaksanakan program berkenaan. “Peruntukan tersebut digunakan bagi membiayai pelbagai program berkaitan dengan sektor tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur, industri asas tani, khidmat sokongan, institusi peladang, penternak dan nelayan serta projek ekonomi khas. “Bantuan terdiri dalam pelbagai bentuk seperti baja, perkakas dan bahan tanaman,” katanya. Beliau menjawab soalan Martin Ben (BN-Kedup) berhubung bentuk subsidi pertanian yang telah diagihkan dan jumlah subsidi tahunan yang diterima oleh Sarawak daripada Kerajaan Pusat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Tambah belia

Tingkatkan saiz keluasan tanaman kopi

Image
                                                                Radin Malleh TENOM – Skim insentif khas untuk para pekebun kopi perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan tanaman kopi di negeri ini, termasuk membabitkan kerjasama serta pelaburan sektor swasta. Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh (gambar) berkata, hal demikian kerana jumlah saiz keluasan tanaman itu di negeri ini dilihat menurun saban tahun. “Ini berpunca daripada banyak kawasan tanaman kopis digantikan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. “Mungkin skim insentif khas perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan itu,” katanya ketika berucap sempena majlis pe­rasmian Pesta Kopi Te­nom 2014 dekat sini baru-baru ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Radin memberitahu, berdasarkan maklumat Jabatan Pertanian negeri, jumlah keluasan saiz tanaman kopi di negeri ini pada 2010 iala

AADK perhebat 
usaha perangi dadah

Image
ALOR GAJAH 16 Nov. - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) komited dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah dan mahu setiap pihak memberikan kerjasama bagi membendung gejala tersebut dari pada terus merebak dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pengarah Pencegahan AADK, Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, adalah menjadi sasaran utama AADK untuk menghalang gejala dadah dari terus merebak dari semasa ke semasa. “Kita harus memandang perkara ini secara serius, dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memudahkan AADK untuk memerangi secara habis-habisan terhadap gejala dadah. “Amat penting untuk kami (AADK) terus menggerakkan kerja bersama pihak berkuasa yang lain bagi membanteras gejala dadah secara habis-habisan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Komuniti Gempur Dadah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japeru

Pinewood sasar 
pelabur RM1.9b

Image
Tee Siew Kiong NUSAJAYA 16 Nov. - Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) menyasarkan untuk menarik produksi antarabangsa melabur sebanyak RM1.9 bilion dan mewujudkan 11,300 peluang pekerjaan bagi tempoh 2013 hingga 2020. Pengerusi Jawatan­kuasa Pelancongan, Per­dagangan dan Ke­penggunaan negeri, Da­tuk Tee Siew Kiong ber­kata, kewujudan ke­mudahan itu berupaya menarik pelabur, syarikat dan profesio­nal untuk menyertai rantaian produksi media. “Kehadiran tenaga pakar dengan teknologi terkini membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi dan ilmu serta kepakaran bagi memperkasa keupayaan bakat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Adham Baba (BN-Pasir Raja) tentang impak industri kreatif kepada pembangunan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. Siew Kiong berkata, pemba­ngunan PIMS di negeri ini dapat mewujudkan ekosistem industri kreatif yang kon

8,670 pengguna layak skim ARWS

Image
ARSAD BISTARI (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Shahelmey Yahya sambil diperhatikan Jamawi Jaafar (kanan) pada Program Bicara GST di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. KOTA KINABALU 16 Nov. - Input dan maklumat kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat menjadi punca utama rasa tidak puas hati serta kekeliruan masyarakat terhadap pelaksanaan cukai tersebut. Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO negeri, Yamani Hafez Musa berkata, rakyat perlu mengambil inisiatif memahami pelaksanaan selain mengetahui jenis barang yang tidak dikenakan GST. "Kekeliruan tentang GST ini mungkin dipengaruhi oleh maklumat kurang tepat yang mereka (masyarakat) terima. Selain itu, perkara ini adalah biasa apabila sesuatu perkara baharu mula diperkenalkan kepada masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Program Bicara GST anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO negeri dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, di sini sem

Fosil dinosaur berusia ratusan juta tahun ditemui di Terengganu

Image
MENTERI Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bertanya sesuatu mengenai fosil tulang dan gigi dinosaur yang dijumpai kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abdul Razak (kiri) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - fotoBERNAMA  KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan penemuan fosil dinosaur berusia Jura-Kapur di sekitar Gunung Gagau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Katanya, penemuan itu diperoleh hasil ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selama 10 hari bermula 13 Oktober lepas yang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM). Ekspedisi itu disertai tujuh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan, dua kakitangan pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu serta 10 pegawai Geosains, katanya. Ahmad Razif berkata, ekspedisi it

Banjir: Semua agensi diarah siap sedia

Image
JOHOR BAHRU 16 Nov. – Semua agensi berkaitan diarah bersiap sedia dan memberi bantuan segera ekoran banjir yang mula melanda negeri ini khususnya di Batu Pahat petang kelmarin. Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak termasuk di peringkat negeri dan daerah telah diminta membuat persiapan rapi termasuk menubuhkan bilik gerakan bagi memantau perkembangan dan menyelaras usaha menyelamat dan membantu mangsa. “Pendekatan yang kita guna pakai ialah dengan mengambil kira pengalaman lalu iaitu menggerakkan semua agensi berkaitan. Sebagai contoh, kita telah wujudkan bilik gerakan banjir di daerah-daerah terbabit dengan mengenal pasti kemungkinan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. “Saya yakin kita mempunyai kelengkapan dan keupayaan yang mencukupi untuk menampung segala keperluan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir,” katanya semasa diminta mengulas kejadian banjir di Parit Lapis, Taman Nira dan Kampung L

Reen Rahim

Image
Reen Rahim Reen Rahim

Action Movies 2014 Full Movie English - Four Assassins 2014 - Best Acti...

Image

Action Movies 2014 Full Movie English | Witchblade | Best Action, Advent...

Image

Action Movies 2014 Full Movie English - 513 Degrees - New Best Action Mo...

Image

DRAMA EPISODE KASIH BERBISIK TV3

Image
DRAMA EPISODE KASIH BERBISIK HANYA AKAN DITAMBAH BILA ADA LINK ADVANCE SAHAJA.SEKIAN' TILL THEN PM ME AT FACEBOOK