Posts

Showing posts with the label news luar negara

Gegaran kuat bawah laut di Taiwan, tiada kerosakan

Gegaran kuat bawah laut di Taiwan, tiada kerosakan 13/11/2010 12:14pm TAIPEI 13 Nov. - Satu gegaran bawah laut sekuat 5.4 magnitud berlaku di sebelah timur laut Taiwan semalam, namun tiada laporan kecederaan dan kerosakan dicatatkan ketika ini. Gegaran tersebut berlaku pada pukul 9.00 malam waktu Malaysia kira-kira 80 kilometer di sebelah tenggara daerah pesisir pantai, Ilan. Pada September 1999 lalu, gegaran sekuat 7.6 magnitud telah mengakibatkan 2,400 jumlah korban dicatatkan dalam kejadian bencana alam paling dahsyat yang berlaku di negara kepulauan itu. - AFP

PORT-AU-PRINCE - malaria di haiti

Image
Angka korban wabak taun Haiti kini 796 13/11/2010 3:13am PORT-AU-PRINCE 13 Nov. - Angka korban akibat wabak taun di Haiti meningkat kepada 796 semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian kesihatan. Kenyataan yang dikeluarkan di laman web itu juga berkata, seramai 12,300 mangsa lagi masih dirawat di seluruh negara tersebut di mana penyakit ini berlaku susulan daripada gempa bumi yang terjadi beberapa bulan yang lalu. Sejak kes kematian wabak taun yang pertama pada Oktober lalu, jumlah kematian akibat wabak ini dilihat semakin berkembang ketika ini. - AFP

SAO PAULO - 3 banduan maut rusuhan

Image
SAO PAULO prison riot 3 banduan maut rusuhan di penjara 12/11/2010 2:54am SAO PAULO 12 Nov. - Tiga banduan terkorban apabila penghuni sebuah penjara di utara Brazil merusuh semalam, kata seorang pegawai kerajaan. Enam pegawai pihak berkuasa yang ditahan untuk dijadikan tebusan bagaimanapun dibebaskan tanpa sebarang kecederaan. Difahamkan, rusuhan itu berlaku kerana banduan tidak berpuas hati dengan keadaan penjara yang padat dan kotor. - AFP

Karachi - 15 terbunuh serangan bom

Image
15 terbunuh serangan bom kereta di balai polis 12/11/2010 2:54am KARACHI 12 Nov. - Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera apabila sebuah kereta yang padat dengan bahan letupan meletup di hadapan bangunan pejabat polis di sini malam semalam, kata seorang pegawai kerajaan. “Hasil laporan yang awal yang diterima, 15 orang telah terbunuh manakala 100 lagi cedera parah. “Lima daripada mereka yang terbunuh adalah pegawai polis dan kami percaya terdapat juga polis wanita yang terbunuh dalam serangan itu,” kata jurucakap kerajaan di Wilayah Sindh, Sharmilla Farooqi. Kata Sharmilla lagi, pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca dan motif serangan itu. - AFP p/s: ternyata nyawa manusia tiada nilai nya. demi mencari kedamaian'manusia sering berbunuhan"