Posts

Showing posts with the label umno

Pengundi muda kini bersama kita - Khairy

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Sokongan golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin padu terutama terhadap politik khidmat bakti yang dilaksanakannya selama ini. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu merangkumi penyediaan peluang pekerjaan dan pinjaman perumahan yang telah memberi kesan baik kepada kebajikan golongan itu serta mengubah persepsi mereka terhadap parti dan perikatan tersebut. "Kita menyediakan platform yang baik untuk orang muda dalam meningkatkan kehidupan mereka berbanding pembangkang, yang tidak menyumbang sebarang inisiatif kepada golongan itu. "UMNO dan BN akan lakukan sebaik-baiknya untuk memastikan sokongan golongan itu semakin meningkat kepada kita. Ia termasuk memperluaskan lagi program seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN yang amat memanfaatkan kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi karnival itu. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, golongan muda kini semakin p

UMNO Baling bantu pelajar sambung pengajian ke peringkat PhD

Image
Abdul Azeez Abdul Rahim (empat dari kiri) menyampaikan cek RM5,000 kepada Nurliyana (tiga dari kiri) di Kampung Charuk Semeliang, Baling, semalam. BALING 6 Feb. - UMNO Bahagian Baling membantu seorang anak muda, Nurliyana Mohd. Yusoff, 23, menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Nurliyana dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong dan juga graduan ijazah Ekonomi UUM, meraih pencapaian membanggakan kerana menjadi antara pelajar termuda yang dipilih mengikuti PhD dalam bidang sama. Anak kepada pesara tentera itu amat gembira dengan tawaran pengajian PhD tersebut kerana tidak menyangka diterima melanjutkan pelajaran ke peringkat tersebut dalam usia seperti itu. Beliau bagaimanapun menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan impiannya. Justeru, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetahui masalah tersebut tampil menghulurkan bantuan dengan meluluskan bantuan segera sebanyak RM5,0

INFO: AMAN KAMPUS Dilancarkan

Image
Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa. Lintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor. 4 Asas Utama program: 1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. 2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. 3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan

Selangor teliti penahanan lelaki dikaitkan dengan Exco

Image
SHAH ALAM 6 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong. Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan media tersebut dan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri. Serentak dengan itu, menurut kenyataan itu, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera. ‘‘Kerajaan negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu. ‘‘Kerajaan negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kot

Rakyat semakin muak tohmahan pembangkang - Rais

Image
Rais Yatim menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan kerusi roda kepada salah seorang penerima di Jelebu, semalam. JELEBU 6 Feb. - Rakyat sudah semakin muak dan dilihat tidak lagi tertarik dengan pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan mengenai pelbagai program bantuan untuk rakyat. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana, rakyat kini yang semakin bijak, menuntut bukti atas tohmahan dan kritikan tersebut yang dilihat gagal diberikan pembangkang sekaligus menyebabkan rakyat semakin menyokong kerajaan. "Jadi bukti tidak ada, maka Barisan Nasional (BN) yang dapat menampilkan kasih sayang ini dan kasih sayang itu sudah bertempat di hati rakyat dan sukar bagi pembangkang untuk menangkis selepas ini," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 280 penerima di Simpang Durian, di sini hari ini. Rais berkata, kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai bentuk bant

Pas bantu kikis imej cauvinis DAP

Image
IPOH 6 Feb. – Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membantu DAP meyakinkan orang Melayu di Perak bahawa parti itu tidak bersifat cauvinis Cina dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini. Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengakui peluang kemenangan pembangkang di Perak masih '50-50' berkata, parti itu harus terus bekerja keras bagi mengekalkan 18 kerusi sedia ada yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu. “Pada pilihan raya 2008, kita (pembangkang) memenangi lapan kerusi dengan undian majoriti kurang daripada 100 undi sementara UMNO pula mempunyai 10 kerusi dengan undian kurang 1,000 undi. Kita boleh mendapat kemenangan dua pertiga sekiranya 10 kerusi itu jatuh ke tangan kita. “Namun, kita tidak harus selesa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke sini setiap minggu. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pula tiap-tiap hari dan sekarang, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel juga akan turun dengan

Shafie Apdal tidak yakin USNO dihidupkan semula di Sabah

Image
Mohd. Shafie Apdal merasmikan majlis pecah tanah pembinaan dewan serba guna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nyuk Hwa yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peniaga Cina Semporna, Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah (empat dari kiri) di Semporna, semalam. KUNAK 6 Feb. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak yakin USNO dapat dihidupkan semula di Sabah memandangkan semua pemimpin parti itu menyertai UMNO. "Saya ingat mereka tidak boleh hidupkan semula USNO sebab USNO kita alihkan untuk kita lahirkan UMNO. Ini merupakan langkah penyatuan kerana dahulu (Melayu dan bumiputera) berada dalam Berjaya, PBS (Parti Bersatu Sabah) dan USNO," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd. Shafie mengulas usaha pihak tertentu yang dikatakan cuba menghidupkan semula USNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. USNO sebelum pembubarannya diteraju pemimpin veteran UMNO seperti Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Sakaran Dandai. Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sekalipun

Pas hanya minat duduki Putrajaya

Image
Hasan Ali bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Bicara Ummah di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam. TEMERLOH 6 Feb. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila Pas tidak mahu memperjuangkan isu tersebut. Katanya, parti itu yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki Putrajaya daripada berjuang menegakkan hukum Islam. Jelasnya, Pas sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun DAP secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam. "Pas sudah jauh terpesong hingga menjadi parti 'pak turut' kepada DAP dan PKR serta tidak berani berbuat-apa apa sedangkan DAP melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan perjuangan Pas. ''Sehubungan itu, saya menyeru umat Islam supaya menyokong perjuangan JATI yang ak

Wanita BN diminta adakan program Outreach

Image
Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan masyarakat Siam pada Majlis Konvensyen Memperkukuhkan Ekonomi Masyarakat Siam Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Rantau Panjang, Kelantan, semalam. RANTAU PANJANG 6 Feb. - Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diminta mengadakan program Outreach melibatkan komuniti di akar umbi bagi mendekati golongan tersebut. Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kekuatan parti tersebut adalah di peringkat akar umbi dan sewajarnya mereka didampingi serta mendapat pembelaan yang sewajarnya. Beliau berkata, semua pemimpin wanita parti itu perlu turun padang untuk mendekati golongan terbabit bagi memberikan bantuan dan menerangkan agenda perjuangan BN. "Saya telah mengarahkan Ketua Wanita BN negeri untuk mempertingkatkan dan melebarkan sayap di peringkat akar umbi bersama dengan komuniti berbeza. "Sebagai contoh, program hari ini adalah di antara program yang mana saya minta Ketua Wanit

Pembangkang wujud unit pecah belah rakyat - Tengku Adnan

Image
PUTRAJAYA 6 Feb. - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa pakatan pembangkang mewujudkan unit khas untuk memecah belahkan masyarakat di sesebuah kawasan sebagai satu usaha menjatuhkan kerajaan. Tengku Adnan berkata, mereka yang terlibat dengan unit khas yang dipercayai sebagai unit tindakan daerah itu akan diasuh oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian. "Mereka akan cuba meracuni fikiran masyarakat di sesebuah kawasan dengan pergi ke surau, dewan badminton, gelanggang futsal dan macam-macam tempat lagi. "Apa yang menyedihkan ada orang UMNO sendiri yang mengiakan apa mereka cakap, kegiatan seperti ini ada juga berlaku di Putrajaya dan kita sedang mengawasinya," kataya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara AMAN Kampus di Dataran Putra di sini hari ini. Program anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) dengan kerjasama 16 pertubuha