Mengenali ramuan spa Tanamera
PELBAGAI pilihan wangian untuk rawatan spa buat pelanggan yang berkunjung ke tapak pameran di Pasar Seni baru-baru ini. SUDAH menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu, setiap wanita yang baru bergelar ibu perlu menjalani rawatan selepas bersalin. Rawatan-rawatan seperti makan jamu, bertangas, bertengku, berbengkung dan berurut sudah sinonim sejak dahulu lagi. Kesemua itu untuk memulihkan semula kesihatan seorang ibu baik dari segi rohani mahupun fizikal. Malah, rawatan itu sememangnya perlu diamalkan kerana proses bersalin menuntut tenaga yang banyak. Menyedari hakikat kepentingan penjagaan diri selepas bersalin, kini terdapat pelbagai syarikat menawarkan set bersalin, bahkan turut terdapat produk antarabangsa di pasaran. Namun, mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai produk mana yang terbaik terutamanya dalam kalangan ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Oleh itu, syarikat pengedaran rangkaian produk spa, Tanamer