Posts

Showing posts with the label info Keluarga

PLPP bantu OKU

Image
Pelajar PLPP Bangi, Mohd. Roysam Nizam (kanan) bersama tenaga pengajar, Ahmad Amar Abdullah (kiri) membaiki sebuah kerusi roda di bengkel baru-baru ini. DILAHIRKAN sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau kehilangan anggota badan akibat terlibat dalam kemalangan merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi itu, sudah pasti mengalami perasaan putus asa kerana kesukaran untuk bergerak dan tidak berupaya melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Namun, seiring dengan pembangunan teknologi telah banyak inovasi dicipta dalam usaha membantu golongan tersebut menjalani aktiviti harian sekali gus memudahkan mereka bergerak. Ini termasuk inovasi pada kerusi roda bagi memudahkan golongan tersebut terutama yang kehilangan anggota kaki melakukan aktiviti harian tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Melalui inovasi tersebut, keperitan hidup yang dilalui mereka dapat dikurangkan, apatah lagi keadaan yang dilal...

Romantik itu sunnah Rasulullah

Image
Romantik itu sunnah Rasulullah SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya masyarakat Barat. – Gambar hiasan SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang. Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!". Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW. Isteri rasa dihargai Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya. Setiap isteri mendambakan suami yan...

Ereksi petunjuk kesihatan

Image
PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. “Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah. Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. “Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan ...

Lelaki lemah punca wanita queen control

Image
Adakah memeriksa rakan-rakan Facebook suami antara tindak-tanduk yang dipanggil queen control? - Gambar hiasan B siapa kawan awak yang add awak di Facebook tu? Perempuan, kawan sekolah awak ke? Perlu ke nak contact kawan sekolah lagi? Kan awak dah ada keluarga, dah ada saya tak perlulah kawan-kawan lama tu lagi." Apa persepsi anda pada si isteri apabila membaca petikan dialog isteri di atas? Terlalu mengongkong, terlalu cemburu atau mungkin istilah queen control yang paling sesuai? Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tidak kira apa zaman sekali pun memang masih wujud sikap-sikap yang dirujuk sebagai queen control. Sikap ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, queen control yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga dan satu lagi, queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.