Posts

Showing posts with the label Info Aktiviti

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

Image
SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini. Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea. Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta, Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005 Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi. Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih

INFO REKREASI AND OUTDOOR EVENT MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSONS

Image
ACARA PEMERHATIAN BURUNG PEMANGSA 2012 Ayuh sama-sama kita ke PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan, Port Dickson bagi memeriahkan lagi acara pemerhatian burung pemangsa 2012 pada 10 – 11 Mac 2012.   AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN SEDEKAD MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON   Konvoi Bermotosikal ke Daerah di Negeri Sembilan (5/3 - 6/3/2012) Pertandingan Bola Jaring Pantai (10/3 - 11/3/2012) Pertandingan Membina Istana Pasir (10/3/2012) Pertandingan Mewarna (10/3/2012) Pertandingan Nasyid Piala YDP (30/3/2012) Kejohanan Boling (17/3 - 18/3/2012) Kejohanan Badminton Piala YDP (17/3 - 18/3/2012) Kejohanan Tarik Tali (24/3-25/3/2012) MPPD Treasure Hunt 2012 (31/3/2012) Pertandingan Graffiti (7/4/2012) Pertandingan Golf (11/3/2012) Karnival Sukan Rakyat "Area Officer" (17/3/2012)  

Pemain deram kudung pukau tetamu majlis kahwin

Image
Rosman Zainal menunjukkan bakatnya bermain deram walaupun kudung tangan kiri ketika ditemui pada satu majlis perkahwinan di Padang Tembak, Teluk Intan, kelmarin. TELUK INTAN 23 Feb. - Bermain deram mengunakan hanya sebelah tangan bukan satu perkara mudah. Namun bagi Rosman Zainal, 33, perkara itu bukan luar biasa baginya yang kudung tangan kiri. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia telah bermain deram mengunakan sebelah tangan hampir 10 tahun dan menggangap kebolehannya itu kurniaan Allah. ''Meskipun kudung sebelah tangan, tapi saya ingin membuktikan saya juga mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa. ''Kebolehan ini adalah satu rahmat Allah buat saya dan keluarga. Saya akan terus bermain deram untuk menghiburkan orang ramai," katanya ketika ditemui membuat persembahan pada satu majlis perkahwinan di Padang Tembak di sini semalam. Kebolehan Rosman bukan sahaja memukau penduduk setempat tetapi pengunjung luar, lebih-lebih lagi deram yang dig

Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri

Image
Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri Dr. Mahathir Mohamad mendengar sesuatu diperkatakan Suwaibah Muhammad Nasir sambil diperhatikan Sheikh Ahmad Dusuki di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 12 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu lebih ramai rakyat negara ini mencabar diri dengan melakukan sesuatu yang baharu kerana ia mampu menguji kebolehan diri mereka. Menurutnya, aktiviti itu bukan tertakluk dalam bidang sukan sahaja, tetapi juga bidang-bidang lain yang mampu mencetuskan budaya baharu buat rakyat negara ini. "Kalau seseorang itu sanggup hadapi cabaran, dia akan buat persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut. Kalau kita ada sikap sebegitu atau kesanggupan seperti itu maka rakyat negara ini tetap akan berjaya," katanya. Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan peserta Misi Larian Sahara, Suwaibah Muhammad Nasir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Kump

Penyelidik muda unggul di Vietnam

Image
Penyelidik muda unggul di Vietnam SEBAHAGIAN daripada penyelidik muda UniMAP bersama piala dan sijil yang diterima pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini. TUJUH penyelidik muda ENVEX Young Researcher Club (EYReC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas penyelidikan antarabangsa apabila membolot enam pingat emas dan satu pingat gangsa serta empat anugerah khas pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 (7th IEYI 2020) di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan generasi penyelidik muda itu merupakan bukti nyata bahawa aspek penyelidikan dan inovasi diterapkan di peringkat akar umbi di UniMAP. "Sebagai bukti, produk penyelidikan bersama makmal penyelidikan bahan sensor UniMAP dan Sekolah Menengah Sains Tuanku (SMS) Syed Putra membabitkan peserta termud

INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat

Image
INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat INTI Malaysia akan terus meningkatkan kualiti sebagai kolej, universiti penyelidikan dan pembelajaran dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar bertaraf antarabangsa. Terbaru, INTI bersama Universiti Wollongong (UOW), Australia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program pertukaran penyelidikan dan pembelajaran yang melibatkan penuntut antara kedua-dua universiti berkenaan. Antara kerjasama yang dijalankan meliputi bidang penyelidikan dan pendidikan dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di INTI di Subang, Selangor. Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Universiti Wollongong, Profesor Joe F. Chicharo berkata, antara skop kerjasama itu termasuk mempromosikan pertukaran dan memudahkan penerimaan ahli fakulti serta penyelidik kedua-dua universiti dalam penyediaan disertasi kursus yang menarik di Subang, Selangor. Beliau berkata, setiap pelajar yang mendaftar di INTI Mala

Laksana R&D, ICT Keselamatan

Image
Laksana R&D, ICT Keselamatan ALLATIF Mohd. Noor, Zuraidah Abdul Latif bersama Abdul Azizi Abdul Kadir (dua dari kiri) dan Mohd. Yusuf Yacob Carlos (kanan sekali) pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 12 Jan. - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat swasta untuk melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D). Naib Canselornya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor memberitahu, tiga syarikat yang terlibat dalam MoU itu adalah Mimos Berhad, Secure Technology Innovations Sdn. Bhd. (STI) dan Skyview Communication and Technologies Sdn. Bhd. (SCT). "Setiap syarikat ini akan menjalin kerjasama dalam bidang dipersetujui dalam tempoh tiga tahun. Perjanjian dengan Mimos Berhad ditandatangani untuk melaksanakan R&D serta bidang akademik membabitkan komunikasi dan teknologi maklumat keselamatan. "Projek-projek yang akan terli

UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran

Image
UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran Zulkifli Mohd. Yusoff (kiri) menerima cek RM10,000 daripada Alias Mohamed di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Hamzah Abdul Rahman (tengah). KUALA LUMPUR 12 Jan. - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berhasrat melancarkan jurnal penyelidikan al-Quran bertaraf antarabangsa pertengahan bulan depan atau selewat-lewatnya Mac ini. Menurut Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff, jurnal itu bertujuan membukukan idea-idea para penyelidik al-Quran antarabangsa dalam dua bidang utama iaitu al-Quran tulen dan al-Quran dalam aplikasi sains dan komputer untuk kegunaan masyarakat. Usaha itu juga katanya, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengakses kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa khusus dalam bidang berkaitan kajian al-Quran itu secara atas talian. "Jurnal itu adalah antara resolusi yang dicapai selepas Seminar Antarabangsa Al-Quran 2011 selama dua hari y

Rais Yatim Tokoh Buku Negara 2010

Image
Rais Yatim Tokoh Buku Negara 2010 KUALA LUMPUR 17 Dis. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010, pada majlis Anugerah Buku Negara di sini malam tadi. Anugerah yang disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu sebagai menghargai jasa beliau yang berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Ketika ditemui pemberita, Rais berkata, perjuangan dalam bidang penulisan dan penerbitan buku merupakan perjuangan tamadun yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Beliau berkata, ini kerana buku merupakan elemen penting dalam pembinaan tamadun dan negara bangsa yang berilmu dalam negara ini. "Justeru industri penulisan perlu diperkasakan, agar bolehlah kita menanam semangat itu dalam membina negara bangsa kita," katanya. - Bernama

Presiden Korea Selatan tiba untuk lawatan negara

Image
Presiden Korea Selatan tiba untuk lawatan negara pertama SEPANG 9 Dis. – Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan negara pertamanya ke Malaysia. Pesawat khas yang membawa beliau serta 190 orang terdiri daripada menteri, pegawai kanan, ahli perniagaan dan petugas media, tiba pada 6.30 petang di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini. Beliau disambut oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha selaku menteri pengiring serta Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay. Lawatan dua hari Lee ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Lee akan disambut secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam satu upacara di Parlimen esok. – Bernama p/s:welcome to malaysia"

RTM perlu lakukan evolusi

Image
RTM diminta lakukan perubahan agar lebih menarik minat KUALA TERENGGANU 9 Dis. — Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu. "Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini. Beliau berkata, perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pe

Info - PM rasmi karnival jualan produk PDK 4 Disember

PM rasmi karnival jualan produk PDK 4 Disember PUTRAJAYA 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan karnival jualan produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) peringkat kebangsaan dan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program anjuran Bakti itu melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga rakan kongsi utama dengan kerjasama badan-badan amal isteri pemimpin negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan. Isteri Perdana Menteri berkata, program tersebut yang dianjurkan buat julung kalinya itu adalah satu strategi membantu negara dalam membangunkan masyarakat dan menterjemahkan rasa prihatin terdapat golongan orang kurang upaya (OKU). ''Seramai 560 peserta terdiri

PM lancar MAHA 2010 hari ini

Image
PM lancar MAHA 2010 hari ini SERDANG 26 Nov. - Hari pertama Pameran Pertanian, Horikultur dan Argo-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) menyaksikan lebih 50,000 pengunjung membanjiri tapak pameran seluas 50 hektar itu di sini sehingga pukul 1 tengah hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah tersebut belum termasuk jumlah pengunjung sebelah petang dan malam dan dijangka akan meningkat lebih tinggi lagi selepas majlis pelancaran MAHA 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok. "Kita menjangkakan lebih ramai pengunjung esok beserta ramai kenamaan yang pastinya tidak dapat menghabiskan lawatan di seluruh tapak pameran serta 2,500 gerai jualan dalam masa satu hari sahaja. "Walaupun lebih 7,000 tapak meletak kereta disediakan, mereka yang ingin mengunjungi MAHA 2010 dinasihatkan mendengar radio atau membaca maklumat di akhbar mengenai laluan di sini bagi mengelakkan kesesakan," katanya. Beliau berkata

7,000 bebola lumpur dilontar ke Pd

Image
7,000 bebola lumpur dilontar ke pantai PD TELUK KEMANG 26 Nov. - Kaedah bebola lumpur mikroorganisma efektif (EM) dalam usaha melestarikan keindahan alam sekitar masih kurang meluas penggunaannya untuk memulihara pantai peranginan Port Dickson di sini. Namun, kaedah tersebut dilihat cukup efektif dan murah memandangkan bebola lumpur mengandungi mikroorganisma yang sangat berkesan membersihkan air selain ia terdiri daripada bahan semula jadi. Menyedari hakikat tersebut, program Projek Revive-PD 2010 yang berlangsung dua hari bermula hari ini berusaha mengetengahkan kaedah tersebut dengan menjadikan aktiviti membaling bebola lumpur sebagai aktiviti utama program. Menurut pengarah projek, Raymund Gagarin dari syarikat Revival Production Sdn. Bhd., sebanyak 7,000 biji bebola lumpur dilontarkan peserta ke laut dalam program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di Dataran Seri Kemang, Batu 8 Jalan Pantai Port Dickson di sini. "Kaedah mel