Posts

Showing posts with the label INFO RENUNGAN

PLPP bantu OKU

Image
Pelajar PLPP Bangi, Mohd. Roysam Nizam (kanan) bersama tenaga pengajar, Ahmad Amar Abdullah (kiri) membaiki sebuah kerusi roda di bengkel baru-baru ini. DILAHIRKAN sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau kehilangan anggota badan akibat terlibat dalam kemalangan merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi itu, sudah pasti mengalami perasaan putus asa kerana kesukaran untuk bergerak dan tidak berupaya melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Namun, seiring dengan pembangunan teknologi telah banyak inovasi dicipta dalam usaha membantu golongan tersebut menjalani aktiviti harian sekali gus memudahkan mereka bergerak. Ini termasuk inovasi pada kerusi roda bagi memudahkan golongan tersebut terutama yang kehilangan anggota kaki melakukan aktiviti harian tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Melalui inovasi tersebut, keperitan hidup yang dilalui mereka dapat dikurangkan, apatah lagi keadaan yang dilal...

Words to Remember

Words to Remember Whatever you give a woman, she's going to multiply. If you give her sperm, she'll give you a baby. If you give her a house, she'll give you a home. If you give her groceries, she'll give you a meal. If you give her a smile, she'll give you her heart. She multiplies and enlarges what is given to her. So - if you give her any crap, you will receive a ton of shit. p/s:lol..

Berlumba untuk sihat

Image
Berlumba untuk sihat Antara aktiviti yang diadakan pada program Perlumbaan Ke Sasaran 2010. PADA masa ini, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi usia 30 tahun menghidap diabetes. Apa yang lebih mengejutkan, kelaziman berlakunya diabetes di Malaysia hampir dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), seiring dengan perkembangan kadar rakyat yang obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, sejumlah 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap diabetes. Pada peringkat global, kelaziman berlakunya diabetes juga sedang meningkat disebabkan beberapa faktor, seperti pertambahan bilangan penduduk, proses penuaan, urbanisasi, peningkatan golongan obesiti dan kekurangan gerak kerja jasmani. Malah, IDF meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, rantau Asia Tenggara akan mempunyai kadar kelaziman diabetes yang tertinggi. Setiausaha Agung Persatuan ...

Cipta vaksin HFMD tempatan

Cipta vaksin HFMD tempatan Sentinext Therapeutics Sdn. Bhd. sedang mencipta sejenis vaksin untuk virus EV71 yang menyebabkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), iaitu virus yang biasanya menyerang kanak-kanak dan bayi. Virus HFMD itu boleh menyebabkan kanak-kanak yang diserang mengalami ulser melecet dalam mulut selain daripada keradangan kulit. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD kerana jangkitan EV71 mengalami risiko lebih tinggi menghidap penyakit neurologi teruk yang boleh menyebabkan kematian. "Di Amerika dan Eropah, HFMD tidaklah begitu ketara tetapi jangkitan di Asia semenjak tahun 1997 adalah berlainan. Sesetengah kes jangkitan EV71 mengakibatkkan kematian. ''(Oleh itu) perlu ada cara efektif bagi mengenali serta bertindak balas terhadap virus ini,'' kata Zarifah Hussain Reed , Penolong Pengarah Penyelidikan Klinikal di Pusat Serantau Intervensi Penyakit Menular, Singapura. Vaksin terhadap virus EV71 adalah antara usaha Sentinext's menc...

Estrogen punca lelaki gemuk

Image
Estrogen punca lelaki gemuk SAYA tidak menyangka bertemu dengan sahabat lama, Zack. Semasa sama menuntut di universiti dia merupakan seorang pemuda yang kacak dan diminati ramai. Saya terkejut melihat penampilan Zack yang sungguh merosot. Tubuhnya gemuk, berlemak dan perutnya buncit. Wajah Zack juga kelihatan bengkak dan bawah mata terdapat banyak lemak yang menjadikan dia tampak lebih berusia. Meskipun begitu Zack tatap seorang lelaki budiman dan berhemah tinggi. Menurut Zack dia mengidap masalah kencing manis dan tahap kolesterolnya meningkat. Isteri Zack sempat berbisik kepada saya bahawa suaminya sangat emosional dan tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun tidak berkesan. Dia ingin tahu jika ada kaedah anti penuaan boleh membantu memulihkan keadaan suaminya. Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus sihat menikmati kehidupan yang penuh warna-warni. Sebaliknya dia kelihatan keletihan dan tid...

Lindungi anak daripada PnD

Lindungi anak daripada PnD KEHADIRAN anak sememangnya ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Anak bukan sahaja bertindak sebagai penyeri rumah tangga tetapi permata yang menambah sinaran kebahagiaan rumah tangga. Begitupun, kegembiraan menyambut 'ahli baru' dalam keluarga boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa akibat kurang pengetahuan asas mengenai penjagaan dan keperluan kesihatan bayi khususnya di peringkat tahun pertama kelahiran. Ini termasuk perkara-perkara yang sering dianggap mudah seperti rutin rawatan di klinik bagi mendapatkan suntikan vaksin. Pakar Perunding Pediatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zulkifli Ismail berkata, ramai kurang prihatin terhadap masalah penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. ''Seharusnya perkara ini di pandang serius kerana kira-kira dua juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati setiap tahun akibat penyakit berjangkit. "Antara penyakit berjangkit dan kemati...

Panduan ringkas tentang - taugeh

Image
Panduan ringkas tentang taugeh TENTU ramai masih ingat penemuan tentang taugeh mampu membantu meningkatkan kesuburan wanita dan merangsang peluang untuk hamil. Bagi kebanyakan kita, taugeh hanyalah sayuran biasa yang dihidangkan dengan pelbagai cara. Taugeh juga merupakan antara bahan penting dalam penyediaan mee, soto dan juga kerabu. Biar pun tidak sebaris dengan sayur-sayuran ‘mewah’ seperti brokoli atau asparagus, namun dari segi khasiat serta zatnya, taugeh ternyata mempunyai kelasnya yang tersendiri. Kandungan proteinnya tinggi, manakala rendah lemak, tiada kolesterol, sodium yang sederhana menjadikan taugeh sayuran yang semestinya dinikmati. Apatah lagi taugeh juga kaya dengan vitamin B, folate, vitamin C, zat besi serta potasium. Oleh kerana kekacang yang mengandungi kanji serta gula yang tinggi menghasilkan pucuk hijau yang dikenali sebagai taugeh maka sayuran itu menawarkan karbohidrat yang rendah berbanding kacang yang menjadi punca tanaman tersebut. Ia juga...

Bersedia Menghadapi Musim Banjir

Menghadapi musim banjir HUJAN lebat dan berpanjangan yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri seperti Kedah dan Perlis ternyata memberi impak yang besar kepada penduduknya. Selain kerugian harta benda, penduduk di kawasan yang terlibat atau berisiko akan banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memelihara kesihatan dan mengelakkan kecederaan semasa banjir . Begitu juga penyakit berjangkit seperti kencing tikus dan campak, orang ramai perlu bersedia berhadapan dengan kes ringan seperti batuk, selesema, demam dan jangkitan penyakit kulit. Justeru itu, mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit berkenaan perlu mendapatkan rawatan segera. Ibu hamil dan pesakit Bagi ibu hamil yang hampir bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai. Adalah lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir , sama ada di rumah saudara, hotel d...

lelaki habis kan setahun melihat wanita?

Image
huh? betul ke lelaki suka habis kan masa dengan lihat wanita? Men spend almost a year of their lives ogling women The average man will spend almost 43 minutes a day staring at 10 different women. That adds up to 259 hours – almost 11 days – each year, making a total 11 months and 11 days between the ages of 18 and 50. But researchers found that the males of the species are not the only ones admiring the opposite sex as women sneak a peek at six men for just over 20 minutes a day, on average. That adds up to almost six months spent admiring men from afar between the ages of 18 and 50.

Iklan berhenti merokok

Image
Tobacco advertising is the advertising of tobacco products or use (typically cigarette smoking) by the tobacco industry through a variety of media including sponsorship, particularly of sporting events. It is now one of the most highly regulated forms of marketing. Some or all forms of tobacco advertising are banned in many countries. On the other side we have , anti-tobacco ads that are the response to the moves of tobacco industry’s marketing campaigns. Anti-tobacco advertisements generate fear or sadness by showing the diseases caused by smoking are more effective in reaching youth, compared to ads that are funny and entertaining or focus on what is or isn’t cool. These ads are very creative, attract attentions and won’t leave you untouched. A fantastic way to do a noble deed of preventing people from destroying their health and the health of others. Check out the best of anti-tobacco advertisements tha...

40 Masjid tercantik diseluruh dunia

Image
Khana Kaba The beauty of a Mosque’s architecture is often breathtaking. Here are some pictures of most beautiful mosques around the world. 40 Photo Prophet Mohammed (PBUH) Mosque photo by Jamalaly Beautiful mosque in Borneo photo by Samer Grand Mosque Bahrain Photo by Faisal Saeed photo by Tylerdurden1 photo by M.Rizwan Rafique photo by Featuredstar Putrajaya Mosque photo by Innusa Grand Mosque Al-Mashun photo by Hophoptuing Beautiful Brunei Mosque photo by Al-HakiZah@Hakim A.R photo by Shaharban photo by Melissa Maples photo by Sarawak State Mosqu Beautiful Mosque In Brunei Photo By Asifpk Photo by Asifpk Blue Mosque photo by Philip Perfect