bagi peminat pementasan drama theater malaysia.." Kisahnya mencetus rusuhan di Tanah Melayu sehingga mengakibatkan kematian. Pernah dilabel sebagai pesakit jiwa apabila cuba membunuh suami keduanya, kehidupan Maria Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, diseliputi kesengsaraan selepas dibawa pulang ke Belanda dan dimurtadkan. Memang tragis namun takdir tuhan, siapalah yang dapat menentang. Kita hanya dapat berkongsi keperitan yang dilalui namun bebannya tetap ditanggung empunya badan. Natrah kini dibawakan sekali lagi di Istana Budaya atas permintaan ramai. Menampilkan pelakon handalan bagi menjayakannya, pengarah Natrah , Eirma Fatimah yakin kehebatan teater ini akan lebih terserlah dan lebih baik berbanding sebelumnya. "Saya sengaja menjemput muka baru untuk tampil dalam Natrah seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Liyana Jasmay dan Ziela Jalil sebab saya yakin dengan bakat mereka. Namun watak Maya dan Remy masih kekal. "Memang ramai pelakon ha...