AF ADIRA - Tidak lagi mencari cinta
PENGALAMAN cinta lalu banyak mengajar Adira untuk berhenti mencari cinta.PENGALAMAN MENGEKORI kembali perjalanan seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan sarat dengan sensasi. Mengakui dia juga masih mencuba, Bintang Akademi Fantasia ini nampaknya tidak menolak untuk mengatakan deretan kontroversi yang menghurungi dirinya sebelum ini menyebabkan dia seakan lali dengan dunia hiburan yang penuh dengan kejutan ini. Tidak pernah berharap keajaiban akan berlaku, Adira percaya hanya dengan usaha keras dia mampu mencapai impian untuk bergelar seorang penghibur yang disegani kelak. Masih terumbang ambing dengan transisi dunia remajanya kini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, memberitahu dia tidak lagi mahu mencari cinta.