KAJIAN Tempoyak punya probiotik
Noorhisham menunjukkan Tempoyak yang menjadi subjek kajiannya di UKM Bangi. SEBUT saja tempoyak tentu saja terbayang bahan berwarna kekuningan berbau masam hasil penapaian durian. Durian yang rasanya manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghidap penyakit kronik. Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan penyelidikan mengenai makanan tradisi ini. Melihat kepada makanan tradisional di negara luar seperti kimchi di Korea dan nato di Jepun mendapat perhatian penyelidik di sana. Malah kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Anak kelahiran Ipoh, Perak yang terkenal dengan durian dan tempoyak ini amat teruja menjalankan kajian mengenai makanan tradisi kampungnya. Tambahan beliau sering terbayang keen...