Posts

Showing posts with the label Info Agroculture

Belajar tentang sejarah penanam padi

. *SEJARAH PENANAMAN PADI DI SEMENANJUNG MALAYSIA* Kegiatan penanaman padi di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung Malaysia dikarakteristikkan sebagai elemen ekonomi tradisional berbanding dengan sektor-sektor lain yang lebih dinamik dan komersil. Tradisional di sini bermaksud 1. padi ditanam sekali setahun; 2. wujud pengasingan jantina – kaum lelaki membajak tanah manakala kaum wanita menanam dan menuai padi; 3. menggunakan alatan dan kaedah yang antik. Kegiatan menanam padi juga mewujudkan kepelbagaian adat mengikut tempat. Adat-adat setempat ini wujud kerana beberapa faktor; 1. keadaan tanah; 2. keadaan cuaca dan hujan; 3. topografi; dan 4. keadaan infrastruktur pengairan. Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke 10 di Sungai Muda dan Sungai Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Cara dan kaedah pertanian di kawasan-kawasan ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh Thai. Kemudian, penanaman padi dipraktikkan d

Red 1 bantu kurangkan kos operasi nelayan

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat Red 1 di Pekan Pahang. KESUSAHAN hidup yang dilalui oleh Ridzuan Hashim menjadikannya tabah dan sering berfikir mencari sesuatu yang baru bagi mengubah nasib. Dengan taraf pendidikan setakat darjah enam, Ridzuan akur dia tidak boleh berangan menjadi pegawai atau usahawan sekelip mata, melainkan dengan usaha yang luar yang lebih berbanding orang lain. Itulah yang dilakukannya. Dia mula dikenali dengan kejayaan mencipta Red 1, sebuah inovasi alat kemudi enjin bot bagi kemudahan nelayan pesisir pantai Dia mempunyai sebab untuk mencipta alat tersebut memandangkan antara kerjayanya sebelum ini untuk mencari sesuap nasi ialah menjadi nelayan.

Ternak lobster

Image
SAIZ anak udang karang yang mula diternak. UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Kebiasaannya hidupan laut tersebut diperoleh daripada habitat liarnya. Namun, akibat tekstur isinya yang sedap dan hidangannya menjadi simbol kekayaan seseorang menjadikan permintaan terhadapnya meningkat saban tahun. Oleh itu, bilangan udang karang di habitat liarnya dikatakan semakin merosot apabila jumlah tangkapan yang diperoleh oleh nelayan saban hari semakin berkurangan. Menyedari fenomena tersebut, seorang penternak hidupan laut di Semporna, Sabah, Shamsudin Pua memulakan penternakan udang karang bagi menampung permintaan yang semakin tinggi. Ujarnya, pendekatan tersebut diambil berikutan kesukaran nelayan untuk memperolehi tangkapan udang karang yang memuaskan kini. Tambahnya lagi, idea untuk menternak udang karang itu juga timbul daripada minat yang mendalam terhadap hidupan laut tersebut.

Nilai sisa sawit

Image
Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan. Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah. Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi. Jelasnya, industri sawit menjad

Khasiat jambu batu

Image
                                            Serbuk serat daripada bahan buangan jambu batu yang boleh dimanfaatkan sebagai makanan. PROGRAM pengambilan makanan sihat semakin menjadi trend kerana orang ramai semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan. Menerusi pengambilan makanan seimbang, dengan khasiat yang mencukupi, pengguna yakin kesihatan mereka lebih terjamin. Tetapi berapa ramai yang tahu apa kandungan makanan berkenaan? Kebanyakan mereka hanya tahu tentang vitamin, mineral dan sebagainya tetapi perkataan antioksidan agak asing dan masih baharu. Pengambilan makanan semula jadi meningkatkan pengambilan antioksidan yang sangat perlu kepada tubuh kita. Satu daripada sumber antioksidan yang peting ialah buah-buahan tempatan termasuk jambu batu. Sebab itu jambu batu kini turut dikomersialkan dengan dijadikan produk minuman. Namun, produk sampingan yang tidak dimanfaatkan daripada jambu batu ialah sumber seratnya.

Pemuliharaan pokok nadir

Image
Buah ciku (Manikara achras). JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang. Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui. Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak. Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan. Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan. Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Vitato ganti gandum

Image
Jejari ubi VitAto memiliki rasa yang lebih enak dan manis secara semulajadi berbanding jejari kentang yang sedia ada di pasaran. HANYA terdapat di sebelah pantai timur negara, ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara. Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan. “Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi. “Malah, kejayaan menghasilkan produk tersebut adalah dorongan daripada lambakan bahan mentah (ubi keledek VitAto) yang mudah diperoleh di sekitar Besut, Terengganu," katanya ketika di temui di pusat inkubator tersebut baru-baru ini

Menerajui sektor pertanian Kedah

Image
Keluasan ladang betik di bawak projek PMBKed yang terdapat di Kedah. DI kurniakan dengan kawasan tanah yang menghijau dan subur menjadikan Malaysia merupakan negara yang amat bertuah. Rata-rata, rakyat negara ini amat bertuah kerana jika rajin berusaha apa sahaja kerja yang dilakukan pasti membuahkan hasil. Bidang pertanian merupakan antara asas yang membina ekonomi negara sejak awal kemerdekaan lagi. Malaysia terkenal dengan sektor perladangan getah suatu ketika dahulu dan kini dikenali pula dengan perladangan kelapa sawit. Malah, negara telah dinobatkan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia walaupun tanaman tersebut bukanlah merupakan spesies asal terdapat di negara ini. Pengurusan serta polisi kerajaan yang mementingkan sektor pertanian sejak dari dulu lagi kini telah mula membuahkan hasilnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Kedah menerusi Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) turut melaksanakan pelbagai projek dalam sektor pertanian bagi meny

KBioCorp majukan bidang pembaikbakaan

Image
Anak benih hasil kultur tisu disusun pada rak yang disediakan bagi memudahkan proses dokumentasi. DITUBUHKAN sejak tahun 2006 dengan menawarkan kepakaran di dalam bidang fitokimia ( phytochemistry ) bagi produk berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, KBioCorps kini mampu berbangga dengan produk keluarannya. Lebih dikenali sebagai Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd., KBioCorps merupakan subsidiari Kulim Technology Park Corporation Sdn. bhd. (KTPC) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kelengkapan untuk kegunaan pihak industri. Terletak di Techno Centre of Kulim Hi-Tech Park , kedudukan KBioCorp sememangnya strategik kerana kawasan tersebut merupakan kawasan khas yang dibangunkan untuk industri teknologi tinggi dan juga penyelidikan dan pengembangan (R&D). Sektor industri yang terlibat adalah seperti sains tumbuhan dan kultur tisu, kilang percubaan pemprosesan produk herba, latihan serta perkhidmatan konsultan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KBi

Teknologi GM

Image
Tanaman yang menggunakan teknologi GM bukan sahaja meningkatkan hasil malah khasiat pemakanan, rasa, kualiti dan daya tahan terhadap penyakit dapat diperkasakan. SEPERTI rakan sejawatan mereka di negara maju, penyelidik tempatan percaya Teknologi pengubahsuaian genetik (GM) mampu meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia pada masa akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan hasil dan khasiat pemakanan, tetapi juga menambah baik rasa serta kualiti dan memperkasa daya tahan terhadap penyakit serta musuh, yang sekali gus dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun herba. Malaysia melakar kejayaan besar dalam tanaman GM apabila tanaman pengubahsuaian genetik pertamanya akan menghijaukan kebun atau ladang di negara ini dalam tempoh enam hingga lapan tahun akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran melalui penggunaan kadar sumber yang lebih rendah, tetapi juga dapat mengatasi pelbagai isu berkaitan khasiat pe

Nilai sisa sawit

Image
Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan. Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah. Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi. Jelasnya, industri sawit menjadi fo

Insentif RM500 kepada pekebun kecil

Image
Sebahagian warga RISDA yang menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga RISDA Zon Utara di RTC Gopeng, Perak, semalam turut menyatakan kecintaan mereka kepada RISDA. GOPENG 5 Mac - Kerajaan sekali lagi membuktikan keprihatinan membela nasib golongan pekebun kecil apabila mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 sebulan selama empat tahun kepada setiap pekebun yang mengusahakan tanah yang luasnya tidak melebihi 2.4 hektar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan insentif itu berkata, buat permulaan, kira-kira 1,000 pekebun kecil getah yang layak di seluruh negara sudah dikenal pasti untuk menerima imbuhan tersebut.

FAMA sasar jualan RM1.5b tahun ini

Image
Badruddin Amiruldin (depan, tengah) beramah mesra dengan penerima cek Program Kukuh FAMA di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. BUKIT MERTAJAM 7 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan sebanyak RM1.5 bilion melalui hasil jualan di pasar tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) sepanjang tahun ini. Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sasaran itu realistik dengan perkembangan tiga cabang perniagaan utama itu yang menjana pendapatan lumayan kepada usahawan FAMA di seluruh negara. Selain itu, menurutnya, menjelang 2014 juga pihaknya merancang membuka 1,000 buah pasar tani, 1,000 buah GBBS, 1,000 buah AKR serta 1,000 usahawan bermotosikal di seluruh negara bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Healen

Image
BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan. Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba,  Healen  merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Kajian yang dilakukan dalam penghasilan  Healen  mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai  biophenolic oitment  mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia. Menurut penyelidik Institut Biosains (IBS),

Tebu telur untuk air

Image
Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik. ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda. Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi  Hamizar Ramli , 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982. Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008. Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya. ''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

Itik penelur

Image
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas. Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur. ''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Image
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini. Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan. Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya. Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Ancaman siput gondang emas

Image
Seorang petani menunjukkan telur siput gondang emas kepada Dr. Ahmad Ismail (kanan) baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Ismail, serangan siput gondang emas memberi kesan secara langsung kepada petani. Hal demikian kerana petani terpaksa menanggung beban upah, racun, benih, membajak semula sawah dan baja bagi melaksanakan proses menanam semula padi yang telah musnah. "Kos yang ditanggung kadang-kala mencecah RM500 hingga RM 1000 bagi satu petak sawah. "Subsidi kerajaan yang diperoleh didapati tidak mencukupi untuk menanggung kos kerosakan akibat serangan siput gondang emas," ujarnya. Menurut Dr. Ahmad, kos mengusahakan sawah padi kini tidak menentu bergantung kepada keadaan musim. "Jika tiba musim hujan, kos pengurusan air akan meningkat di samping serangan siput yang begitu banyak di dalam sawah," katanya. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh penyelidik

Ladang Anggur Silverlake

Image
Sebuah ladang anggur di Silverlake berlatarbelakangkan bukit. MENJEJAKKAN kaki ke ladang anggur seluas 500 ekar ini, bagaikan berada di sebuah taman fantasi ala Belanda. Ia begitu mendamaikan. Bukan sahaja bau harum bunga-bungaan menggoda jiwa dan perasaan tetapi kehijauan alam semula jadi di sekitar Silverlake membuatkan hati benar-benar terpaut. Buat seketika, lupakan sebentar cuaca panas di Thailand yang mencecah sehingga 42 darjah Celcius. Ini kerana suasana romantis yang menyerap di segenap sudut ladang anggur ini, dapat dirasai. Silverlake menjadi sebuah taman anggur yang begitu indah sekali hingga menjadi tarikan utama pelancong di Pattaya. Menariknya, jika dilihat di sekeliling ladang anggur ini, ia bagaikan satu taman tema yang diwujudkan khusus untuk penggambaran filem. Ini tidak mustahil kerana Silverlake dibuka atas inisiatif seorang pelakon ternama negara gajah putih itu, Supansa Nuangphirom, yang cukup gah sekitar tahun 1980-an. Bahkan, ladang anggur

Belalai gajah

Image
ambar SHAHJEHAN MD AMIN Daun belalai gajah yang dipetik dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk. SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010. Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja. Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini. Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan