Posts

Showing posts with the label info AGROBIZ

Belajar tentang sejarah penanam padi

. *SEJARAH PENANAMAN PADI DI SEMENANJUNG MALAYSIA* Kegiatan penanaman padi di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung Malaysia dikarakteristikkan sebagai elemen ekonomi tradisional berbanding dengan sektor-sektor lain yang lebih dinamik dan komersil. Tradisional di sini bermaksud 1. padi ditanam sekali setahun; 2. wujud pengasingan jantina – kaum lelaki membajak tanah manakala kaum wanita menanam dan menuai padi; 3. menggunakan alatan dan kaedah yang antik. Kegiatan menanam padi juga mewujudkan kepelbagaian adat mengikut tempat. Adat-adat setempat ini wujud kerana beberapa faktor; 1. keadaan tanah; 2. keadaan cuaca dan hujan; 3. topografi; dan 4. keadaan infrastruktur pengairan. Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke 10 di Sungai Muda dan Sungai Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Cara dan kaedah pertanian di kawasan-kawasan ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh Thai. Kemudian, penanaman padi dipraktik...

Harga Kayu Gaharu RM130,000/kg

Image
Norchahaya Hashim (kiri) bersama kakitangannya meninjau ruang pameran kayu gaharu d Kuala Terengganu, semalam.  KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Nilai gaharu gred A di pasaran yang kini mencecah RM130,000 sekilogram berbanding sekitar RM20,000 hingga RM25,000 sekilogram sebelum ini memberikan rangsangan baharu kepada perkembangan perladangan pokok karas. Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Norchahaya Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tersebut kerana bekalan yang semakin sukar diperoleh selain pokok yang bermutu tinggi semakin terbatas di negara ini terutama di Pantai Timur dan Indonesia. Dalam masa sama, beliau memberitahu, Malaysia menyasarkan pengeksportan kayu gaharu ke Asia Barat dalam tempoh lima tahun lagi bagi menembusi pasaran yang lebih luas. “Pokok yang turut dikenali sebagai pokok debu di sini akan diproses dan dikomersialkan oleh negara-negara pengimport untuk dijadikan minyak wangi manakala daun dan batangnya b...

Red 1 bantu kurangkan kos operasi nelayan

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat Red 1 di Pekan Pahang. KESUSAHAN hidup yang dilalui oleh Ridzuan Hashim menjadikannya tabah dan sering berfikir mencari sesuatu yang baru bagi mengubah nasib. Dengan taraf pendidikan setakat darjah enam, Ridzuan akur dia tidak boleh berangan menjadi pegawai atau usahawan sekelip mata, melainkan dengan usaha yang luar yang lebih berbanding orang lain. Itulah yang dilakukannya. Dia mula dikenali dengan kejayaan mencipta Red 1, sebuah inovasi alat kemudi enjin bot bagi kemudahan nelayan pesisir pantai Dia mempunyai sebab untuk mencipta alat tersebut memandangkan antara kerjayanya sebelum ini untuk mencari sesuap nasi ialah menjadi nelayan.

KAJIAN Tempoyak punya probiotik

Image
Noorhisham menunjukkan Tempoyak yang menjadi subjek kajiannya di UKM Bangi. SEBUT saja tempoyak tentu saja terbayang bahan berwarna kekuningan berbau masam hasil penapaian durian. Durian yang rasanya manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghidap penyakit kronik. Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan penyelidikan mengenai makanan tradisi ini. Melihat kepada makanan tradisional di negara luar seperti kimchi di Korea dan nato di Jepun mendapat perhatian penyelidik di sana. Malah kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Anak kelahiran Ipoh, Perak yang terkenal dengan durian dan tempoyak ini amat teruja menjalankan kajian mengenai makanan tradisi kampungnya. Tambahan beliau sering terbayang keen...

Ternak lobster

Image
SAIZ anak udang karang yang mula diternak. UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Kebiasaannya hidupan laut tersebut diperoleh daripada habitat liarnya. Namun, akibat tekstur isinya yang sedap dan hidangannya menjadi simbol kekayaan seseorang menjadikan permintaan terhadapnya meningkat saban tahun. Oleh itu, bilangan udang karang di habitat liarnya dikatakan semakin merosot apabila jumlah tangkapan yang diperoleh oleh nelayan saban hari semakin berkurangan. Menyedari fenomena tersebut, seorang penternak hidupan laut di Semporna, Sabah, Shamsudin Pua memulakan penternakan udang karang bagi menampung permintaan yang semakin tinggi. Ujarnya, pendekatan tersebut diambil berikutan kesukaran nelayan untuk memperolehi tangkapan udang karang yang memuaskan kini. Tambahnya lagi, idea untuk menternak udang karang itu juga timbul daripada minat yang mendalam terhadap hidupan laut tersebut.

Nilai sisa sawit

Image
Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan. Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah. Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi. Jelasnya, industri sawit menjad...

Khasiat jambu batu

Image
                                            Serbuk serat daripada bahan buangan jambu batu yang boleh dimanfaatkan sebagai makanan. PROGRAM pengambilan makanan sihat semakin menjadi trend kerana orang ramai semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan. Menerusi pengambilan makanan seimbang, dengan khasiat yang mencukupi, pengguna yakin kesihatan mereka lebih terjamin. Tetapi berapa ramai yang tahu apa kandungan makanan berkenaan? Kebanyakan mereka hanya tahu tentang vitamin, mineral dan sebagainya tetapi perkataan antioksidan agak asing dan masih baharu. Pengambilan makanan semula jadi meningkatkan pengambilan antioksidan yang sangat perlu kepada tubuh kita. Satu daripada sumber antioksidan yang peting ialah buah-buahan tempatan termasuk jambu batu. Sebab itu jambu batu kini turut dikomersialkan dengan dijadikan p...

Pemuliharaan pokok nadir

Image
Buah ciku (Manikara achras). JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang. Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui. Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak. Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan. Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan. Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ...

Vitato ganti gandum

Image
Jejari ubi VitAto memiliki rasa yang lebih enak dan manis secara semulajadi berbanding jejari kentang yang sedia ada di pasaran. HANYA terdapat di sebelah pantai timur negara, ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara. Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan. “Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi. “Malah, kejayaan menghasilkan produk tersebut adalah dorongan daripada lambakan bahan mentah (ubi keledek VitAto) yang mudah diperoleh di sekitar Besut, Terengganu," katanya ketika di temui di pusat inkubator tersebut baru-baru ini...

Menerajui sektor pertanian Kedah

Image
Keluasan ladang betik di bawak projek PMBKed yang terdapat di Kedah. DI kurniakan dengan kawasan tanah yang menghijau dan subur menjadikan Malaysia merupakan negara yang amat bertuah. Rata-rata, rakyat negara ini amat bertuah kerana jika rajin berusaha apa sahaja kerja yang dilakukan pasti membuahkan hasil. Bidang pertanian merupakan antara asas yang membina ekonomi negara sejak awal kemerdekaan lagi. Malaysia terkenal dengan sektor perladangan getah suatu ketika dahulu dan kini dikenali pula dengan perladangan kelapa sawit. Malah, negara telah dinobatkan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia walaupun tanaman tersebut bukanlah merupakan spesies asal terdapat di negara ini. Pengurusan serta polisi kerajaan yang mementingkan sektor pertanian sejak dari dulu lagi kini telah mula membuahkan hasilnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Kedah menerusi Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) turut melaksanakan pelbagai projek dalam sektor pertanian bagi meny...

KBioCorp majukan bidang pembaikbakaan

Image
Anak benih hasil kultur tisu disusun pada rak yang disediakan bagi memudahkan proses dokumentasi. DITUBUHKAN sejak tahun 2006 dengan menawarkan kepakaran di dalam bidang fitokimia ( phytochemistry ) bagi produk berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, KBioCorps kini mampu berbangga dengan produk keluarannya. Lebih dikenali sebagai Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd., KBioCorps merupakan subsidiari Kulim Technology Park Corporation Sdn. bhd. (KTPC) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kelengkapan untuk kegunaan pihak industri. Terletak di Techno Centre of Kulim Hi-Tech Park , kedudukan KBioCorp sememangnya strategik kerana kawasan tersebut merupakan kawasan khas yang dibangunkan untuk industri teknologi tinggi dan juga penyelidikan dan pengembangan (R&D). Sektor industri yang terlibat adalah seperti sains tumbuhan dan kultur tisu, kilang percubaan pemprosesan produk herba, latihan serta perkhidmatan konsultan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KBi...

Teknologi GM

Image
Tanaman yang menggunakan teknologi GM bukan sahaja meningkatkan hasil malah khasiat pemakanan, rasa, kualiti dan daya tahan terhadap penyakit dapat diperkasakan. SEPERTI rakan sejawatan mereka di negara maju, penyelidik tempatan percaya Teknologi pengubahsuaian genetik (GM) mampu meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia pada masa akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan hasil dan khasiat pemakanan, tetapi juga menambah baik rasa serta kualiti dan memperkasa daya tahan terhadap penyakit serta musuh, yang sekali gus dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun herba. Malaysia melakar kejayaan besar dalam tanaman GM apabila tanaman pengubahsuaian genetik pertamanya akan menghijaukan kebun atau ladang di negara ini dalam tempoh enam hingga lapan tahun akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran melalui penggunaan kadar sumber yang lebih rendah, tetapi juga dapat mengatasi pelbagai isu berkaitan khasiat pe...

Nilai sisa sawit

Image
Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan. Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah. Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi. Jelasnya, industri sawit menjadi fo...

Insentif RM500 kepada pekebun kecil

Image
Sebahagian warga RISDA yang menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga RISDA Zon Utara di RTC Gopeng, Perak, semalam turut menyatakan kecintaan mereka kepada RISDA. GOPENG 5 Mac - Kerajaan sekali lagi membuktikan keprihatinan membela nasib golongan pekebun kecil apabila mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 sebulan selama empat tahun kepada setiap pekebun yang mengusahakan tanah yang luasnya tidak melebihi 2.4 hektar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan insentif itu berkata, buat permulaan, kira-kira 1,000 pekebun kecil getah yang layak di seluruh negara sudah dikenal pasti untuk menerima imbuhan tersebut.

Healen

Image
BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan. Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba,  Healen  merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Kajian yang dilakukan dalam penghasilan  Healen  mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai  biophenolic oitment  mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia. Menurut penyeli...

Tebu telur untuk air

Image
Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik. ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda. Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi  Hamizar Ramli , 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982. Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008. Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya. ''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

Itik penelur

Image
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas. Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur. ''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.