Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
LAHAD DATU 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain... di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu. "Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila m...