Posts

Showing posts with the label INFO KECANTIKAN

Pencarian Citra Wanita

Image
Kehangatan Pencarian Citra Wanita Pencarian Citra Wanita yang berakhir pada 27 November lalu membuka lebaran baru kepada sepuluh finalis yang dipilih. Bukan sekadar menampilkan wanita cantik, pengisian yang berbentuk soal-jawab daripada juri ternyata menguji minda. Gurau senda yang tidak dapat dilupakan para finalis. Pencarian itu bertujuan menampilkan wanita bekerjaya dan berketerampilan yang kemudiannya dinobatkan sebagai contoh golongan wanita masa kini. Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes-Mingguan Malaysia dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mencari bakat baru. Sementara menunggu giliran disolek oleh jurusolek Shu Uemura, finalis didandan oleh staf Redken. Para finalis terdiri daripada Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani, 29, Siti Raihana Mohd Noor, 24, Fadzilah Ahmad Marzuki, 28 dan Che Amelia Aliana Che Harun, 24 ternyata mempunyai karisma dan perwatakan menarik. Tidak ketinggalan Norsyarehan Ahmad Razali, 23, Norafzan Abdul Rahman, 28, Siti ...

LANCOME - Teint Miracle serlahkan wajah

Image
Teint Miracle serlahkan wajah JURUSOLEK Lancome ketika menyapukan Teint Miracle kepada seorang model. LANCOME Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan bedak asas cecair baru Teint Miracle menerusi kajian selama 10 tahun. Ia merupakan bedak asas cecair pertamanya yang menyerlahkan kesempurnaan kulit dengan teknologi terkininya Aura-Inside. Iaitu satu penemuan besar dalam teknologi kosmetik untuk menghasilkan wajah berseri dari semua sudut. Program yang diadakan di Sogo, Kuala Lumpur bersempena acara bersama pelanggan menyaksikan Artis Lancome Color Design, Mell, menunjukkan cara penggunaan bedak asas cecair miracle pada penyanyi Jazz, Atilia. Pengurus Jenama Lancome Malaysia, Elida Wong berkata, bedak asas cecair baru Teint Miracle menandakan era baru untuk kosmetik. ''Teint Miracle menggunakan teknologi Aura-Inside, yang merupakan penghasilan cahaya semula jadi yang digabungkan dengan pigmen generasi baru diilhamkan oleh kajian optik yang digunakan untuk biolog...