Posts

Showing posts with the label artis malaysia

Erra belum sedia dedah lelaki di hati

Image
Pelakon Erra Fazira sudah berpunya tapi dia belum sedia mendedahkan nama lelaki yang sedang rapat dengannya. Erra mengaku sekarang sedang mengenali seorang lelaki bujang sekali gus menafikan gosip yang mengaitkan namanya dengan VIP. “Saya terpaksa membuat pengakuan yang saya kini sedang rapat dengan seorang teman sebab mahu menutup gosip. ” Saya memang tak mencari VIP, saya tak keluar rumah macam mana nak jumpa VIP. Saya pun tak cari VIP sebaliknya bergantung kepada kesesuaian hati saya,” kata Erra. Erra mendedahkan demikian semasa ditemui pada majlis santai bersama pelakon teater Takhta Tiga Ratu di Kuala Lumpur hari ini. Erra kelihatan ceria walaupun diaju soalan peribadi khusus untuk mengorek rahsia siapakah lelaki yang dimaksudkan. “Bila ada gosip yang mengaitkan nama saya dengan nama nama lain, pasti pihak sana tertanya tanya sebab itu saya kena bercakap menafikannya. ” Saya tak kisah berkawan dengan orang biasa atau kalangan artis...

Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang

Image
Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang Berhubung kontroversi pelakon Hanez Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak terkejut dengan berita tersebut.  Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen negatif. Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.  “Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.  “Hari keesokan untuk penggambaran telefilem terse...

Reen Rahim

Image
Reen Rahim Reen Rahim

Heliza Helmi Akui Diri Masih Single?

Image
Kenyataan ini dibuat melalui portal  mStar  semalam kerana mahu menjelaskan bahawasanya dirinya sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk mencari kekasih hati. "Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. "Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya  Mengenai perkembangan terbaru, Heliza dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini sebagai ajk pelaksana dalam festival berkenaan yang turut disertai oleh rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross . Related Posts :artis malaysia, gossip artis,

Kemenangan satu bonus

Image
ADA sebab Kosmo! menggabungkan tiga figura bersuara hebat iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Hazama. Ketiga-tiga mereka merupakan antara calon 'panas' majlis Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang bakal berlangsung pada Sabtu, 24 November ini. Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, telah berjaya menerima lima pencalonan, malah Jaclyn juga mewakili dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. Sebaliknya bagi Hazama dan Shila Amzah pencalonan mereka dalam AIM kali ini adalah buat julung-julung kalinya. Hazama pertama kali dicalonkan dalam Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) manakala Shila pula buat pertama kalinya lagu ciptaannya iaitu Patah Seribu dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik. Jaclyn harap pada vokal Ini bukan pertama kali Jaclyn atau Jac menerima pe...

AF ADIRA - Tidak lagi mencari cinta

Image
PENGALAMAN cinta lalu banyak mengajar Adira untuk berhenti mencari cinta.PENGALAMAN MENGEKORI kembali perjalanan seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan sarat dengan sensasi. Mengakui dia juga masih mencuba, Bintang Akademi Fantasia ini nampaknya tidak menolak untuk mengatakan deretan kontroversi yang menghurungi dirinya sebelum ini menyebabkan dia seakan lali dengan dunia hiburan yang penuh dengan kejutan ini. Tidak pernah berharap keajaiban akan berlaku, Adira percaya hanya dengan usaha keras dia mampu mencapai impian untuk bergelar seorang penghibur yang disegani kelak. Masih terumbang ambing dengan transisi dunia remajanya kini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, memberitahu dia tidak lagi mahu mencari cinta.

Kasihan Ning

Image
http://www.prism.org.my/ KASIHAN dia, orang lain pergi ke majlis penyampaian royalti anjuran Prism Sdn. Bhd., pulang dengan wajah ceria, Ning Baizura pula hanya menggigit jari. Ning yang ditemui di Restoran Seri Melayu, di ibu negara Rabu lalu berkata, apa yang berlaku adalah satu pengajaran untuk dirinya yang sudah 19 tahun bergelar anak seni. “Sampai tadi saya pergi ke meja pendaftaran dan bertanya tentang royalti. Sungguh mengejutkan, apabila diberitahu yang saya tidak berdaftar. “Bayangkan saya sudah ada 12 buah album rakaman, kiralah berapa banyak lagu yang telah saya dendangkan dan dari setiap lagu itu sudah berapa banyak yang saya boleh dapat. “Tapi bila saya tanya, mereka kata lagu-lagu saya tidak pernah didaftar. Tahun ini baru daftar," kata Ning terus terang. Jelas Ning, dia memang sedih tapi mungkin salah sendiri sebab selama ini dia hanya berharapkan kepada pihak pengurusan mengendalikan semua urusan berkaitan Prism. Dia yang sentiasa bersikap positi...

Izara Aishah penat menunggu

Image
Izara dan Aiman meningkat popular hasil drama Vanila Coklat. DRAMA Vanila Coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama. Menurut Izara, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur. "Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya. " Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat. Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. "Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau ti...

Tenang yang bahagia Noryn Aziz

Image
KEKAL jelita dalam imej sopan. HAMPIR tiga tahun lamanya saya tidak bertemu dengan wanita ini. Selama tempoh itu jugalah, pelbagai cerita yang bertebaran tentang penyanyi yang memiliki vokal hebat ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Maklumlah, selepas Noryn Aziz menamatkan zaman janda dengan seorang figura yang bukan calang-calang hampir tiga tahun lalu, ramai yang mengandaikan bahawa dia sudah mengibarkan bendera putih sebagai tanda persaraannya. Begitu juga dengan saya. Hendak mendekati Noryn selepas bergelar isteri kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah bagaikan ada satu tembok kebal yang menjadi penghalang. Jujurnya, apabila Noryn membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, saya merasakan ia adalah satu keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan olehnya.

Saya ada peminat sendiri - Mizz Nina

Image
MENDENGAR sahaja bait-bait lagunya yang sering disiarkan di corong-corong radio tempatan, mungkin kita sendiri menyangka penyanyi yang menyanyikan lagu Inggeris ini bukan penyanyi tanah air. Sebutan serta cara penyampaiannya begitu bersahaja dan boleh dikatakan kita bagaikan mendengar lagu itu dinyanyikan oleh artis-artis terkenal luar negara seperti Lady Gaga, Madonna dan Salena Gomez. Namun jangan terkejut kerana penyanyi yang dimaksudkan itu adalah dari Malaysia yang dikenali sebagai Mizz Nina. Figura yang bernama Mizz Nina ini sememangnya tidak putus-putus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang mampu dibanggakan oleh dirinya serta para peminat muzik di Malaysia. Namun, selepas mengecapi kejayaan demi kejayaan, ada juga suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa genre lagu yang diketengahkan oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ini tidak boleh diterima oleh pendengar serta penggemar muzik tempatan berbanding peminatnya di luar negar...

Elfira Loy mula berlagak?

Image
posted in utusan malaysia http://www.facebook.com/filzay  gambar artis Nurul Elfira Loy

Tidak kesah kata orang

Image
Izara Aishah LEBIH selesa untuk tidak membicarakan soal peribadi. NAMA gadis genit ini antara yang sedang meraih perhatian meluas.Berbekalkan wajah yang manis dipandang, Izara Aishah telah berupaya meletakkan dirinya dalam kelompok pelakon pelapis yang mampu pergi jauh. Terima kasih kepada impak drama Vanila Coklat dan Soffiya yang telah melonjakkan namanya sehingga mampu ke puncak populariti.

Rozita nafi manipulasi Zain

Image
MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.    AKTRES popular, Rozita Che Wan, 38, tidak pernah sunyi daripada kontroversi dikaitkan dengan lelaki. Selepas seorang lelaki, seorang lelaki lain pula dikaitkan bercinta dengan dirinya. Di sebalik sering dikaitkan dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat. Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad l...

Dayana tak rela dimalukan

Image
SEPANJANG sesi fotografi bersama pelakon muda ini, dia kelihatan cukup ceria, mulutnya berceloteh bak bertih digoreng lantaran terlalu teruja diberi peluang keemasan menjadi gadis penghias muka depan Pancaindera. Jika selama ini, dia hanya berkesempatan untuk membaca artikel rakan seperjuangan di sisipan Mingguan Malaysia tetapi kali ini, dia menjadi salah seorang daripada bintang yang menjayakan sisipan akhbar paling digemari hujung minggu itu. Bagaimanapun watak girang Dayana berubah serius tatkala sesi temuramah pada petang Khamis lalu. Anak jati Kuala Lumpur yang berusia 21 tahun ini kelihatan fokus mendengar soalan yang diajukan dan cukup berhati-hati membuat huraian jawapan.

13 artis wanita ‘mangsa’ pocong

Image
13 artis wanita ‘mangsa’ pocong BARISAN pelakon drama Amukan Pocong yang hadir pada sidang akhbar di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. SELEPAS mencipta kejayaan menerusi drama rantaian Mantera Anjasmoro tahun lalu, pengarah drama terkenal, Aidilfitri Mohamed Yunus kini kembali dengan buah tangan terbarunya. Masih lagi mengekalkan genre seram, kali ini Amukan Pocong menjadi pilihan Aidilfitri untuk slot Seram yang akan ditayangkan bermula Khamis ini mulai 15 Mac ini. Aidilfitri mempunyai sebab tersendiri untuk terus menghasilkan genre tersebut memandangkan dia sendiri merupakan peminat filem-filem seram.

Lisa Surihani ubah pandangan cinta Yusry

Image
Lisa Surihani ubah pandangan cinta Yusry semoga berpanjangan Bahagia yang dikecapi hari ini diharap sampai ke hujung nyawa mereka. SELAMA hampir enam tahun hidup menduda selepas bercerai dengan pelakon Erra Fazira, pernah dia memikirkan untuk tidak mahu lagi jatuh cinta. Malah, Yusry Abdul Halim juga mengakui dia sudah tidak mempercayai akan kuasa cinta yang dulu pernah dikecapinya, tetapi kemudian membawa luka yang parah kepada kehidupan. Namun, sebagai hamba Allah SWT, siapalah kita yang mahu menidakkan, lantaran segala ketentuan hidup adalah didalam kuasa-Nya. Kehadiran wanita bernama Lisa Surihani Mohamed dalam hidup Yusry telah merubah segala-galanya. Pintu hati yang dulu terkunci rapat untuk menerima cinta daripada mana-mana wanita kini sudah terbuka luas. Kata Yusry, Lisa telah menjadikan dirinya sebagai orang baru dan memberi keyakinan untuk kembali merasai nikmat cinta. “Bertemu dengan Lisa adalah sesuatu yang tid...

Nora Danish terima Adi

Image
KESERASIAN antara Nora Danish dan Ady Putra memikat hati penonton. SEJAK memegang status janda, pelakon jelita Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya. Nora Danish Mohd. Hanif yang bakal mencecah usia 30 pada 7 Mac ini juga dikatakan rapat dengan penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun Nora yang ditemui pada lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini berkata, dia tidak pernah keluar dengan Khairul Fahmi atau Apek. Tetapi, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram itu pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Tweeter, itu pun hanya sekali sahaja. “Nora tidak pernah bertemu atau bercakap dengan Apek. Cuma sekali itu saja Nora tweet penjaga gol itu, sama macam peminat lain buat jugak. “Tapi lain pula cerita yang keluar. Nora...

Gambar Majlis Pertunang dan Pernikahan Chef Ciz dan Ana Dahlia

Image
special thanks for alia studio and all bloggers