Hakim mesti bebas sepenuhnya
info dari SEBAHAGIAN daripada 128 hakim-hakim dari seluruh Malaysia yang menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 15 Jan. - Para hakim diingatkan untuk memastikan diri mereka membuat keputusan yang bebas daripada sebarang pengaruh termasuk dari suami isteri atau hakim yang lain. Ketika membuat peringatan itu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata, mereka perlu mengekalkan kebebasan dan bukan sahaja daripada cabang eksekutif tetapi juga dari kemungkinan lain termasuk oleh pasangan hidup. '' Jangan bincang kerja anda dengan pasangan anda, kita perlu berhati-hati dan perlu bebas daripada semua pengaruh," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini. Seramai 128 hakim dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Persidangan tersebu...