Posts

Showing posts with the label gossip

Ana Raffali Semakin Dibenci?

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan...

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish

Image
 Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, say...

"Saya Bukan Perampas"-Neelofa

Image
 "Saya Bukan Perampas"-Neelofa "Saya Bukan Perampas"-Neelofa Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2. ...

Inul Daratista rancang tambah anak

Image
Inul rancang tambah anak     Inul Daratista   Ratu dangdut popular Indonesia, Inul Daratista mendedahkan dia merancang untuk mengandung lagi dalam tempoh empat tahun akan datang apabila usia anaknya, Yusuf Ivander Damares mencecah lima tahun. Menurut Inul, ini kerana dia tidak mahu menjejaskan kelangsingan tubuh badannya selepas bersusah payah untuk kembali kurus. “Badan saya baru sahaja kurus, tunggu dululah pasal anak. Perancangannya memang ada tetapi bukan sekarang. “Sekarang saya lebih fokus pada komitmen menguruskan suami dan anak kesayangan saya yang seorang itu,” katanya. Dalam pada itu, Inul turut merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi anaknya yang bakal genap dua tahun Mei ini dengan meriah dan besar-besaran. Inul dan suaminya Adam Suseno bercadang mengadakan majlis tersebut di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur selama empat hari empat malam. “Sambutan itu adalah sebagai tanda kami begitu bersyukur kerana dikurniakan anak selepas 1...

Rozita bernilai RM500,000

Image
Rozita bernilai RM500,000 SIAPA sahaja tak kira kaum lelaki atau pun wanita pasti tidak mampu menolak rasa kagum yang hadir setiap kali mata menatap wajah jelita wanita ini. Bukan sekadar cantik dipandang, malah kulit putih mulus seraut wajah manjanya kelihatan makin berseri dan bersinar-sinar dek aura yang menggoda. Itulah anugerah semula jadi paling bernilai buat pelakon Rozita Che Wan biarpun sudah mencecah usia 38 tahun dan bergelar ibu kepada dua anak lelaki berusia 15 dan 13 tahun. Lebih bertuah, pakej diri wanita ini dilengkapi dengan bentuk badan yang masih bergetah dan menggiurkan selain tutur kata yang selembut sutera. Sebab itu, tidak timbul langsung rasa kehairanan apabila Rozita dipilih sebagai duta produk Safi Rania Gold iaitu satu jenama produk penjagaan kulit nombor satu di negara ini. Tetapi yang menarik, benarkah pelakon popular ini dibayar lumayan untuk menjadi duta produk itu? Dan kalau benar pun dia dibayar lumayan...

Amani tidak cinta Isma

Image
Amani tidak cinta Isma         GAMBAR mesra pasangan ini membuatkan ramai yang percaya memang benar mereka sedang dilamun cinta   PANTANG dia kalau soalan-soalan mengenai kisah peribadinya diajukan. Mengenali dirinya, gadis kecil molek ini memang cukup tegas dengan pendiriannya bila tiba soal peribadi. Pasti sepantas kilat Sharifah Amani akan menepis pertanyaan dengan berkata “Saya tak akan bercakap mengenai hal ini. Maaf sangat.” Namun, apabila hubungannya dengan pelakon Azma Aizal Yusof atau Isma Yusof mula dihidu pihak media dan peminat, dia bagaikan tidak dapat lari dari dihambat pertanyaan. Semuanya mahu mendapatkan kepastian sahih daripada mulut aktres yang mesra disapa Nani sendiri. Semuanya gara-gara tindakan berani pasangan ini meletakkan status In a relationship di laman sosial Facebook masing-masing. Isma pula meletakkan label In a relationship with Sharifah Amani yang membuatkan seolah-olah memang ‘sah’ Amani dan Isma sedang dilamun cinta. ...

Popular ke Sara Ali?

Image
Popular ke Sara Ali? RAMAI juga tertanya-tanya, hebat sangat ke lakonan Sara ni? Dapat tawaran berlakon filem tak henti-henti, bagus ke Sara ni? Tak adalah. Belum bagus lagi pun. Walaupun sudah berlakon enam filem, semuanya belum keluar di pawagam lagi. Itu yang buat saya lagi takut. Harapan penonton mungkin tinggi kepada saya. Mesti dia orang ingat, gempak sangat ke lakonan Sara Ali ni? Habis tu kalau tak gempak nanti, tak kisah ke kalau kena kritik dengan penonton? Apa sahaja tohmahan dan kritikan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam lakonan saya nanti. Pelakon wanita baru lain punyalah susah nak dapat tawaran berlakon. Sara pula dapat sampai enam filem berturut-turut, siap dengan empat watak heroin sekali. Agak-agak apa kelebihan Sara Ali? Entahlah, ramai penerbit dan pengarah cakap kekuatan saya terletak pada anak mata yang mempunyai tarikan sesuai untuk melakonkan semua watak saya se...

Nabil keji orang gemuk?

Image
Nabil keji orang gemuk? KALAU ada yang kata Nabil dah tak popular, anda memang silap. Pelawak yang dicungkil bakat melalui program Raja Lawak tu masih berbisa sampai sekarang, cuma mungkin dah tak banyak ceritanya yang keluar sejak kebelakangan ini. Syed tahu ramai yang minat gila dengan pelawak ini. Kalau buat lawak tu, memang boleh pecah perut dibuatnya. Kalau tak percaya baik peminat tonton Maharaja Lawak yang sedang bersiaran sekarang ni. Tapi kali ini Syed bukan nak bercerita hal siapa yang lagi lawak atau siapa yang tak lawak tetapi cerita tentang minggu setiausaha yang dijayakan oleh Nabil bersama dengan Sharifah Shahira dan Anuar Zain baru-baru ini. Bukan apa, ada beberapa tetamu yang hadir kurang senang dengan lawak jenaka yang Nabil dah buat. Lawak tu memang lawak tetapi tak berapa nak sensitif dengan orang yang ada dalam majlis tersebut. Kalau mengikut aduan peminat yang hadir banyak kali juga Nabil sebut pasal silikon dan usik orang yang berbadan besar dengan ...

Kenapa benci Diana Danielle?

Image
Kenapa benci Diana Danielle? BETUL ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya di hati Joyah apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu? Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana. Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ. Antara yang Joyah dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah? Kadang-kadang Joyah pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri. Pada Joyah, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure. ...

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang baru menerima cahaya mata

Image
gambar terbaru bunga cinta lestari.. Seperti yang telah diketahui umum, pasangan artis Malaysia dan Indonesia, iaitu Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang baru menerima cahaya mata sulung pada 22 September 2010 yang lalu di mana bayi comel tersebut telah diberi nama Noah. Kat bawah ni ada gambar Ashraf bersama anak sulungnya tu. Dan di bawah ini, gambar Bunga Citra Lestari selepas bersalin. Gila tembam! Normal la tu kan? Tapi tunggu sebulan dua, kurus kering balik la dia. Artis kan mana boleh badan naik sikit. Susah nak cari makan. info >artis.com

CUTI CUTI CINTA- Sekadar Biasa

Image
Tak banyak yang boleh diharapkan daripada filem kedua romantik arahan Ahmad Idham, Cuti-Cuti Cinta ( CCC). Masih lagi terikat dengan watak dan lawak stereotype, Cuti-Cuti Cinta mengisahkan cinta antara dua darjat versi moden. Masih menjadikan watak lelaki lembut sebagai sandaran untuk membuatkan penonton ketawa. Ditambah pula dengan gaya percakapan orang berada seperti Tan Sri yang dilihat berlebih-lebihan. Bagi ManggaOnline (MO) sesetengah babak dalam filem ini sengaja mengadakan adegan lucu yang dilihat sudah basi. Namun, Idham mempunyai visinya sendiri. Dilihat mampu untuk menarik penonton ke pawagam dengan gandingan segar Farid Kamil dan Nora Danish. MO mempersoalkan filem Melayu sejak kebelakangan ini dilihat sekadar mencedok isu semasa dan diberikan nafas segar dalam pembikinannya. Sekadar mengusik, MO cuba menyatakan jumlah kutipan tidak menggambarkan kualiti isi kandungan sesebuah filem itu, namun pantas disangkal Idham. "Kualiti itu subjekt...

Maya punca rating Nona jatuh? BIARPUN memiliki pakej yang lengkap, namun, penonton setia Nona bagaikan tidak merestui Maya Karin menjadi hos program w

Image
BIARPUN memiliki pakej yang lengkap, namun, penonton setia Nona bagaikan tidak merestui Maya Karin menjadi hos program wanita unggul itu. SEWAKTU TV3 mengumumkan pemilihan Maya Karin sebagai hos baru program wanita popularnya, Nona tahun lalu, ramai yang melihatnya sebagai perkembangan yang positif. Manakan tidak. Maya memiliki segala-galanya yang mampu menarik perhatian audiens untuk terus setia bersama Nona yang sudah suku abad bersiaran itu. Pastinya, TV3 mempunyai sebab tersendiri memilih Maya yang cukup terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaannya itu dalam mengemudikan Nona yang pernah mempopularkan nama-nama hebat seperti Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Azizah Ariffin dan Datin Norjuma Habib. Selepas hampir setahun Maya mengemudikan rancangan itu, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak. Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tida...

Gambar Diana Danielle yang seksi

Image
Gambar dibawah adalah gambar yang diaksikan oleh Diana Danielle. Walaupun usia masih muda, tapi gaya Diana seperti orang dewasa. Bentuk badan juga tak ubah seperti artis-artis yang dalam lingkungan 30-an. Gambar yang menunjukkan Diana mengayakan pakaian simple dan biasa ini menampakkan bahagian pahanya yang putih gedebu. Apa motif gambar seksi ini, penulis pun tak tahu juga. Tapi korang tengok dan nilai lah sendirinya, ingat komen lucah confirm kena reject. Hehe. -ManggaOnline

Maria Farida, Shahz Jaszle bercinta

Image
Akhirnya cinta pelakon sememangnya manis, Maria jatuh ke tangan bukan mereka yang bergelar VIP, VVIP, ahli perniagaan dan berpangkat tetapi seorang anak muda yang berusia 22 tahun siapa lagi kalau bukan pelakon muda, Shahz Jaszle. Khabarnya sekarang mereka berdua tengah hangat bercinta macam nak rak. Kepada siapa yang tak kenal siapa Shahz, dia pernah berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana. Segak orangnya, memang jambu. Kalau tak silap bukankah sebelum ini Shahz pernah dikaitkan dengan seorang personaliti TV bernama Shera Aiyob, 24? Entah apa sudah terjadi dengan hubungan mereka berdua ya. Asalkan Maria bukan puncanya sudahlah. Apa yang pasti sekarang, antara Maria dan Shahz, mereka sama-sama sedang dibuai asmara. Sehingga dapat tahu pelakon lelaki berkenaan dengan tidak segan-silu mempamerkan foto mereka berdua untuk dijadikan gambar profile di dalam BlackBerry Messenger (BBM) miliknya