Menjinak ikan laut di ladang kuda
Menjinak ikan laut di ladang kuda kolam pancing air masin bagi kemudahan rekreasi untuk pemancing ikan laut di Kolam Pancing Ibai, Terengganu Ekuestrian Resort, Kuala Terengganu. – utusan/Fauzi BAHARUDIN KUALA TERENGGANU 12 Nov. – Bagi yang gemar memancing, di laut lebih menjanjikan keseronokan, bukan sahaja kerana hasil tangkapannya pelbagai tetapi juga cabaran yang lebih menguji dalam mengendalikan kail ketika matanya direntap. Bagi memenuhi hobi ini, ia lazimnya menuntut lebih banyak belanja seperti sewaan bot di samping ruang masa yang lebih panjang perlu dihabiskan dan sesekali terdedah dengan risiko. Mereka mungkin berdepan cuaca buruk atau laut bergelora tidak semena-mena dan diburukkan lagi jika bot bocor dan tenggelam ketika berjam-jam asyik di lubuk ikan berjauhan pantai. Kadangkala waktu terluang untuk pergi memancing tidak bersesuaian untuk turun ke laut apatah lagi hasrat itu wajar dipendamkan sahaja sepanjang beberapa bulan musim tengkujuh melanda. Musi...