Posts

Showing posts with the label Info Kewangan

2,000 peluang kerja ditawarkan oleh Lynas - kerja kosong

2,000 peluang kerja ditawarkan oleh Lynas KUANTAN 20 Nov. - Pembukaan kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang di samping bakal merancakkan aktiviti ekonomi setempat. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, buat permulaan Lynas telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir. "Selain itu kami turut mengambil 250 pekerja kontrak untuk bekerja di sini sebagai kumpulan sokongan kepada syarikat ini. Malah, semua kakitangan Lynas termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali empat pakar nadir bumi dari China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang tersebut di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini kelmarin. Tambah beliau, industri sokongan juga akan menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan tamba...

Bajet 2011 lebihan RM2.77 juta

Bajet 2011 lebihan RM2.77 juta NUSAJAYA 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman membentangkan Bajet 2011 berjumlah RM814.12 juta dengan lebihan diunjurkan berjumlah RM2.77 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam. Beliau berkata, bajet lebihan tersebut ekoran prestasi ekonomi Johor yang memberangsangkan seiring dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi oleh kerajaan dan pemulihan ekonomi global. Menerusi bajet itu, katanya, kerajaan negeri menjangkakan mendapat hasil berjumlah RM814.12 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM811.35 juta. "Oleh itu, lebihan bagi 2011 adalah sebanyak RM2.77 juta berbanding dengan defisit dalam Bajet 2010 berjumlah RM1.5 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 bagi negeri ini yang bertemakan 'Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat'. Sebelum ini, Johor mencatatkan bajet defisit bagi tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2008. Isu bajet defisit turut dimainkan oleh parti pembang...