Posts

Showing posts with the label INFO TECHNOLOGY

Mesin bantu mengisi serbuk

Image
UNTUK memasukkan serbuk ke dalam bekas beserta berat yang dikehendaki mengambil masa yang lama dan memerlukan pekerja yang ramai. Mendengar keluhan dan masalah pengusaha-pengusaha akan kesukaran mereka yang agak rumit untuk menghasilkan sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak, ZDA menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cuba membantu mereka dalam menghasilkan produk tersebut. Hasilnya ZDA telah menghasilkan sebuah mesin untuk membantu pengusaha dengan bajet yang mampu dimiliki. Mesin tersebut mempunyai konsep yang hampir sama seperti manual tetapi kelebihannya ialah , penggunaannya lebih cepat dan ringkas. Mesin berkenaan direka mengikut spesifikasi yang diinginkan pelanggan dan ia boleh diubah mengikut kemahuan dan keperluan setiap penggunanya. Oleh itu bagi siri Inovasi kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin pengisian serbuk yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha industri kecil dan sed...

Red 1 bantu kurangkan kos operasi nelayan

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat Red 1 di Pekan Pahang. KESUSAHAN hidup yang dilalui oleh Ridzuan Hashim menjadikannya tabah dan sering berfikir mencari sesuatu yang baru bagi mengubah nasib. Dengan taraf pendidikan setakat darjah enam, Ridzuan akur dia tidak boleh berangan menjadi pegawai atau usahawan sekelip mata, melainkan dengan usaha yang luar yang lebih berbanding orang lain. Itulah yang dilakukannya. Dia mula dikenali dengan kejayaan mencipta Red 1, sebuah inovasi alat kemudi enjin bot bagi kemudahan nelayan pesisir pantai Dia mempunyai sebab untuk mencipta alat tersebut memandangkan antara kerjayanya sebelum ini untuk mencari sesuap nasi ialah menjadi nelayan.

mobile ACER Liquid C1

Image
Dikuasakan oleh pemprosesan Intel memberi kelainan kepada Acer Liquid C1. JIKA sebelum ini jenama Acer terkenal dengan rangkaian produk seperti komputer riba serta pembangunan produk ultrabook, kini jenama tersebut mengorak langkah dengan memperkenalkan telefon bimbit pintar yang menggunakan kuasa Intel Inside sebagai pemproses dalaman. Diperkenalkan sebagai Acer Liquid C1, ia merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan pemproses Intel sekali gus memperlihatkan kelainan dengan mana-mana telefon yang menggunakan sistem operasi Android 4.1 Ice Cream Sandwich. Menurut Presiden Kumpulan Bisnes Telefon Pintar Acer Inc., Liew Sze Thai, kerjasama yang terjalin bersama Intel Inside menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan pengguna masa kini mampu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Acer dalam aktiviti seharian mereka. "Dibangunkan bersama pemproses Intel Atom 1.2 giga herz bagi kelancaran operasi, peranti tersebut membolehkan pengguna merasai ciri-...

Zulkifli Haron (kuih pau vending machine)

Image
Zulkifli Haron menunjukkan cara menggunakan mesin 'vending' pau ciptaannya dibengkel Zull Design Autotronic (ZDA), di Sungai Choh, Rawang, Selangor baru-baru ini. ASALNYA bukanlah mahu mencipta kelainan namun kerana menyahut cabaran yang dilontarkan oleh seorang sahabat, 'MacGyver' Malaysia atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Haron memerah otak menghasilkan sebuah mesin runcitan atau menjual (vending) kuih pau. Pasti anda biasa menggunakan mesin menjual (vending) untuk membeli air minuman sama ada di dalam tin mahu pun botol. Namun kini anda jangan terkejut kerana sedikit masa lagi anda juga boleh membeli kuih pau siap dipanaskan menerusi mesin yang sama. Berkonsep untuk memudahkan orang ramai menikmati pau yang masih panas dan segar, Zulkifli mengambil masa berbulan-bulan memikirkan cara mudah untuk menghasilkan mesin tersebut. Pemilik syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) tersebut berkata, bukan tiada syarikat luar negara yang boleh menghas...

FRIM hasilkan biodiesel

Image
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. abd. LAtif Mohmod (tiga dari kanan) melihat penggunaan minyak biodiesel yang dihasilkan daripada pokok jarak pagar. INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Setiu berjaya menanam 6,000 pokok jarak pagar (Jatropa curcas) dan kini dalam persiapan untuk menanamnya secara besar-besaran. Projek perintis penanaman pokok jarak pagar, yang turut dikenali sebagai pokok Barbados Nut, Purging Nut dan Black Vonit Nut, telah dimulakan pada 2009. Dengan perkembangan itu, Frim bercadang untuk mendapatkan sekeping tanah yang luas daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membolehkan projek berskala besar itu dijalankan. Pegawai Penyelidik FRIM stesen Setiu, Rosdi Koter berkata, Terengganu mempunyai kira-kira 71,000 hektar tanah bermasalah di sepanjang pantai yang terbiar tanpa sebarang aktiviti pertanian komersial. "Tanah itu dikategorikan sebagai mempunyai tahap kepanasan melampau dengan 99 peratus kandungannya adalah silika dan satu...

Mesin bakar sate tanpa asap mudah alih

Image
Satay Port mudah alih sesuai digunakan di dalam bangunan kerana bersih dan tidak mengeluarkan asap. BIASANYA sate akan dibakar di kawasan terbuka menggunakan arang bukan saja kerana asap tetapi juga habuk dan minyak yang mungkin terpercik. Penjual sate juga perlu membalikkan sate, merenjis minyak dan juga mengipas bara arang di pembakar sate. Ini menyebabkan hingga kini tiada lagi penjual sate yang beroperasi di dalam bangunan seperti gerai atau kiosk di pusat bel-belah. Semua 'masalah' ini memberi idea kepada Abdul Rahim Md. Tahir, pensyarah bidang teknologi kimpalan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Batu Pahat, Johor, untuk menghasilkan mesin pembakar sate atau Satay Port. "Saya terpanggil menghasilkan Satay Port yang boleh digunakan di dalam bangunan tertutup kerana tidak mengeluarkan asap," katanya semasa ditemui di Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Cyberjaya baru-baru ini. Beliau pernah mendapat pen...

Penstoran sisa radioaktif

Image
Penstoran sisa radioaktif Kemudahan penstoran sisa radioaktif Nuklear Malaysia di Bangi. PENSTORAN merupakan langkah penting dalam pengurusan sisa radioaktif. Sesuatu kemudahan penstoran harus berupaya menyimpan sisa tidak kira dalam apa bentuk, kandungan unsur radioaktif atau status pemprosesan secara selamat. Sisa harus boleh diterima, dikendali, disimpan dan dikeluarkan tanpa menyebabkan risiko-risiko yang tidak dikehendaki kepada pengendali mahupun orang awam. Oleh itu, sesebuah kemudahan penstoran yang selamat bergantung kepada reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mengikut amalan kejuruteraan yang betul. Sehubungan itu, tanggungjawab untuk mengendalikan penstoran dan pelupusan sisa radioaktif di negara ini diserahkan kepada Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC), di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Pengguna juga digalakkan sejauh yang boleh membuat persiapan dengan pembekal luar negara untuk memulangkan sisa punca-punca radioa...

Mengurus sisa radioaktif

Image
Sisa nuklear diperiksa secara manual dan visual oleh petugas. UMUMNYA, sisa radioaktif merupakan bahan yang mengandungi atau tercemar dengan unsur radioktif (radionuklid). Bahan radioaktif boleh wujud secara semulajadi dan boleh juga dihasilkan akibat daripada buatan manusia. Penggunaan dan pengeluaran bahan radioaktif ini akan menghasilkan sisa radioaktif. Sisa radioaktif ini perlu diuruskan dengan selamat dan berkesan melalui kaedah-kaedah tertentu. Ini dilakukan bagi melindungi kesihatan orang awam dan alam sekitar pada masa sekarang dan masa depan di samping tidak membebankan generasi akan datang. Tanpa pengurusan sisa radioaktif yang sempurna dan sistematik, kita akan berdepan dengan pelbagai masalah. Sisa radioaktif boleh dihasilkan daripada pelbagai aktiviti. Umumnya, ia boleh dihasilkan daripada kegiatan kuasa nuklear, kegiatan bukan kuasa nuklear, kegiatan perlombongan dan pemprosesan mineral yang mempunyai unsur radioaktif tabii. Sisa radioaktif yang...

Mesin cuci botol

Image
Minggu lepas Zull Design Autotronic (ZDA) telah menampilkan mesin untuk memudahkan pengguna sebagai penekan untuk pelbagai kegunaan. Pada ruangan Inovasi pada kali ini, ZDA sekali lagi mengetengahkan sebuah mesin yang mungkin jarang ditemui di pasaran tempatan tetapi boleh membantu pengusaha industri kecil dan sederhana atau industri ringan melakukan kerja-kerja remeh. Mungkin anda pernah melihat sekumpulan manusia mencuci botol beramai-ramai dengan mengambil masa yang lama menyelesaikan kerja tersebut. Mereka juga terdedah kepada masalah kecederaan atau luka sekiranya botol yang dicuci adalah jenis kaca dan pecah secara tiba-tiba. Mesin kali ini membantu kerja mencuci botol secara pantas dan mudah tanpa menggunakan ramai pekerja serta lebih selamat. Sekiranya, sebuah syarikat banyak menggunakan botol minuman atau ingin menyimpan botol yang telah digunakan atau bakal diguna, maka mesin ini seharusnya dimanfaatkan sebaiknya. Dengan kaedah pengendalian yang t...

Mesin ais krim goreng

Image
UNTUK ruangan inovasi kali ini, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin aiskrim goreng semiautomatik. Mesin berkenaan kelihatan sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya. Hanya seorang tenaga manusia boleh menghasilkan lebih kurang enam keping aiskrim dalam tempoh seminit. Dengan ini, ia terbukti berkesan lebih cepat berbanding dengan proses secara manual dan hasil yang jauh lebih kemas dan bentuk yang lebih cantik. Masalah yang biasa didengari oleh pihak pengusaha ialah kebanyakan daripada mereka tidak cukup tenaga untuk menekan roti. Cara tersebut memerlukan tenaga yang agak kuat untuk membolehkan dua belah roti tersebut bercantum dengan elok tanpa terbuka. Seterusnya, permintaan yang terlalu banyak tidak dapat dipenuhi dan disiapkan secepat mungkin. Dengan itu pengusaha terpaksa menolak tempahan yang berpotensi dan tidak dapat mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat lebih tinggi. Maka, di atas...

Pesawat pengintip ciptaan tempatan

Image
                                                      Dr. Hazry Desa (tengah) bersama barisan penyelidik yang berjaya mencipta Smart-V. Penggunaan peralatan canggih untuk tujuan risikan ketenteraan memang cukup penting. Penggunaannya bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang tepat, malah dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa para anggota tentera yang terlibat dalam operasi mengumpul maklumat risikan. Anda juga pasti biasa mendengar tentang kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang sering digunakan oleh pihak tentera untuk melaksanakan operasi risikan yang berisiko tinggi. Teknologi tersebut biasanya dikuasai oleh negara-negara maju. Namun melalui penyelidikan dan kajian mana-mana negara mampu menghasilkan UAV mereka sendiri. Itu yang dilakukan ole sekumpulan penyelidik dari ...

Downloads driver - Aspire One / AOD260

Image
Need to know the hardware on your system to choose the right driver? Download Hardware Vendor Detection Utility . 3G Description Vendor Version Size Date Download 3G Module Driver Huawei 2.0.3.828 15.0 MB 06/03/2010 3G Module Driver Huawei 2.0.6.702 3.8 MB 11/02/2011 3G Module Driver Ericsson 5.20.2.0 15.7 MB 11/02/2011 3G Module Driver Ericsson 5.14.0.0 14.0 MB 06/03/2010 3G Module Driver Huawei 2.0.3.828 15.0 MB 06/03/2010 3G Module Driver Ericsson 5.02.02.01 15.5 MB 06/03/2010 AHCI Description Vendor Version Size Date Download SATA AHCI Driver Intel 8.9.0.1023 21.4 MB 06/03/2010 SATA AHCI Driver Intel 9.6.4.1002 19.0 MB 11/02/2011 SATA AHCI Driver (AHCI) Intel 8.9.0.1023 201.1 KB 06/03/2010 SATA AHCI Driver (IMSM) Intel 8.9.0.1023 21.4 MB 06/03/2010 Audio Description Vendor Version Size Date Download Audio Driver Realtek 6.0.1.6066 78.3 MB 06/03/2010 Audio Driver Realtek 5.10.0.6066 78.3 MB 06/03/2010 Audio Driver Realtek 6.0.1.6171 97.5 MB 11/02/2011 Bluetoot...