PLPP bantu OKU
Pelajar PLPP Bangi, Mohd. Roysam Nizam (kanan) bersama tenaga pengajar, Ahmad Amar Abdullah (kiri) membaiki sebuah kerusi roda di bengkel baru-baru ini. DILAHIRKAN sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau kehilangan anggota badan akibat terlibat dalam kemalangan merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi itu, sudah pasti mengalami perasaan putus asa kerana kesukaran untuk bergerak dan tidak berupaya melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Namun, seiring dengan pembangunan teknologi telah banyak inovasi dicipta dalam usaha membantu golongan tersebut menjalani aktiviti harian sekali gus memudahkan mereka bergerak. Ini termasuk inovasi pada kerusi roda bagi memudahkan golongan tersebut terutama yang kehilangan anggota kaki melakukan aktiviti harian tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Melalui inovasi tersebut, keperitan hidup yang dilalui mereka dapat dikurangkan, apatah lagi keadaan yang dilal