Posts

Showing posts with the label Latest Event

Malaysia jadi tuan rumah CHOGM 2019 - PM

Image
COLOMBO (Sri Lanka) 17 Nov. - Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad. Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata, badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah. CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya. Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015. "Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019," jelas Pernyataan itu. Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di ...

Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L

Image
Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini. Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan...

PELANCARAN #PR1MA ALAM DAMAI BERSAMA PM @NajibRazak ESOK

Image
PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama. Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon. PR1MA Alam Damai menjanjikan lokasi strategik yang terletak di Cheras, sebuah kawasan sentral dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain. Sebanyak 8 b...

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

Image
SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini. Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea. Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta, Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005 Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi. Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih ...