Posts

Showing posts with the label sex

Pub gay tidak endah undang-undang

Image
Pub gay tidak endah undang-undang KUALA LUMPUR 2 Jan. – Kelemahan undang-undang dalam menyekat aktiviti gay ibarat memberi semangat kepada sebuah pub untuk meneruskan kegiatan mereka walaupun pernah diserbu polis. Pub yang terletak di Jalan Sultan Ismail di sini sehingga kini terus menjalankan operasinya, malah berani menyediakan aktiviti lebih hebat ke arah menarik perhatian pengikutnya. Ia termasuklah penganjuran pertandingan mencari model di pub tersebut yang berakhir pada Khamis ini. Siasatan Utusan Malaysia malam semalam, ke pub yang dibuka pukul 8 malam hingga 3 pagi itu riuh dengan ‘suara-suara lelaki ala perempuan’. Tidak kurang juga makian dan kata-kata lucah yang sememangnya diamalkan oleh golongan tersebut. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Jakim dedah ada NGO pertahan gay

Image
Jakim dedah ada NGO pertahan gay KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mendedahkan wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi golongan gay di negara ini. Menurutnya, agensi-agensi penguat kuasa di negara ini telah lama bertindak membanteras 'budaya import' berkenaan bagaimanapun usaha mereka mendapat bantahan NGO terbabit. "NGO berkenaan cuba nak jadi 'juara' mempertahankan perlakuan tidak bermoral golongan gay dan cuba menghalang aktiviti penguatkuasaan. "Sedangkan isu gay bukan masalah bagi orang Islam sahaja tetapi masalah global. Mana-mana pemimpin agama di dunia termasuk Kristian dan Buddha tidak menyokong aktiviti gay. "Ini kerana, ia memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia , di sini hari ini. Beliau yang mengakui kelab gay sudah lama bertapak di negara...

Seks songsang: Jangan ulangi sejarah umat Nabi Lut

Seks songsang: Jangan ulangi sejarah umat Nabi Lut KUALA LUMPUR 2 Jan. - Semua pihak berkuasa termasuk orang ramai harus menyekat dan memulau golongan gay jika tidak mahu mengundang malapetaka ke atas negara ini gara-gara bersubahat dengan pengamal seks songsang itu. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, gay yang merujuk kepada homoseksual atau daya tarikan seksual terhadap anggota jantina yang sama adalah perbuatan orang jahiliah. Nooh berkata, jika kerajaan, penguat kuasa undang-undang dan agama serta para ilmuwan tidak bertindak segera menghentikan kegiatan tersebut, beliau bimbang sejarah zaman Nabi Lut akan berulang yang mana pengamal kegiatan itu diturun bala oleh Allah. "Sudah termaktub dalam al-Quran dan Hadis, perbuatan gay menyimpang daripada norma kehidupan manusia yang akalnya sihat. Kalau tidak disekat segera, ia boleh menjadi satu penyakit di kalangan manusia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari i...