Posts

Showing posts with the label semasa

Operasi KPDNKK banteras cetak rompak dan barangan tiruan

1,300 premis 
jual produk tiruan 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 1,300 premis perniagaan di seluruh negara yang disyaki menjual produk tiruan dan cetak rompak termasuk peralatan telekomunikasi klon. Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, pihak­nya mengesan premis-premis tersebut sejak Januari lalu sehingga hari ini. Katanya, daripada jumlah tersebut, 460 premis perniagaan dikenal pasti di lokasi panas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru manakala 840 di negeri lain. “Kami juga telah mengambil tindakan terhadap 316 peniaga yang terlibat dalam penjualan barangan cetak rompak dan tiruan masing-masing di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Barangan Perihal Dagangan Palsu) seramai 244 peniaga dan Akta Hak Cipta 1987 (70 peniaga) dengan nilai rampasan seba­nyak RM5.4 juta. “Dalam...

Tele-info tragedi-seorang murid tahun enam maut di Tasek Gelugor

Murid tahun enam maut dirempuh kereta 22 Julai 2015 1:11 AM TASEK GELUGOR 21 Julai – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Tiga dekat Sungai Dua petang ini. Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhamad Sya­mim Daud, 12, dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas ke Sungai Lokan. Jurucakap polis berkata, mang­sa dipercayai telah keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu kereta berusia 46 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasa...

BR1M bukan penyelesaian jangka panjang

Image
BR1M bukan penyelesaian jangka panjang hapus kemiskinan MELAKA 12 April - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah suatu penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini terutama kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang. Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi. "Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka. "Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai tabung da...

MALAYSIA dimasa kini

Image
lagi issue tentang pemalsuan mykad.dimana kerajaan digesa agar melakukan bukan lagi pemantauan tapi membuat kerja dimana isu pendatang asing dan pemalsuan mykad makin berleluasa. Ramai tanggapan masyarakat makin memandang pegawai kerajaan malaysia makin korupt atau rosak. semua menunding pada kerajaan yang memandang lewa akan issue pendatang asing yang senang-senang membeli mykad palsu. apakah kerajaan itu sendiri yang memberi ruang atau pun ada agenda tersendiri. nyata pembanjiran pendatang tanpa izin yang senang bekerja di kelab-kelab malam,rumah-rumah urut,seolah-olah kerajaan malaysia mmg tiada kuasa atas pembanjiran itu.. sedangkan imigresen malaysia,jabatan kastam,polis, sudah tiada kuasa.. apa yang merisau kan rumah urut dimalaysia makin banyak seolah-olah cendawan tumbuh yang sukar lagi dibendung. semua meragui tampuk pimpinan kerajaan yang memberi ruang peluang perniagaan yang memburuk kan imej kerajaan itu sendiri,apa kah Dato' Sri H...