EZLYNN berharap dapat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. SELAIN memilih konsep musim luruh di Sepanyol untuk majlis resepsi yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy turut memilih negara itu sebagai destinasi berbulan madu. Menurut Ezlynn, Sepanyol menjadi pilihan kerana dia suka dengan suasana dan pemandangan yang cantik dan unik, selain adanya aktiviti berbasikal yang merupakan hobinya dan suami. Katanya, mereka akan berbulan madu pada April ini dan dijangka berada di sana selama sebulan. "Kami memang suka bercuti lama. Sebab waktu itu sahaja kami dapat melakukan aktiviti berbasikal. Kalau di Malaysia, aktiviti itu boleh dibuat sesekali sahaja kerana sibuk bekerja," katanya. Ezlynn yang diijabkabul pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, merupakan pasangan selebriti ketiga yang ditaja oleh Rafflesia untuk majlis resepsi. Sebelum ini pasangan Norman Hak...