Posts

Showing posts with the label gossip artis

Erra belum sedia dedah lelaki di hati

Image
Pelakon Erra Fazira sudah berpunya tapi dia belum sedia mendedahkan nama lelaki yang sedang rapat dengannya. Erra mengaku sekarang sedang mengenali seorang lelaki bujang sekali gus menafikan gosip yang mengaitkan namanya dengan VIP. “Saya terpaksa membuat pengakuan yang saya kini sedang rapat dengan seorang teman sebab mahu menutup gosip. ” Saya memang tak mencari VIP, saya tak keluar rumah macam mana nak jumpa VIP. Saya pun tak cari VIP sebaliknya bergantung kepada kesesuaian hati saya,” kata Erra. Erra mendedahkan demikian semasa ditemui pada majlis santai bersama pelakon teater Takhta Tiga Ratu di Kuala Lumpur hari ini. Erra kelihatan ceria walaupun diaju soalan peribadi khusus untuk mengorek rahsia siapakah lelaki yang dimaksudkan. “Bila ada gosip yang mengaitkan nama saya dengan nama nama lain, pasti pihak sana tertanya tanya sebab itu saya kena bercakap menafikannya. ” Saya tak kisah berkawan dengan orang biasa atau kalangan artis

Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang

Image
Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang Berhubung kontroversi pelakon Hanez Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak terkejut dengan berita tersebut.  Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen negatif. Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.  “Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.  “Hari keesokan untuk penggambaran telefilem tersebut, saya terk

Heliza Helmi Akui Diri Masih Single?

Image
Kenyataan ini dibuat melalui portal  mStar  semalam kerana mahu menjelaskan bahawasanya dirinya sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk mencari kekasih hati. "Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. "Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya  Mengenai perkembangan terbaru, Heliza dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini sebagai ajk pelaksana dalam festival berkenaan yang turut disertai oleh rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross . Related Posts :artis malaysia, gossip artis,

Rozita nafi manipulasi Zain

Image
MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.    AKTRES popular, Rozita Che Wan, 38, tidak pernah sunyi daripada kontroversi dikaitkan dengan lelaki. Selepas seorang lelaki, seorang lelaki lain pula dikaitkan bercinta dengan dirinya. Di sebalik sering dikaitkan dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat. Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad lalu, Rozi

Kes video bogel Melia belum selesai?

Image
Melia Aimiellia? kes yang melanda Melia Aimiellia ni.Heroin yang berlakon filem Karipap Karipap Cinta tu. kes Melia yang dikaitkan mempunyai video bogel tu masih belum berakhir sampai hari ini.(YANG DIRAGUI KESAHIHANNYA). Ingatkan lepas penafian dulu kes tu jadi senyap. Rupa-rupanya sampai sekarang masih panas dan tak berkesudahan. Melia menuduh pengendali blog hiburan tu menggunakan teknik super impose dan kenyataan itu dibalas oleh blogger berkenaan dengan mengatakan video itu sahih milik pelakon usia 19 tahun itu. Jenuh juga Melia menafikan perkara tersebut. Tapi  keluarga Melia porak-peranda angkara video tu. Ramai kaum keluarga Melia yang mengecam pelakon itu sampaikan ada yang sudah tidak percaya padanya lagi. Isk, kenapa jadi macam tu sekali? Kalau masih belum ada bukti hitam putih video itu sahih Melia, kenapa nak hukum dia sebegitu rupa? Sepatutnya biarlah siasatan dilakukan dulu kerana Melia dah pun buat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikas

Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta

Image
Jehan Miskin dan Cinta SEMAKIN sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir. BUKAN niatnya untuk berahsia, namun jejaka bertubuh sasa ini lebih selesa tidak menggembar-gemburkan kisah percintaannya. Menurut empunya diri, ini kerana episod cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih menghargai hubungan istimewanya kini dengan cara yang lebih berbeza. Walaupun tidak banyak yang mahu diceritakan Jehan Miskin kepada Hits pada pertemuan di Skybar, Traders Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, aktor itu tidak lokek berkongsi kenapa dia lebih senang merahsiakan hubungannya kali ini. Tidak mengelak untuk berbicara soal hati malah berterus terang mengakui sudah mempunyai pilihan, namun tegas Jehan, dia dan pasangannya lebih selesa untuk menjalinkan hubungan tanpa sebarang publisiti. Malah pelakon kacak itu turut menyifatkan hubungan tanpa pengetahuan umum lebih mudah dan selesa untuk diri dan pasangannya. "Saya akui dahulu saya agak terbuka u

Yana Shamsudin tunggu keputusan

Image
Yana Shamsudin MAHU membutikan sesuatu buat dirinya dan keluarga. NAMANYA mungkin baru dalam dunia lakonan. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal aura yang dibawa gadis ini. Sementelah namanya juga kian melonjak sebaris dengan pelakon wanita popular lain tanah air. Memiliki wajah comel dan ilmu lakonan yang mantap, Yana Shamsudin kini bukan calang-calang pelakon apabila sering menjadi dambaan peminat filem Melayu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini keupayaan pelakon muda itu mula menimbulkan kesangsian apabila bakat lakonannya dikatakan kurang menyerlah. Isu itu timbul apabila watak dalam filem atau drama lakonannya dikatakan tidak menonjolkan bakat sebenarnya. Bagi Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 28, dia langsung tidak terkilan dengan tanggapan itu yang baginya hanya pendapat sesetengah pihak. Menurut Yana, biarpun pengalamannya dalam industri itu sudah menjangkau sembilan tahun, namun dunia lakonannya hanya bermula seja

perjalanan Cinta Lisa dan Yusri

Image
Cinta Lisa dan Yusri        

Gelora di hati Neelofa

Image
GELORA hatinya tidak mampu dibendung lagi. Tidak tertahan jiwanya saat ini. Apa yang bersarang tidak mampu diterjemah dengan kata-kata apatah lagi lima belas hari di tahun baru sudah dilewati. Ramai yang menaruh harapan yang cukup besar kepada Neelofa Mohd. Noor. Satu nama yang masih baru tetapi cukup panas dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi.

Ezlynn pilih Sepanyol

Image
EZLYNN berharap dapat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. SELAIN memilih konsep musim luruh di Sepanyol untuk majlis resepsi yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy turut memilih negara itu sebagai destinasi berbulan madu. Menurut Ezlynn, Sepanyol menjadi pilihan kerana dia suka dengan suasana dan pemandangan yang cantik dan unik, selain adanya aktiviti berbasikal yang merupakan hobinya dan suami. Katanya, mereka akan berbulan madu pada April ini dan dijangka berada di sana selama sebulan. "Kami memang suka bercuti lama. Sebab waktu itu sahaja kami dapat melakukan aktiviti berbasikal. Kalau di Malaysia, aktiviti itu boleh dibuat sesekali sahaja kerana sibuk bekerja," katanya. Ezlynn yang diijabkabul pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, merupakan pasangan selebriti ketiga yang ditaja oleh Rafflesia untuk majlis resepsi. Sebelum ini pasangan Norman Hak

Hattan sah cerai

Image
HATTAN mencium dahi Farah Asyikin selepas mereka sah sebagai suami isteri pada 11 November 2011, di Seri Menanti, Negeri Sembilan. gambar yang menjadi kontreversi "mungkin penyebab perceraian" BARU dua bulan berkahwin akhirnya penyanyi Hattan sah bercerai talak satu dengan pasangannya ,Farah Asyikin yang juga merupakan janda anak dua pada hari Khamis lalu. Syed yang mendapat perkhabaran sehari selepas itu memang cukup terkejut dengan perpisahan tersebut. Bukan apa, rasanya masih baru lagi Syed melihat pasangan ini diijabkabulkan. Alih-alih impian nak sehidup-semati bersama berkecai di tengah jalan tanpa menunggu lama. Kalau ada yang lupa, Hattan bernikah dengan Farah pada 11.11.11 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Dalam majlis yang cukup meriah itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat kepada Hattan dan Farah sahaja. Selepas tujuh hari bernikah, ada akhbar hujung minggu yang melaporkan pasangan ini bercerai talak tiga. Lantas me

Bila Stacy terkilan

Image
BELUM pun reda isu mengenai dirinya yang suka tiba lewat pada sesi temujanji, penyanyi Stacy kini didakwa menimbulkan masalah baru apabila dikatakan suka membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir. Sikapnya itu bukan sahaja dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin malah ada mendakwa bekas juara program Akademi Fantasia 6 (AF6) itu semakin menunjukkan belangnya kerana berlagak diva. Ternyata anak kelahiran Penampang, Sabah yang bernama penuh Stracie Angie Anam, 22, itu amat terkilan dengan setiap dakwaan tersebut. Bagaimanapun, Stacy berkata, dia tidak akan cepat melatah walau dihentam dengan pelbagai laporan dan tuduhan negatif. Cuma dia sedikit kesal dengan laporan yang dianggapnya berat sebelah kerana langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. "Benar saya membatalkan sesi fotografi selama tiga hari berturut-turut secara mendadak dan di saat akhir baru-baru ini.

Fasha tidak sembunyi pernikahan

Image
"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini. Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini. Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya. "Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana," katanya. Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10 hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu. "Tetapi dak

Rozita Che Wan elak bermadu

Image
MAHU tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan. KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita. Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki. Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal. Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya. "Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini. "Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya yang ditemui ketika hadir memenuhi undangan untuk Jom Chat Bersa

Dia mulakan dulu-Rita Rudaini

Image
Perang Twitter antara pelakon Rita Rudaini dan adik iparnya Zaquan Adha Abdul Radzak menjadi bualan hangat bagi pengikut mereka di laman sosial itu. Ada juga blog gosip yang mengetengahkan isu itu. Macam mana isu itu boleh timbul? Siapa yang memulakan angkara? Ada juga yang membuat andaian ada peminat yang menjadi batu api sehingga berlaku salah faham di antara mereka.

Aaron cedera angkara Syamsul?

Image
AKTOR kacak kelahiran Singapura ini kini berada di Tokyo, Jepun. AKTOR paling dikehendaki dalam industri perfileman Malaysia saat ini, Aaron Aziz, 36, yang menjalani penggambaran filem terbaharunya, KL Gangster 2 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan telah mengalami kecederaan sehingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Gosip segera bertiupan membawa perkhabaran kurang enak kononnya berlaku kesilapan teknikal ketika penggambaran babak lagak ngeri yang membabitkan Aaron. Pengarah filem itu, Syamsul Yusuf pula dipersalahkan dan anak teruna Datuk Yusuf Haslam itu ditohmah sebagai terlalu ghairah mahu menyiapkan filem itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan menyebabkan Aaron tercedera. Syamsul dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam telah menafikan bahawa dia adalah dalang di sebalik kecederaan yang dialami Syamsul itu, namun apa pula cerita di pihak Aaron? Kosmo! berpeluang bersua dengan Aaron di set penggambaran KL Gangster 2 d

Rozita Che Wan buka rahsia

Image
ROZITA Che Wan di Jom Chat Bersama... di pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, kelmarin. KUALA LUMPUR 11 Jan. - Walaupun sibuk menerima pelbagai tawaran berlakon aktres wanita terkenal Rozita Che Wan tetap menerima undangan segmen Jom Chat Bersama... di ibu pejabat Utusan Melayu (M) semalam. Selain menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan peminat secara interaktif, Rozita sebelum itu turut dibawa melawat pejabat Jabatan Pengarang. Menurut Rozita, peluang berbual secara santai itu digunakan untuk menyatakan penghargaan kepada peminat setianya. "Saya amat berbesar hati menerima pelawaan ini dan ucapan terima kasih juga untuk peminat saya yang tidak jemu memberikan sokongan mereka," katanya di sini malam ini. Diminta berkongsi rahsia kejelitaannya, Rozita berkata, rutin kecantikannya agak mudah tetapi paling penting adalah disiplin diri. "Saya amat mementingkan sarapan pagi kerana ia dapat membantu saya mendapatka

Siti, Nicholas digandingkan dalam Kekuatan Cinta

Image
JAKARTA 11 Jan. - Seandainya persefahaman dan persetujuan dicapai, filem Kekuatan Cinta terbitan syarikat produksi Indonesia, PT Kentfilms Production akan menampilkan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Filem yang kini sedang dalam perancangan penerbitannya bercadang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia itu untuk digandingkan dengan aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra. Penerbitan filem yang bakal diarahkan oleh Iwan Sardi itu juga berhasrat mengundang pelakon muda dan sensasi Malaysia, Fasha Sandha. Selain Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha, dua artis Malaysia lain yang juga bakal membintangi filem ini ialah Melissa Saila dan Raja Ema. Tidak ketinggalan dua aktres ternama Indonesia, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo juga antara bintang yang disenaraikan berlakon dalam filem itu. Menurut Iwan, besar harapannya lamaran yang akan dibuat kepada penyanyi ternama Malaysia itu mendapat m

Zizan menangis kerana Juliana

Image
Hubungan Zizan dan Juliana hanyalah sebagai 'kawan'. MASIH berteka-teki mengenai status hubungan mereka, Zizan lebih selesa menggambarkan dirinya dengan Juliana Evans sebagai 'kawan'. Namun apabila Zizan menangis ketika keberangkatan Juliana ke Amerika Syarikat (AS) pada 4 Januari lalu, bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh keduanya. Menjawab perkara berkenaan, Zizan hanya menyifatkan ia sebagai air mata seorang kawan rapat dan tidak lebih dari itu. "Sebolehnya saya tidak mahu menangis pada hari tersebut tapi apabila lihat rakan-rakan Jue menangis, saya tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menangis. "Memang payah saya untuk menangis tapi disebabkan dia ialah kawan saya yang paling rapat dalam industri tambahan pula dia 'sekepala' dengan saya, maka perasaan sedih itu timbul di saat perpisahan kami. "Saya tahu, dia pergi ke AS pun untuk belajar malah saya juga kagum sebenarn

Seksinya Kak Ita - Rozita Che Wan

Image
GAMBAR ANGGUN ROZITA CHE WAN  Inilah foto anggun Rozita Che Wan