Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO. Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat. Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat. "Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun...