Posts

Filipina pintas 2 bot pelarian

Image
                                  Sebahagian daripada penduduk Lahad Datu yang ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Fajar Harapan, kira-kira 10 kilometer dari Felda Sahabat 17, semalam ekoran pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 11 Februari lalu. - BERNAMA MANILA 8 Mac - Tentera Laut Filipina hari ini memintas dua buah bot yang membawa lebih 100 pelarian dari Sabah dan memasuki negara ini. Agensi berita, ABS-CBSnews.com melaporkan jurucakap tentera, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, sebanyak 121 orang rakyat Filipina didapati menaiki bot itu. ''Kedua-dua bot tersebut dikesan dekat Pulau Taganak di Tawi-Tawi,'' katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan. Fabic berkata, bot-bot itu turut membawa 3,000 guni beras dan bekalan makanan lain. ''Bot-bot tersebut telah diiring ke Bongao, Tawi-Ta...

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

Image
SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini. Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea. Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta, Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005 Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi. Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih ...

Pelancaran BMW 7 Series Hybrid baharu 2013

Kuala Lumpur, 28 February 2013 – BMW Group Malaysia today introduced the newest editions of the BMW 7 Series – the new BMW 730Li, BMW 740Li and the BMW ActiveHybrid 7L at the BMW Malaysian Open 2013. The premium automaker’s award winning flagship luxury sedan combines stylish design, luxury, and comfort with top class efficiency and driving dynamics that is the hallmark of a BMW vehicle .It is designed and engineered to deliver Sheer Driving Pleasure to Malaysian customers without any compromise. The new BMW 7 Series is the Ultimate statement of sporting luxury. The BMW ActiveHybrid 7L combines the latest hybrid technology with intelligent energy management systems, enabling significant all-electric operations and reducing fuel consumption by up to 27%. The new BMW 7 Series will be available for purchase at BMW dealerships throughout Malaysia from 30th March 2013. The retail prices (on the road, without insurance, with BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI)) for ...

Kapal karam langgar feri penumpang ke Pulau Bukom

Image
SINGAPURA 9 Mac - Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom. hari ini, mengakibatkan seorang kru kapal hilang dan enam penumpang feri cedera. Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura, yang menerima laporan kemalangan itu pada 6.25 pagi ini. MPA berkata lima kru kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang. Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian. Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra. MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam. MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan ...

Pembangkang di AS pun tak politikkan keselamatan - PM

Image
MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara. Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh. "Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO. "Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130309/dn_48/Pembangkang-di-AS-pun-tak-politikkan-keselamatan---PM#ixzz2N3T9bQgf © Utusan Melayu (M) Bhd

Kerajaan tak pernah arah anggota keselamatan bersandiwara - PM

Image
NAJIB Tun Razak (empat dari kiri) bersalaman dengan sebahagian orang ramai sambil diperhatikan oleh Mohd. Ali Rustam pada majlis perasmian Menara Persekutuan di MITC, Air Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD MELAKA 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara. "Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati? "Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarab...

Tun Dr. Mahathir yakin peluang BN tawan Kelantan cerah

Image
TUN Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasir Mas pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri. "Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku. "Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pus...