SHAMMODIN ABDUL HALIM (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Nafas sambil diperhatikan Abd. Rahim Abu Bakar (dua dari kiri) di Pontian, baru-baru ini. PONTIAN 14 Nov. – Sebuah pasar peladang akan dibina di Kampung Teluk Kerang, dekat sini bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual terus hasil keluaran mereka kepada pengguna. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Abd. Rahim Abu Bakar berkata, kos pembinaan pasar berkenaan sebanyak RM100,000 telah diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri. “Sejajar dengan usaha memerangi orang tengah, mereka yang berminat serta berkemampuan untuk menjalankan perniagaan akan ditawarkan di pasar tersebut kelak,” katanya selepas penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), di sini kelmarin. Majlis penyampaian zakat kepada 84 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di PPK Pontian Selatan disempurnak...