Posts

Showing posts with the label INFO RENUNGAN

wajah comel burung hantu

Image
Owls are known to be fascinating creatures, but do we think of them as funny? Well, as a matter of fact, they are quite funny and these pictures are testament to that fact. We see many different kinds of owls in these pictures and as you can see they look extremely funny. To begin with, their large bulging eyes give them a very funny expression, no matter which type of owl they are. And when they close their eyes and cock their head to one side, it gives one the feeling that they are listening to a tune unheard by any of us. When they have their beaks open, they look like they are actually laughing openly. There is one picture of a large dog licking the face of a snowy owl which is exceptionally funny. Another funny picture is that of an angry looking owl being hosed down.

Chatting turut sumbang kepada perceraian

Image
Chatting turut sumbang kepada perceraian KUALA LUMPUR 15 Nov. - Chatting atau berbual di Internet merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan Islam di negara ini. Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad ( gambar ) berkata, ini kerana chatting biasanya disusuli dengan pertemuan yang jika diketahui oleh suami atau isteri boleh menyebabkan perceraian. " Chatting didapati tiada landasan moral atau etika kerana mereka yang terlibat menganggap tiada sesiapa mengetahuinya. "Kadang kala isteri chatting dengan orang lain serta disusuli pertemuan di luar rumah dan sekiranya diketahui oleh suami akan menyebabkan perceraian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Nakhaie mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha bahawa perkahwinan dalam tempoh 10 tahun terdedah kepada keruntuhan rumah tangga. Beliau menambah, golongan iste

Bekas komando gesa kaji punca

Image
Bekas komando gesa kaji punca KUALA LUMPUR 15 Nov. - Beberapa bekas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta pihak yang berkenaan mengkaji punca kurangnya penyertaan bukan Melayu dalam pasukan beruniform itu. Bekas Timbalan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Ibrahim Ahmad berkata, ia bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan dalam usaha menarik minat golongan tersebut menyertai ATM pada masa depan. "Jika benar masalah gaji, disiplin atau suasana dalam tentera yang menjurus kepada faktor kurangnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM, kita berharap agar perkara ini boleh dibincangkan secara baik. "Ini kerana tidak ada kuota yang mengehadkan penyertaan mana-mana kaum untuk menyertai tentera kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan pihaknya bekerjasama dengan pert

Anggota bomba hadapi risiko bahaya

Image
Anggota bomba hadapi risiko penyakit bahaya JOHOR BAHRU 15 Nov. - Akibat tekanan kerja yang tinggi ketika menjalankan tugasan, semakin ramai pegawai dan anggota bomba di negara ini dikesan berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit berbahaya termasuk serangan jantung. Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu termasuklah risiko yang terpaksa dihadapi ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat selain tuntutan kepantasan bekerja. Beliau berkata, meskipun perkara itu tidak begitu serius tetapi berdasarkan hasil kajian, ia merupakan ancaman utama kepada para pegawai dan anggota. "Para pegawai dan anggota kami terutamanya di balai-balai kecil lebih terdedah kepada risiko ini kerana mereka mempunyai kekuatan anggota yang sangat minimum dan perlu sentiasa bersedia ketika diperlukan. "Tekanan ini mendatangkan pelbagai penyakit berisiko tinggi seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing

Jumpa PM

Image
Susah nak lupa jumpa PM – Mohammad Nur Aliff Mohammad Nor Aliff menunjukkan permainan PSP yang dihadiahkan oleh Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia semasa berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Kelihatan sama bapa, Omar Bakar dan ibu, Norhidayatul Farhana. MIRI 15 Nov. – Peluang bertemu dengan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mungkin dilupakan oleh Mohammad Nur Aliff Omar, 12, sepanjang hayatnya. “Perdana Menteri seorang yang kacak dan baik hati. Seronoknya dapat jumpa dia, suka sangat,” katanya tersipu-sipu ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya dekat sini hari ini. Mohammad Nur Aliff diterbangkan dari Miri, Sarawak oleh Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia ke Semenanjung sebelum diberi kejutan dengan membawanya mengunjungi Perdana Menteri di Sri Perdana pada 17 Oktober lalu. Semasa di sana, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa hampir sejam melayan kanak-kanak itu yan